,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 3 March 2013

SABAH...BANGUN.....SULU BANGUN.....GANYANG MEREKA YANG MEMALUKAN SULUG DAN DERHAKA KEPADA SULTAN BATILAN ll


 Gerakan Bersenjata KIRAM adalah PENDERHAKA  kepada Sultan Sulu 

  Kronologi Dari Sulu:

- Akhir tahun lalu gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam yang dipimpin oleh Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II di Jolo Sulu telah diberikan laporan dari Tawi-Tawi bahawa ada satu gerakan bersenjata sedang  berlatih dengan keahlian lebih kurang 400 orang lelaki. Mereka ialah gerakan keluarga Punjungan Kiram dari Pulau Simunul menurut laporan tersebut.

- Sultan Bantilan II kemudian mengeluarkan kenyataan kepada wakilnya di Tawi-Tawi agar tidak melibatkan diri dengan mana-mana pihak bersenjata. Maka sekiranya ada ahli SSDI (Sultaniyah Sulu Darul Islam) yang terlibat maka SSDI berlepas diri dari sebarang tanggungjawab, yakni SSDI tiada kaitan dengan mereka.

- Sultan Bantilan II juga menghantar mesej ke Sabah khusus kepada ahli SSDI yang sedang bekerja di sana agar memastikan ahlinya tidak terlibat dengan sebarang gerakan bersenjata. Sekiranya ada minta dilaporkan ke Istana seberapa segera. Kerana menurut pandangan Sultan Bantilan, kemungkinan Gerakan Bersenjata KIRAM tersebut adalah untuk sabotaj gerakan Kesultanan Sulu (SSDI).

- Tiga hari sebelum pihak bersenjata KIRAM masuk ke Lahad Datu, Sabah, Istana Sultan Bantilan II di Jolo mendapat maklumat bahawa ada dua bot besar sedang bersiap menuju ke Sabah sarat dengan senjata berat dan dikatakan punya misi untuk berperang.


Penduduk kampung Semporna belasah PENDERHAKA  Sultan Sulu sampai mati !! 

 




Di ketika Menteri KDN masih lagi memberi amaran, hari ini BERNAMA melaporkan, seorang Penderhaka Sultan Sulu bersenjatakan M-16 telah dibelasah sampai mati oleh penduduk Kampung Senallang Lama, Semporna, Sabah.






Puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.


Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu.



Dalam insiden 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, di Semporna.



Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak polis malam tadi".



"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.



Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.



Beliau berkata lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu.



Wartawan Bernama yang dalam perjalanan membuat liputan majlis perasmian jambatan baharu oleh Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kampung Nihak Nihak, pada 8.30 pagi iaitu 30 kilometer daripada Kampung Senallang Lama, sempat melihat mayat lelaki itu dan mendapati kepala lelaki itu berlumuran darah.



Kelihatan penduduk mengemas beg pakaian mereka dan mengosongkan rumah mereka dengan membawa anggota keluarga, termasuk kanak-kanak dan wanita, untuk melarikan diri ke kawasan kampung lain.



Kebanyakan penduduk adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit. 



Cubaan Bernama untuk menghubungi Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah untuk mendapatkan maklumat lanjut gagal.

Bernama

Mengapa benda ni terjadi ? 

Sebab orang Sabah Keturunan Sulu sendiri sudah benci dan marah dengan penceroboh Penderhaka Sultan Batilan ll Sultan Sulu yang mana mereka sudah membunuh 7 anggota komando VAT69 kita.


  Penulis yakin tindakan berani penduduk kampung , pasti akan menimbulkan  kemarahan  daripada lanun-lanun Sulu dan Perancang Kejadian ini untuk mengucar-ngacirkan Sabah.

Kita berharap pasukan keselamatan kita Polis dan ATM dapat mengetatkan lagi kawalan terhadap penduduk di situ
.

 Tahniah diucapkan kepada penduduk Kampung Senallang Lama, Semporna kerana berani bertindak terhadap penceroboh tersebut! Terbukti, rakyat Sabah tidak memberikan sokongan kepada Penderhaka dan lanun-lanun yang disokong petualang dalam negara ini.
AMUKANMELAYU - janganlah merasakan perancangan untuk Menjawat Jawatan PM dengan cara ini......kerana Perancangan Allah lagi hebat.