,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday, 11 March 2013

KUASA - MEMBAWA PEPERANGAN KELUAR DARI PHILIPHINA ADALAH STRATIGE KAFIRUN


 

Sultan Kiram Pro US Tidak di sukai Rakyat SULU, ia tali barut Amerika izin bunuh rakyat sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebenarnya banyak pihak yang keliru berkenaan status SULTAN KIRAM ini. Siapa KIRAM? Keluarga Kiram dari jalur kesultanan Sulu ini bermula pada pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808). -Rujuk Rajah A2 di bawah.

Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini yang kemudian nama ini berakhir pada kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu. Selepas ini tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu. Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu.

Sultan Kiram terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4000 orang (yang syahid 1600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan. Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA.

Menurut Tausug, Allah swt tidak pernah berfirman kepada RasulNYA untuk mengutip cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI. Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu. Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM.

1000 jiwa para Syuhada’ Tausug yang mempertahankan diri dan keluarga mereka dari serangan Amerika Syarikat di Bud Dahu’. Ashabul Kahfi ditidurkan dan bangkit semula dengan izin Allah setelah beberapa ratus tahun, namun Syuhada’ Tausug ini ditidurkan buat selama-lamanya sehinggalah hari KEBANGKITAN.

Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku sebagai tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga dari sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari jalur keluarga Sultn. Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina pada tahun 1962) bin Rajamuda Mawallilwasit, ada Kiram dari Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera upahan ke Lahad Datu), dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi Sultan kesemuanya.
Kalau ada 1000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1000 sultan yang mengaku Sultan Sulu dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa rakyat, masuk bakul angkat sendiri. Tanpa pengetahuan sejarah protokol kesultanan, tanpa mengetahui tertib pertabalan, tanpa mengetahui adat para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah seperti Kiram yang kita lihat hari ini.

PERTABALAN SULTAN SULU SULTAN BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II

Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, kehendak para Datu dan Syarif? Tahukah anda bahawa kehilangan institusi kesultanan Sulu itu hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar MEMBUANG KEWARGANEGARAAN FILIPINA menggantikannya kepada RAKYAT SULU secara hakiki (Independen)?

Sebab itu muncul seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo (rujuk Rajah A2, lihat bulatan berwarna kuning) masuk ke kampung-kampung tanpa rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SPANYOL!! KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!!

Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I (1748-1763, rujuk rajah A2) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM.
 
Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat.
 
Sultan Bantilan II sedang berpidato di atas pentas di padang Capitol, Jolo, Sulu Darul Islam. 

Beliau dipaksa oleh rakyat menjadi Sultan Sulu pada tahun 2009. Seminggu Baginda dipujuk akhirnya dengan tangisan beliau menerimanya… baginya jawatan Sultan sangat berat dipikul dalam keadaan Sulu ketika ini. Namun air matanya tidak dapat menghalang rakyat untuk mengangkatnya menjadi Sultan Sulu Darul Islam. Tidak seperti Sultan-sultan KIRAM yang berebut-rebut mengangkat diri sendiri?

Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa. Hanya satu perkara yang boleh mereka buat ialah mencabar siapa sahaja dengan senjata. Walhal mereka tahu, bukan sahaja mereka yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semula jadi pakar bermain senjata, bukan hanya Kiram.
Sultan Bantilan II ini jauh lebih bijak walau tak pernah mencecah darjah 3 di sekolah Siasi. Namun Baginda adalah pemidato, pedagang yang berjaya, pandai mengatur manusia, handal dalam diplomasi, dan mendapat dokongan generasi muda Tausug. Berjiwa merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung bendera Filipina bersama mereka ke hulu ke hilir. Sultan Bantilan II walau bergerak secara aman tanpa senjata, anti peperangan dan anti keganasan, namun gerakannya ditakuti. Sehingga peluru musuh menjadi AIR dengan izin Allah swt.-  ditulis oleh sdr ASREETAUSUG seorang pejuang Tausug.

