Tanpa disedari Puteri Jacel Kiram telah menunjukkan bukti tuntutan keluarga Kiram tidak sah..Pada surat perjanjian diantara Sultan Mohammad Kiram dan North Borneo yang ditandatangani pada tahun 22 Januari 1878 menyatakan :-
"GRANT BY THE SULTAN OF SULU OF A PERMANENT LEASE COVERING HIS LANDS AND TERRITORIES ON THE ISLAND OF BORNEO DATED JANUARY 22, 1878"
Diatas surat perjanjian
itu tertera perkataan PERMANENT LEASE..pajakan selama-lamanya..Bukankah
itu bermaksud Sabah milik Malaysia selagi ada bulan dan bintang...
Isu tuntutan Suluk ke atas Sabah mengikut perspektif Brunei (Sumber:
ms 193-197 & ms 254-254, Buku "Tarsilah Brunei II- Zaman
Kegemilangan dan Kemasyhuran" oleh Pehin Jami Al-Sufri, 1997) menyatakan Kesultanan Brunei telah memajakkan wilayah Sabah pada abad ke-19 kepada Baron Von Overbeck.
Kuasa mentadbir Timur Sabah berada ditangan Baron von Overbeck pada 1877.
Menyedari pihak Suluk
juga menuntut wilayah timur Sabah, Baron telah membuat perjanjian
dengan Raja Suluk bagi mengelak masalah-masalah di kemudian hari.
Duit pajakan wilayah
Sabah yang dibayar oleh Baron von Overbeck kepada Sultan Brunei $12,000
setahun dan $3,000 kepada Temenggong pada 1877, manakala
duit yang dibayar kepada Sultan Suluk hanya $5,000 setahun mengikut
perjanjian Baron von Overbeck dengan Sultan Suluk pada 1878.
Daripada jumlah duit
pajakan yang dibayar sudah JELAS menunjukkan siapa yang sebenarnya
berkuasa/ berhak di Sabah pada masa itu.
Baron von Overbeck
kemudian menjual haknya kepada Alfred Dent, pengasas British North
Borneo Company, yang mentadbir Sabah (North Borneo) dari tahun
1882-1946, yang kemudian menjualnya kepada Kerajaan British.
Pada awal 1960an, rakyat Sabah telah memilih menyertai negara baru
Malaysia (Setelah dapatan Suruhanjaya Cobbolt 1963) mendapati bahawa
majority rakyat Sabah mahu merdeka dalam Malaysia- dan pilihan ini
dihormati oleh Kerajaan dan Rakyat Brunei...End of Story.
AMUKANMELAYU - dah terang lagi bersuluh.......dah di suluh semakin kabur kerana NAFSU