,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday 23 March 2013

PRU 13 - HANTU KAK LIMAH MENGUNDI DI LIMA KAWASAN


Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff

SPR AKUI ADA HANTU KAK LIMAH MENJADI PENGUNDI

RAFIZI RAMLI - Pengarah Strategi
Saya alu-alukan pengakuan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff bahawa wujud pengundi hantu di dalam daftar pengundi, seperti yang dilaporkan oleh portal berita The Malaysian Insider hari ini.
 papagomospr1 
LAMPIRAN A
Beliau juga memberi jaminan bahawa jika semakan SPR dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris yang memegang kad pengenalan (biasa) 830121-03-5019 dan kad pengenalan (polis) RF142863 adalah orang yang sama, SPR akan membatalkan pendaftaran undi menggunakan kad pengenalan (polis) bagi mengelakkan undi dua kali.
 papagomospr2 
LAMPIRAN B
Semakan kami pagi ini dengan Sistem Semakan Daftar Pengundi SPR menunjukkan bahawa rekod yang didaftarkan dibawah RF142863 telah pun dibuang dari daftar pengundi seperti yang dibuktikan oleh paparan skrin.
Ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo adalah individu yang sama dan telah didaftarkan sebagai pengundi hantu, oleh sebab itulah rekodnya dibuang dari senarai undi pos.
Oleh yang demikian, saya mencadangkan Tan Sri Aziz sebagai Pengerusi SPR memberi jawapan yang lebih meyakinkan dalam usahanya membersihkan daftar pengundi yang beliau sendiri akui wujud pendaftaran berganda yang membawa kepada fenomena pengundi hantu.
Alasan beliau bahawa SPR tidak dimaklumkan mengenai rekod perkhidmatan anggota keselamatan yang telah meninggalkan perkhidmatan tidak boleh diterima, seolah-olah beliau cuba menyalahkan PDRM apabila tanggungjawab memastikan daftar undi itu bersih adalah tanggungjawab beliau.
Untuk menyelesaikan masalah pengundi hantu dari kalangan anggota/bekas anggota keselamatan seperti Papagomo, saya cadangkan beliau mengarahkan satu pasukan SPR untuk duduk dengan PDRM tiap-tiap hari dan meneliti rekod setiap pengundi yang didaftarkan di bawah kad pengenalan polis dan tentera.
Satu senarai lengkap bekas anggota keselamatan yang didaftarkan secara berganda hendaklah disiapkan secepat mungkin, bilangannya diumumkan kepada rakyat dan nama-nama mereka dikeluarkan serta merta dari daftar pengundi.
Sekiranya SPR masih berdolak dalih dari melaksanakan perkara yang mudah ini, sudah tentu spekulasi dan tuduhan bahawa SPR tidak telus semakin menebal di kalangan rakyat.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
23 MAC 2013 


  RAFIZI JUGA  PENGUNDI HANTU!

Rafizi, dedahkan orang lain sebagai pengundi hantu. Pada hakikatnya dia sendiri juga adalah pengundi hantu. Tak caya? Tengok pendedahan kat bawah ni:
 
Amukanmelayu setuju dengan pendedahan Rafizi dan dalam masa yang sama bagaimana pula pendedahan di bawah ini mengatakan Rafizi Ramli lebih banyak HANTUnya dari PAPA GOMO?.

"Pasukan KEADILAN telah menyemak rekod Papagomo dengan sistem semakan daftar undi SPR. Hasil semakan sangatlah mengejutkan kerana Papagomo yang telah pun tidak lagi berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia kerana kesalahan rasuah masih lagi tersenarai sebagai pengundi pos di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang. Bukti paparan skrin bahawa Papagomo masih disenaraikan sebagai pengundi pos di IPD Ampang disertakan dalam Lampiran A.

Kami kemudiannya menyemak pula status pendaftaran undi Papagomo sebagai pengundi biasa di sistem yang sama. Seperti yang dijangka, Papagomo juga turut tersenarai sebagai pengundi biasa dengan menggunakan kad pengenalan 830121-03-5019. Dengan menggunakan kad pengenalan itu, Papagomo disenaraikan sebagai pengundi di Parlimen Wangsa Maju seperti paparan skrin dalam Lampiran B".
Baca seterusnya di sini : http://rafiziramli.com/2013/03/papagomo-wan-muhammad-azri-wan-deris-adalah-pengundi-hantu/

Dengan menggunakan kaedah nama pengundi yang sama, Rafizi dah tuduh Wan Azri sebagai pengundi hantu walaupun tarikh lahir berbeza.

Jika dengan menggunakan kaedah nama pengundi yang sama sebagai cara nak kesan pengundi hantu, adakah dengan cara ini, Rafizi juga pengundi hantu? Mana satu Rafizi yang bukan hantu?






Amukanmelayu sangat berharap Rafizi Ramli boleh buat kenyataan akhbar untuk menafikan bahawa dia bukan pengundi hantu. Tak perlu tunggu SPR untuk buat kenyataan.
 
Bukan ini caranya untuk PR  bermain dengan perang persepsi untuk menipu dan mempengaruhi penyokong dan raayat, ingat, kita perlu berlaku adil.... ini kerana jika PR menjadi pemerintah, perkara seperti ini juga akan terus berlaku kerana kita hanya pandai mencari kelemahan orang sedangkan kita tidak berbuat apa-apa. Dengan satu dua yang dinamakan 'bukti', pembangkang akan terus menyerang Kerajaan tanpa selidik terlebih dahulu. Timbalan Pengerusi SPR juga pernah dituduh dengan cara yang sama.


Rakyat perlu melihat kembali kepada kes klasik ini ... kes yang ditakrifkan sebagai CUKUP MEMALUKAN Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.




PASIR MAS, 6 Mei 2012 - Ahli UMNO Cawangan Kubang Bunggor, Wan Ahmad bin Wan Omar mengecam tindakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggunakan identiti beliau sehingga dikaitkan sebagai Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar. Peniaga kedai makan berusia 63 tahun itu kesal dengan tindakan tanpa usul periksa parti itu yang menggunakan maklumat peribadi dari kad pengenalannya untuk mendesak Timbalan Pengerusi SPR itu meletakkan jawatan. Wan Ahmad berkata nombor kad pengenalannya 490101-03-5179 telah digunakan oleh Saifuddin untuk dimuatkan kedalam kenyataan media PKR yang dikeluarkan pada 27 April lalu. - KLPOS, 6 MEI 2012.
Baca seterusnya di sini : http://mediawangsamaju.blogspot.com/2013/03/rafizi-ramli-saya-terpaksa-fitnah-papa.html

http://mymassa.blogspot.com/2013/03/rafizi-tuduh-umno-bagi-ic-azzimuddie.html

http://mymassa.blogspot.com/2013/03/panas-rafiziramli-terlepas-cakap-rahsia.html

http://mymassa.blogspot.com/2013/03/panas-gambar-dalang-kekacauan-tahun.html

 AMUKANMELAYU - adalah di harapkan kepada semua RAAYAT perlu menyiapkan diri sebagai "FILTER" kepada diri sendiri dan jangan mudah termakan apa-apa hasutan sama ada melalui percakapan atau penulisan atau apa yang di dengar atau di lihat.....sumber terlalu banyak untuk kita menilai setiap berita yang di bawa kepada kita....kerana AMUKANMELAYU bimbang kita akan menjadi pembawa FITNAH atau kita di rosak akal pemikiran kerana YAHUDI dan KAFIRUN tidak akan jemu untuk memusnahkan kita.