Mereka yang menceroboh lahad Datu adalah keluarga Kiram yang suatu masa dahulu telah menganiayai rakyatnya sendiri dengan merelakan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Amerika. Terang-terangan saja mereka ditolak oleh rakyat Sulu sendiri.
 Masih wajarkah mereka menuntut Lahad Datu sebagai hak mereka sedangkan Sulu sudah mempunyai seorang sultan yang baru.
Seorang sultan yang dilantik oleh rakyat Sulu sendiri yang mana juga merupakan seorang berketurunan sultan dari susur galur SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN 1


 

Benigno Aquino III Presiden Filipina

Presiden Filipina Benigno Aquino III dan jajarannya ada di Pengadilan Tindak Pidana Korupsi memerintahkan penahanan Mantan Presiden Gloria Macapagal Arroyo sebab penyalahgunaan dana lotere nasional sebesar Rp 84 miliar.
Aquino juga memecat sembilan orang pejabat di kantor lotere nasional. Jika terbukti benar, Arroyo dan kroninya bajak menjalani hukuman penjara seumur hidup tanpa ada kemungkinan bebas meski dengan jaminan.
 











Nah bagaimana dengan Malaysia? , apakah PM kita tidak  berani bertindak seperti para pemimpin-pemimpin Negara lain , entahlah sekarang belum ada pemimpin Negara kita yang berani ambil tindakan tegas terhadap para koruptor dan bukan hanya memerhatikan Kakitangan Kerajaan. RASUAH dalam politik lagi hebat. Buktinya ini.

BETULKAH Azlan Bapa Saiful Terima Rasuah 1 juta! 


Polis akan panggil bapa Saiful Bukhari beri keterangan - Timbalan KPN
KUALA LUMPUR 9 Mac - Polis akan memanggil Azlan Mohd. Lazim, iaitu bapa Mohd. Saiful Bukhari, dalam masa terdekat untuk mengambil keterangan berhubung kenyataannya semalam, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata, langkah itu diambil bagi mengenal pasti sebab dan tujuan Azlan membuat keterangan sedemikian.
"Dalam kes itu, Azlan tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah, dan kalau adapun, keterangan yang dia bagi kepada pihak polis adalah keterangan yang tidak jelas.
"Jadi, keterangan itu tidak bernilai dan tidak boleh diguna pakai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program "Bersatu Memerangi Jenayah" di Kuchai Lama hari ini.
Semalam, bapa Saiful Bukhari tampil memberi keterangan bahawa kes liwat yang melibatkan anaknya dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu "konspirasi politik jahat" untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) itu.
Sementara itu, di SERI MANJUNG, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, rakyat perlu adil dalam menilai kenyataan Mohd. Saiful Bukhari dan dakwaan bapanya berkaitan pertuduhan liwat terhadap Anwar.
"Saya terkejut bapa dia tuduh macam-macam kerana Saiful yang jadi mangsa.
Rakyat kena adil kepada orang yang mendakwa menjadi mangsa, bukannya hanya nak bercakap, memfitnah dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas majlis Perasmian Pasar Komuniti dan Karavan Daerah Manjung hari ini.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor itu meminta pembangkang tidak mengambil kesempatan memperguna Azlan dalam isu tersebut kerana bapa Mohd. Saiful Bukhari mengaku tidak mengetahui apa yang berlaku.
"Dia hanya mendengar daripada perbicaraan, dan dia pernah merungut dengan mengatakan bahawa pihak kerajaan tidak berjumpa dengannya," katanya.
Akhbar semalam melaporkan Saiful berpegang teguh pada sumpah laknatnya sebelum ini bahawa beliau pernah diliwat Anwar, sekali gus menolak dakwaan Azlan kononnya pertuduhan terhadap Anwar itu adalah satu fitnah.
Mohd. Saiful Bukhari, berkata beliau percaya isu itu sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian masyarakat daripada isu "pengkhianat negara" berikutan kes pencerobohan pengganas Sulu di Sabah ketika ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul pula berkata, kenyataan Azlan secara tiba-tiba itu adalah sesuatu yang mengejutkan.
"Saya yakin rakyat tertanya-tanya mengapa baru sekarang perkara ini ditimbulkan. Adakah ini cubaan pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu yang lebih besar berlaku di negara ini, iaitu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah?," katanya.
Beliau berkata, beberapa pemimpin pembangkang turut mengeluarkan kenyataan tweet "kantoi" kepada pihak kerajaan sebagai respons mereka untuk menyokong kenyataan Azlan.
"Perlu diingat mungkin perkara ini akan berbalik kepada pembangkang juga apabila memainkan isu ini dengan niat untuk meraih sokongan rakyat," katanya.- BERNAMA


