“Biar Tak Jadi Kerajaan, Asalkan PAS Kembali Tulen Macam Dulu…”
Sebetulnya saya baru
pulang dari Kuala Lumpur atas urusan kerja di sana. Selalunya jika ke
Kuala Lumpur, saya akan bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan di sana
untuk bertanya khabar dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu politik
semasa.
Tapi lain pula kali ini bila saya diajak
bertemu dengan orang-orang kuat PAS di peringkat nasional. Saya agak
teruja kerana ingin mengetahui tentang perkara yang bakal kami bualkan
nanti. Bukan apa, beriya-iya benar mereka nak jumpa…
Mengenangkan perasaan ingin tahu dan
tidak mahu menghampakan sahabat-sahabat, saya terpaksa mengalihkan
jadual bertemu rakan separti demi memenuhi hajat rakan-rakan dari PAS
itu.
Mereka meminta saya merahsiakan pertemuan
kami demi keselamatan mereka. Jadi tak perlulah saya ceritakan di mana
kami bertemu, bersembang dan berseloroh. Cukuplah saya simpulkan isi
kandungan pertemuan itu saja..kan?
Boleh dikatakan lebih dua jam kami
bertemu dan saya dihidangkan bergelas-gelas teh tarik sepanjang
pertemuan itu. Nak tahu apa yang kami bualkan?
Rupa-rupanya, rakan-rakan saya yang
selama ini menjadi tulang belakang pada PAS itu mahu meluahkan perasaan
kecewa, marah dan bengang mereka pada Anwar dan PKR. Marah sungguh
mereka malam itu. Merah muka! Nasib baik tak terbalik meja…
Pada mereka, Anwar langsung tidak layak
untuk jadi PM. Mereka tak mahu Anwar jadi PM jika Pakatan Haram menang.
Terlalu banyak dosa dan rahsia gelap yang ada pada Anwar sehingga
menyebabkan mereka tak tahan lagi disindir rakyat kerana Ketua
Pembangkang itu.
Bukan saja teman-teman sepejabat mereka
yang menyindir, malah isteri, keluarga terdekat, saudara mara dan
sahabat handai mereka selalu memerli mereka dengan kata-kata sinis yang
membuat telinga mereka bertukar menjadi warna merah padam!
Apa yang mereka mahu ialah Hadi Awang
dinobatkan untuk menjadi PM jika Pakatan Haram menang. Yang menjadi batu
penghalang pada kemahuan mereka ialah DAP yang sebelum ini bersetuju
untuk Anwar menjadi PM jika Pakatan Haram berjaya menjajah Putrajaya.
Menurut mereka, gerakan besar-besaran
sedang dijalankan di dalam PAS di mana golongan akar umbi parti itu
disaran untuk tidak memberikan undi pada calon-calon PKR di seluruh
negara pada PRU ke-13 nanti.
Mereka berpendapat, kurangnya kerusi yang
dimenangi PKR akan menyebabkan parti Anwar itu tidak menjadi parti
majoriti di dalam kerajaan Pakatan Haram nanti dan mereka ada alasan
untuk menafikan Anwar untuk menjadi PM.
Paling melucukan, salah seorang dari
mereka memberitahu bahawa akar umbi di Permatang Pauh sedang giat
menjalankan gerakan rahsia itu dan memujuk agar puak-puak PAS di
Parlimen itu tidak memberikan undi pada Anwar jika dia dicalonkan di
situ lagi.
“Biar dia kalah terus! Padan muka dia!
Dah tentu dia tak boleh jadi PM kalau dia kalah. Ayah Chik (Hadi) boleh
jadi PM..!” katanya bersemangat.
Apapun, gerakan itu terpaksa dirahsiakan
dari para pemimpin PAS yang dikenal pasti sebagai pro-Anwar, telah
“dibeli” Anwar dan golongan Anwarinas. Katanya, ia adalah untuk
memastikan Pakatan Haram menang pada PRU ke-13 kali ini.
Pun begitu, saya masih lagi belum boleh
percaya pada isi kandungan yang kami bualkan malam itu kerana
rakan-rakan saya itu tahu dan kenal saya sebagai seorang UMNO tegar yang
benar-benar tulen dengan perjuangan alif, ba, ta.
Manalah tahu kalau mereka sengaja
buat-buat cerita untuk mempengaruhi saya. Bukannya boleh percaya sangat
dengan “lebai-lebai PAS” ni, kan?
Namun bila saya “counter” balik dengan
rakan-rakan PAS di Kedah, Perlis, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kuala
Lumpur, Melaka, Terengganu dan Pahang, mereka mengesahkan kebenaran isi
perbualan tersebut.
“Biarlah kami tak menang. Tak jadi
kerajaan pun takpa asalkan PAS kembali jadi tulen macam dulu” kata
seorang rakan PAS saya dari DUN Sungai Limau (DUN Azizan Razak).
Begitulah ceritanya. Apa pandangan anda pula?
AMUKANMELAYU - yang di kejar tak dapat dan yang di dalam kendungan berciciran........