,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 13 March 2013

APA BENARKAH ANWAR MELIWAT SAIFUL?


YUKTES VIJAY PEGUAM ANWAR DEDAHKAN TRIK ANWAR !



Selama ini kita tahu bahawa para peguam Melayu/Islam Anwar Ibrahim melarikan diri daripada membela beliau. Sebab itu semasa Liwat II, hampir tidak ada langsung peguam Melayu/Islam yang mahu mewakili Anwar Ibrahim.
Mungkin mereka tahu sesuatu yang menyebabkan mereka malas nak mewakili Anwar.
Takpe…itu kisah lama.
Kali ini, seorang peguam India pula yang nyata sudah bosan dan jemu serta marah yang teramat dengan perangai Anwar, tampil membuat pelbagai pendedahan.
Yuktes Vijay adalah peguam yang terbabit secara langsung dalam Liwat II bagi pihak Anwar Ibrahim.
Yuktes berkerja dengan salah seorang peguam Anwar dan beliau melakukan semua kerja-kerja penyelidikan dan mencari bahan untuk mempertahankan Anwar.
Beliau telah menghantar email ke sebuah portal berita menceritakan rasa bosannya melihat sikap bermuka-muka Anwar dalam isu Liwat II.
Beliau antaranya sangat kecewa kerana Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup merendahkan diri ke tahap yang begitu hina apabila mempergunakan bapa Saiful untuk faedah mereka.
Yuktes memberitahu, ketika perbicaraan, Anwar sebenarnya gentar untuk memberikan pengakuan dan bersoal-jawab di kandang saksi. Anwar bimbang dengan soalan-soalan yang mungkin ditanya barisan pendakwaraya.
Dalam email berkenaan, Yuktes turut melontarkan beberapa persoalan yang menghantui dirinya dan mahukan para penyokong Pakatan Rakyat bertanya sendiri kepada Anwar untuk mendapatkan jawapan.
Antaranya:
-Mengapa Anwar secara spesifik dan secara peribadi meminta Ketua Kakitangannya, Ibrahim Yaakob menghantar Saiful ke apartment (di mana liwat didakwa berlaku) membawa dokumen sedangkan ada kakitangan yang lain untuk berbuat demikian.
-Bagaimana Saiful tahu kod untuk masuk ke apartmen itu adalah Mokhtar, yakni nama Ketua Keselamatan dan adik ipar Anwar?
-Bukti video yang dihantar ke Makmal Ghandi di New Delhi mengesahkan kehadiran Saiful di apartmen berkenaan, jadi bagaimana kehadiran Saiful di sana boleh dipersoalkan?
-Mengapa Saiful diberikan layanan istimewa seperti bilik sendiri, keistimewaan untuk mengikuti Anwar dalam lawatan ke luar negara walaupun Saiful adalah kakitangan baru?
-Pembantu khas Anwar kini, Najwan Halimi pernah menghantar email kepada Anwar memaklumkan kesetiaan dan sayangnya kepada Barisan Nasional (BN), kenapa Anwar tidak pedulikan hal berkenaan?.
Menyedari Anwar tidak mampu bertahan soalan-soalan bertalu daripada pihak pendakwaraya, pasukan peguambela memutuskan untuk Anwar agar tidak memberikan sebarang keterangan atas alasan beliau tidak diberikan perbicaraan yang adil.
"Anwar berjaya dalam menipu (conning, deceiving and cheating) masyarakat dengan membawa watak yang menyerupai Mandela (Nelson Mandela). Beliau bukan Mandela, tetapi penipu yang hebat" katanya.
Peguam berkenaan juga mempersoalkan siapa yang membayar satu jumlah yang sangat besar kepada dua pakar luar negara iaitu Dr Brian Macdonald dan Dr David Wells yang bercakap bagi pihak Anwar semasa perbicaraan.
Yuktes kata beliau tahu identiti seseorang bergelar Datuk yang membayar untuk semua perbelanjaan berkenaan yang bukan sedikit jumlahnya dan Anwar tidak mengeluarkan satu sen pun duit beliau. Yuran guaman juga dibayar oleh Datuk berkenaan katanya. Beliau walaupun mengetahui siapa Datuk yang menampung semua perbelanjaan Anwar, pada peringkat ini memilih untuk merahsiakannya.
“Masalahnya ialah jika PKR boleh melontar soalan seperti siapa membiyai perbelanjaan perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, mengapa tidak persoalan dari mana jumlah wang yang besar untuk membayar pakar-pakar berkenaan datang? Jika seorang bekas banduan yang sekadar Ketua Pembangkang boleh menggunakan Datuk untuk membayar yuram guamannya, apa salahnya kalau ada Datuk yang hendak bayar perbelanjaan perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri,” soalnya secara analogi.
Mengenai Saiful
Berkaitan dengan mangsa liwat, Saiful pula, Yuktes tidak tahu banyak mengenai anak muda berkenaan.
“Satu benda yang boleh saya katakan ialah beliau dinafikan keadilan akibat Pengawai Penyiasat, Jude Perreira, mengabaikan protokol yang diberitahu Jabatan Kimia kepada beliau dan kemudian memutuskan untuk buat kerja ikut gaya sendiri.
“Memang ada DNA Anwar dalam budur Saiful. Satu-satunya perkara yang menghalang Hakim daripada mensabitkan Anwar adalah rantaian bukti berkenaan terputus (akibat sikap bodoh pengawai penyiasat),” katanya.
Peguam berkenaan berulang kali menegaskan bahawa air mani Anwar ada dalam bubur Saiful namun disebabkan rantaian bukti yang terputus serta persoalan mengenai intergriti sampel yang diperoleh, bukti kukuh berkenaan terpaksa diketepikan.
Peguam berkenaan bagaimanapun berjanji akan menulis lebih lanjut dan lebih menyeluruh mengenai isu penolakan bukti yang kukuh berkenaan dalam email yang akan datang.
APA YANG MENARIK….PEGUAM ITU MAHUKAN ANWAR MENYAMANNYA ATAS PENDEDAHAN BERHUBUNG LIWAT II…DIA BERKATA DIA TIDAK SABAR UNTUK BERTEMU ANWAR DI MAHKAMAH BERHUBUNG ISU INI. AIDC
AMUKANMELAYU - Tanya sama Bang Non, apa sebab goyang....nanti jawab Bang Non......US dah BOSAN......hehehehehehehehe.........