Apa hubungan Anwar & Joseph Estrada??

                          PHILIPPINES-MALAYSIA-ESTRADA-ANWAR
Anwar Ibrahim lebih pro kepada Joseph Estrada (bekas Presiden Filipina) dan menjauhkan diri daripada kumpulan Islam Selatan Filipina. 
Majlis Tertinggi Ulama Bangsamoro mengeluarkan fatwa Joseph Estrada adalah 'benar-benar musuh Islam' yang diwartakan di Marawi pada 9 Mac lalu. Menurut Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Majlis Ulama Bangsamoro mengeluarkan fatwa itu setelah mengkaji tindakan Estrada semasa dipilih menjadi Presiden Filipina pada 1998 yang melaksankan polisi 'perang habis-habisan' ke atas umat Islam di Selatan Filipina
Estrada bermula sebagai datuk bandar San Juan pada 1969, kerusi senator (1987), naib presiden (1992) dan kemuncaknya sebagai presiden (1998). Pada 1998, slogan kempen beliau 'Erap Para sa Mahirap (Erap untuk rakyat miskin), membolot undi tertinggi di 12 daripada 15 wilayah dan seterusnya menewaskan pencabarnya, bekas Speaker Parlimen, Jose de Venecia dengan kelebihan undi sebanyak 6 juta.
Beliau menjadi Presiden Filipina selepas menang dalam Pilihan raya Filipina 1998. Pada 1 Julai 1998, beliau mengangkat sumpah sebagai presiden ke-13.
Beliau berikrar akan membaiki kehidupan rakyat miskin . Malangnya dia digulingkan daripada Istana Malacanang atas tuduhan rasuah.
Semasa memerintah, Estrada bertindak menyerang pemberontak Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Mindanao terutama di Jolo

                         News Photo: Malaysian opposition leaders Anwar Ibrahim and his wife…
Perjumpaan  Anwar bersama Isteri Wan Azizah  bersama bekas Presiden Philipina Joseph Estrada pada 6 June 2008.
Jose Marcelo Ejercito (lahir 19 April 1937), lebih dikenali sebagai Joseph Ejercito Estrada atau Erap (kawan), ialah seorang pelakon filem di Filipina dan Presiden Filipina ke-13 dari 30 Jun 1998 hingga 20 Januari 2001. Beliau digulingkan oleh Revolusi Kuasa Rakyat Kedua selepas menjalani perbicaraan pencabaran kedua di Senat yang menyaksikan sebelas orang senator Filipina enggan memeriksa sampul kedua akaun bank Jose Velarde yang dipercayai membuktikan beliau mengamalkan rasuah.
Beliau turut bertanding dalam Pilihan raya Filipina 2010 pada 10 Mei 2010 tetapi tewas ditangan Senator Benigno Aquino III

                              
Gambar Anwar Ibrahim bersama Joseph Estrada.
Joseph Estrada antara bekas Presiden Philipina. begitu juga hubungannya bersama Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri.
Mereka ini  mempunyai agenda tertentu disebalik tadbir Amerika  dalam  menjalankan misi-misi tertentu.
Joseph Estrada antara individu yang dikecam akibat tindakannya yang dilihat memerangai habis-habisan umat Islam di negara itu.Joseph Estrada juga turut mencampuri urusan dalaman negeara ini.
                                      
Foto Anwar berdailog dengan Tan Chee Koon di Majlis Gereja Wesley pada 11 November 1979. Semasa dailog pengikut gereja memuji-muji keterbukaan penganut Islam bernama Anwar Ibrahim
Joseph Estrada merupakah seorang yang beragama Kristian.Anwar dari dahulu lagi bersifat terbukaan mengenai Islam & mendapat pengaruh dari institusi gereja.
Tidak lama selepas menang besar dan menjadi Presiden pada 1998, bekas bintang filem aksi ini melancarkan serangan tentera besar-besaran ke atas MILF dan mengusir kumpulan pemisah ini dari pangkalan utama mereka di Mindanao.
“Selepas mengkaji tindakan dan dasar Estrada sebelum dan selepas pilihan raya sebagai Presiden sehingga saat ini, kami dapati beliau sebenarnya musuh Islam,” MILF memetik Majlis Tertinggi Ulama Bangsamoro sebagai berkata. Bekas bintang filem Estrada, yang secara umum membantah rundingan damai, berada di kedudukan ketiga pilihan dalam undian pendapat, sembilan tahun selepas disingkir dalam rampasan tentera tanpa pertumpahan darah diikuti pendakwaan atas tuduhan rasuah.
“Ulama yang berpengalaman dalam selok belok Islam, berhak untuk mengeluarkan satu fatwa bagi menentang sesiapa saja jika menerusi tindakan mereka terbukti mencela Islam, negara Moro dan hak kami,” 

Joseph Estrada antara individu yang memainkan peranan dalam menghancurkan umat Islam di Filipina atas sokongan dan juga mendapat bantuan dari Amerika Syarikat..Begitu Juga yang berlaku di Malaysia dimana pernah didedahkan Anwar turut menyokong Keselamatan Israel dalam Wall Street Journal.
 

Sabah crisis not a drama: Najib

MELAKA (March 9, 2013): Datuk Seri Najib Abdul Razak has slammed an opposition leader for accusing that the intrusion by a group of armed militants in Lahad Datu, Sabah since Feb 12 was a drama whereas members of the security forces had sacrificed their lives to defend the country.
The Prime Minister said the Barisan Nasional (BN) government had never directed members of the security forces to stage any drama but instead ordered them to defend and protect the country's sovereignty.
"Just think whether we can find actors who are willing to die in their act? Are there anyone who wants to volunteer to die?
"I believe no one is willing to do such an act," he said in his speech at the official opening of the Federal Tower at the Melaka International Trade Centre (MITC) in Ayer Keroh, here today.
About 20,000 residents in Melaka attended the official opening of the 21-storey tower built at a cost of RM208 million to accommodate the federal government departments and agencies in the state since August 2010.
Also present at the event were Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam and Chief Secretary to the Government Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
Najib said that security issues should never be politicised because peace and national sovereignty were too valuable. He said the people in this country should emulate the developed nations such as the United States where security issues had never been exploited despite the political differences that existed.
"The people there give their support to the men in uniform, they don't belittle members of the security forces," he said.
He said national sovereignty and peace were crucial to enable the various transformation agenda to be implemented by the government in efforts to turn Malaysia into a developed nation.
The Prime Minister said the future of the country would be better if the people could give their full support to the transformation agenda which had been carefully drawn up and implemented by the government.
Najib said the government would not implement any policy or make promises that would be impossible to fulfill like the opposition that ostensibly wanted to give free higher education, abolish toll and the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) loans.
"As the English saying goes, there is no such thing as free lunch...meaning that if we want to give something free of charge, there must be another party paying for the service if we want to give it free to the rakyat," he said.
He said there were several countries in the world such as in the Scandinavian countries that could provide higher education free of charge to their nationals, but they had to raise the tax to reach as high as 75 per cent.
But it was different in Malaysia where the government succeeded in providing wide access to higher education to the people without needing to raise taxes, he added. – Bernama




Siapa sebenarnya Nur Misuari?? Jika kita mengikuti perkembangan mengenai insiden berdarah yang berlaku di Lahad Datu, Sabah..Kita akan menganggap Nur Misuari ni merupakan penggerak utama dalam MNLF..

Rupa-rupanya, Nur Misuari hanyalah seorang anggota biasa jawatankuasa dan tidak lagi mempunyai pengaruh dalam MNLF!


Sila baca :



Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mengutuk keras keganasan yang dilakukan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna di Sabah, kata pengerusinya Muslimin Sema. 
Muslimin, yang dilantik sebagai pengerusi badan pembuat keputusan tertinggi pertubuhan itu, Jawatankuasa Pusat MNLF, pada 2008, berkata Nur Misuari hanya seorang anggota biasa jawatankuasa itu dan tidak mempunyai pengaruh dalam MNLF. 
MNLF, katanya, menganggap rakyat Sabah dan Malaysia sebagai saudara mereka. 
"Kami (MNLF) tidak menyokong apa yang sedang berlaku di Sabah (pencerobohan dan tindakan pengganas). Kami menolaknya. Kejadian di Sabah dicetuskan untuk memecahbelahkan sesama kita. 
"Ia juga dilakukan untuk memutuskan ikatan antara Sabah dan selatan Filipina dan antara Malaysia dan Filipina. Mereka ingin memusnahkan ikatan itu (antara rakyat)," katanya dalam temu bual ekslusif dengan Bernama melalui telefon dari Manila. 
Dua hari lepas, Malaysia menggunakan jet pejuang, tentera darat dan kenderaan pengangkut tentera berperisai untuk menggempur penceroboh bersenjata yang bersembunyi di Kampung Tanduo, Lahad Datu. 
Operasi yang menggabungkan pasukan polis dan tentera dikenali sebagai "Op Daulat" itu berterusan hingga kini. 
Pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan pengganas di Lahad Datu dan Semporna meragut nyawa lapan anggota polis dan sekurang-kurangnya 52 pengganas. 
Diminta mengulas tentang kenyataan Misuari baru-baru ini bahawa MNLF bersedia menghantar pejuang bersenjatanya ke Sabah untuk membantu pengganas Sulu, Muslimin berkata beliau kecewa dengan kenyataan bekas pemimpin MNLF itu. 

"Beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu. Saya sedih kerana tidak dapat menyekatnya daripada membuat kenyataan itu. Sabah dan Malaysia bukan musuh kami," katanya. 
Ditanya sama ada terdapat anggota MNLF yang terlibat dalam kejadian di Sabah, Muslimin berkata jawatankuasa pusat barisan itu telah menjalankan penyiasatan tentang perkara berkenaan. 
"Bagaimanapun, siasatan yang dibuat anggota jawatankuasa pusat di Tawi-Tawi dan Sulu mendapati tidak ada anggota MNLF yang terlibat dalam pencerobohan di Sabah. Kami tidak terlibat dalam apa jua bentuk keganasan," katanya. 
Beliau berkata sekiranya terdapat anggota MNLF yang terlibat dengan keganasan di Sabah, mereka melakukannya secara peribadi dan tidak pernah mendapat restu daripada kepimpinan barisan itu. 
"Sekiranya mereka terlibat, ia dibuat atas dasar individu kerana MNLF tidak pernah merestuinya," kata beliau sambil menegaskan bahawa kebanyakan orang Filipina yang tinggal di Sabah menjalani kehidupan secara baik dan aman. BERNAMA

Dipetik dari Blog Dr MiM

Untuk pengetahuan semua, Muslimin Sema merupakan pengerusi Moro National Liberation Front (MNLF) yang sah setelah dilantik oleh Central Comittee MNLF pada tahun 2008.




Muslimin Gampong Sema (lahir April 27, 1949) ataupun dikenali sebagai Mus atau The Peacemaker, juga adalah seorang ahli politik Filipina berjawatan Naib Datuk Bandar Bandar Cotabato sejak Jun 2010.

Di Kolej, beliau mula menyertai organisasi di mana dia boleh meluahkan pandangan politik beliau seperti Liga Filipina Nasionalis Islam. Beliau adalah salah satu ahli pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).

Dari tahun 1979 hingga 1989, beliau adalah Pengerusi Negeri Utara Kutawato Revolusi Jawatankuasa Negeri selepas itu beliau menjadi Setiausaha Agung Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).

Pada bulan Februari 1998, beliau dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Majlis Selatan Filipina bagi Keamanan dan Pembangunan (SPCPD).

Beliau telah dilantik sebagai Datuk Bandar bandar Cotabato pada tahun 1998 dan telah dipilih semula pada tahun 2001, 2004 dan pada pilihanraya Mei 2007. 

Pada masa ini, G. Muslimin Sema berfungsi sebagai Cotabato City Naib Datuk Bandar dan Pegawai Bertugas Panlungsod Sangguniang yang beliau sandang pada 2010.
 Murad Ebrahim Pengerusi MILF
MNLF Kutuk Keras Pengganas Sulu
 
[Sema+1.jpg]
Muslimin Sema Pengerusi MNLF.
Sebelum ini Murad Ebrahim Pengerusi MILF tidak sokong dan campur insiden pencerobohan Lahad Datu. MILF perlukan kepimpinan dan pertolongan Malaysia.
Kini MNLF kutuk keras tindakan pengganas Sulu di Sabah.
Muslimin Sema Pengerusi MNLF berkata Nur Misuari hanya seorang anggota biasa jawatankuasa itu dan tidak mempunyai pengaruh dalam MNLF.
MNLF, katanya, menganggap rakyat Sabah dan Malaysia sebagai saudara mereka.
“Kami (MNLF) tidak menyokong apa yang sedang berlaku di Sabah (pencerobohan dan tindakan pengganas). Kami menolaknya. Kejadian di Sabah dicetuskan untuk memecahbelahkan sesama kita.
“Ia juga dilakukan untuk memutuskan ikatan antara Sabah dan selatan Filipina dan antara Malaysia dan Filipina. Mereka ingin memusnahkan ikatan itu (antara rakyat),” 
Diminta mengulas tentang kenyataan Misuari baru-baru ini bahawa MNLF bersedia menghantar pejuang bersenjatanya ke Sabah untuk membantu pengganas Sulu, Muslimin berkata beliau kecewa dengan kenyataan bekas pemimpin MNLF itu.
“Beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu. Saya sedih kerana tidak dapat menyekatnya daripada membuat kenyataan itu. Sabah dan Malaysia bukan musuh kami,” katanya.
Ditanya sama ada terdapat anggota MNLF yang terlibat dalam kejadian di Sabah, Muslimin berkata jawatankuasa pusat barisan itu telah menjalankan penyiasatan tentang perkara berkenaan.
“Bagaimanapun, siasatan yang dibuat anggota jawatankuasa pusat di Tawi-Tawi dan Sulu mendapati tidak ada anggota MNLF yang terlibat dalam pencerobohan di Sabah. Kami tidak terlibat dalam apa jua bentuk keganasan,” katanya.
Beliau berkata sekiranya terdapat anggota MNLF yang terlibat dengan keganasan di Sabah, mereka melakukannya secara peribadi dan tidak pernah mendapat restu daripada kepimpinan barisan itu.
Pemimpin-pemimpin Bangsamoro.
WZWH berasa lega bila MILF dan MNLF tidak menyokong tindakan keganasan terhadap Sabah maka diharap tidak berlaku perang gerila yang boleh menggangu keamanan dan ketenteraman penduduk Sabah.
WZWH harap Perjanjian damai anatara MILF dan kerajaan Filipina yang DS Najib menjadi orang tengah boleh membawa keamanan di kepulauan Sulu dan Mindanao.
Diharap juga MNLF turut serta dalam pelan damai dan agenda membangunkan kepulauan Tawi-Tawi, Sulu, Palawan, Basilan , Zamboanga dan Mindanoa.
Semoga Bangsamoro atau Tausug maju sama taraf ekonomi dan sosial dengan penduduk Filipina yang lain.

Murad Ibrahim Pemimpin MILF Tidak Mahu Terlibat Tetapi Punya Wawasan Sendiri.


 

MILF kumpulan pemberontak terbesar di Filipina, tidak terlibat dalam konfrontasi antara penceroboh bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia di timur Sabah.
Pengerusi MILF, Murad Ibrahim berkata, masalah antara kumpulan pengganas itu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu dan Semporna perlu diselesaikan oleh Kuala Lumpur dan Manila.
"Orang kami tidak terlibat dengan pencerobohan itu. Kami tak mahu terlibat dalam perkara ini, kami tak mahu menyulitkan lagi keadaan,"
Ditanya sama ada perjajiian damai antara pihaknya dan kerajaan Filipina, yang ditaja Malaysia, terjejas akibat pencerobohan di Sabah, beliau berkata, perkara itu tidak timbul.
"Proses damai antara MILF dan kerajaan Filipina ialah perkara berasingan dan tidak akan tergendala kerana kejadian di Sabah itu. Proses damai ini sedang diteruskan," katanya.
Beliau berkata, anggota pasukan perunding MILF dan kerajaan Filipina dijangka bertemu di Kuala Lumpur untuk mengadakan rundingan pusingan akhir mereka pada minggu terakhir bulan ini.
MILF dan kerajaan Filipina menandatangani perjanjian rangka kerja bagi menamatkan konflik yang berlarutan sejak sekian lama antara kedua-duanya yang mengakibatkan beribu-ribu nyawa melayang dan menyebabkan wilayah Mindanao yang kaya dengan sumber asli, tidak dapat dibangunkan.
MILF berharap pelarian dan pendatang tanpa izin Bangsamoro di Sabah akan kembali ke tanah air mereka kerana kawasan Mindanao di Filipina dijangka aman sentosa selepas perjanjian damai dimeterai pada Oktober tahun lepas.
Murad Ibrahim berkata golongan itu berhijrah ke Sabah untuk lari daripada konflik dan kemelut ekonomi.
"Sabah adalah pilihan semula jadi kerana ia dekat, aman dan menyediakan perlindungan serta peluang. Bagaimanapun, memandangkan keadaan kembali aman di Mindanao, saya fikir mereka akan pulang secara beransur-ansur," 
Moro Islamic Liberation Front (MILF) Chairman Al Haj Murad shares a light moment with Malaysia's Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak during the signing of a peace deal in Manila.
Beliau berkata MILF amat berterima kasih kepada Malaysia dan kerajaan negeri Sabah serta akan meminta bantuan bagi memujuk pelarian Bangsamoro untuk kembali ke tanah air mereka.
Katanya, hanya pelarian perang Bangsamoro yang berhijrah ke Sabah pada awal 70-an diberi kerakyatan Malaysia.
Murad juga berkata Bangsamoro memerlukan bantuan Malaysia untuk mengeksploit sumber semula jadi yang kaya di negara mereka.


US Terlalu riasaukan Rantau Asia Akan menjadi Jajahan Ekonomi China

Rumah Jeneral Musa Abdullah di Simunul Tawi-Tawi
SEBENARNYA Jeneral Haji Musa Abdulla adalah sebahagian daripada kumpulan yang mahu menyerang Sabah pada era Marcos, namun Nur Misuarilah yang menghalangnya.

Musa Abdulla adalah seorang tentera Filipina yang berpangkat Jeneral dan pernah berkhidmat di Vietnam dan merupakan komnado MNLF pimpinan Nur Misuari.

Selepas bersara daripada tentera, Haji Musa tinggal di Simunul Tawi-Tawi, di mana dia terlibat memberi latihan di kem latihan tentera Sophia Camp.

Di Simunul lah timbulnya idea satu operasi yang disebut Oplan Merdeka dibawah naungan Royal Sultanate Force (RSF)-RSF dibawah perintah langsung Jamalul Kiram III . Melalui Oplan Merdeka diwujudkan satu unit yang disebut Unit Komando Jabidah yang diketuai oleh Jeneral Musa dan seorang lagi bernama Ernesto Sambas; mereka berdualah yang mengetuai pencerobohan Lahad Datu pada 9 Februari 2013 menaiki dua kompet besar bersama kira-kira 200 yang lain.

Dalam Oplan Merdeka yang dilaksanakan melalui operasi Jabidah, Jeneral Musa berkerjasama dengan adik Jamalul Kiram, Agbimuddin Kiram.

Salah satu perancangan Oplan Merdeka adalah menghantar penceroboh secara berperingkat ke Sabah, dan disertai warga mas, kanak-kanak dan wanita untuk mengabui mata pihak keselamatan negara.

Selain itu, mereka membeli beberapa rumah untuk dijadikan sarang, sebelum serangan besar-besaran dilakukan.


Selain itu lawatan mengejut Duta besar Amerika ke Sabah, serata berlabuhnya kapal perang Amerika di Sepanggar.

Persoalan yang masih misteri, bagaimana kewangan yang begitu besar yang disalurkan ke RSF untuk melaksanakan Oplan Merdeka boleh masuk melalui Sabah? Siapa kah yang membawa wang itu?

Bayangkan jumlah wang itu? selain mampu senjata-senjata yang canggih seperti M16 dan pelancar mortar, juga mampu membeli sembilan buah rumah secara tunai di Kg Sri Jaya Simunul Semporna.

Bukan sahaja, dikatakan setiap komando yang berlayar ke Sabah dibayar USD600 seorang, sebagai upah untuk menyertai Oplan Merdeka.

Selepas pasukan keselamatan Negara mengetahui kehadiran kumpulan ini pada malam 12 Februari, pasukan polis yang diketuai pasukan komando 69 mengepung kawasan di mana mereka berkumpul, iaitu Kg Tanduo Lahad Datu.

Selepas berunding, pasukan polis menamatkan rundingan pada 21 Februari dan dalam rundingan itu, pasukan Polis hanya mahu penceroboh itu meninggalkan tanah Sabah secara aman. Kerajaan Filipina juga menghantar kapal pengakut kemanusian, untuk menjemput pulang para penceroboh itu.

Masa, ruang, peluang yang diberikan pasukan polis tidak diambil peduli, sehingga tempoh pengusiran dilanjutkkan sehingga tiga kali. 

Perakara yang tidak diinginkan pasukan polis berlaku pada pagi Jumaat 1 Mac 2013, apabila pasukan komando 69 diserang dan mengorbankan dua anggota.

Berikutan tindakan kumpulan yang diketuai oleh Jeneral Musa Abdulla itu, maka pihak polis membalas tembakan dan berjaya membunuh 12 orang pada hari tersebut.

Berikutan kematian kawan-kawan kumpulan itu di kg Tanduo, maka pada 2 Mac, sebahagian daripada kumpulan mereka membayangkan diri di Kg Sri Jaya Simunul Semporna, di mana sebelum ini mereka bersarang di kampung itu dan bergaul dengan penduduk, malah ketua mereka dipanggil "imam".

Ekoran kehadiran mereka di Kg Sri Jaya Simunul diketahui oleh penduduk, maka sepasukan polis datang ke kampung itu pada petang 2 mac, namun kedatangan pihak polis disambut dengan serangan hendap, mengorbankan enam anggota polis.

Berpunca daripada dua kejadian inilah, pasukan keselamatan negara bertindak. Pada 5 Mac, serangan berskala besar dilakukan.

Al-hasil serangan berskala besar itu, sejumlah pengganas maut, dan sehingga kini 53 telah maut dan seorang budak remaja yang mati semalam, di Kg Tanjung Batu.

Sejak operasi berskala besar yang bermula pada 5 Mac, dikhabarkan seorang Jeneral telah maut, dan mungkin Haji Musa Abdulla, kerana menurut keluarganya di Tawi-Tawi, sejak itu, sehingga kini belum ada berita mengenainya.