,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday, 13 September 2013

AMUKANMELAYU - ADA APA LAGI YANG NAK DI TUKAQ?



Pakatan Rakyat - Tentera Beri Amaran, Komunis Di Lebel ‘Pejuang’?Polis Di  Gelar ‘Anjing’.

DI BIARKAN - DAH terlalu lama mereka BERKURANG AJAR

 

Orang Melayu yang menuduh pasukan keselamatan dengan gelaran yang tidak sepatutnya adalah orang yang lupa sejarah dan tak sedar diri dipergunakan olih pihak yang buta sejarah negara. Terima Kasih
 

1. Tentera Beri Amaran
Ketika menghadiri majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri daripada Wanita UMNO kepada ATM dan PDRM, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal, telah menyuarakan ‘kebimbangan’ beliau mengenai isu perkauman yang semakin menjadi-jadi di negara ini dan ‘menyarankan kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menimbulkan isu perkauman tersebut’.1
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, yang turut berada dalam majlis yang sama, telah ‘menyahut saranan’ Jeneral Tan Sri Abdul Aziz dengan menyatakan:
“Kami sedia berkhidmat siang dan malam, hujan dan panas tanpa makan dan minum untuk menjaga kesejahteraan negara.”1
Namun, keesokan harinya, dengan tidak semena-mena, Pemuda PAS yang diketuai oleh Salahuddin Ayub telah bukan sahaja ‘menyelit’, malah dengan lantang memberi amaran supaya ATM tidak ‘terjebak dengan politik perkauman UMNO’ dan tidak ‘bersuara’. Tidak cukup dengan itu, Pemuda PAS juga menghebahkan ‘tuduhan’ bahawa tentera akan bersekongkol untuk ‘mengambil alih negara’:
Sehubungan itu katanya, dalam keadaan perkauman yang tegang seperti ini, tentera sepatutnya berkecuali dan bukannya bersuara seolah-olah membenarkan rumusan yang mengatakan tentera akan mengambil negara ini jika BN tersungkur.2
Siapakah Salahuddin Ayub sehingga layak memberikan ‘arahan’ kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia?
Malah, sebagai reaksi kepada kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, para penyokong Pakatan Rakyat dalam laman ‘Anwar Ibrahim Club’, telah tergamak untuk memperkatakan tentang penubuhan sebuah ‘Pasukan Bersenjata Pakatan Rakyat’.3

2. Polis Digelar ‘Anjing’
Polis sudah lama dijadikan sasaran oleh para penyokong Pakatan Rakyat untuk melampiaskan nafsu amarah dan hiburan ‘anti-establishment ‘ mereka. Ini kerana pihak polis, yang menjalankan tugas untuk menguatkuasakan undang-undang, dilihat sebagai benteng penghalang utama kepada Pakatan Rakyat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti ceramah politik dan demonstrasi jalanan.

Kekecewaan para penyokong Pakatan Rakyat akibat kegagalan mereka untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti ini akhirnya dihamburkan menerusi penggunaan kata-kata kesat terhadap polis, contohnya gelaran ‘anjing’. Namun, pernahkah masyarakat melihat kata-kata kesat ini dizahirkan bukan sekadar menerusi lisan, bahkan penulisan?

Pada bulan Ogos lepas, seorang penulis blog telah ditahan kerana menghina logo polis di dalam blog beliau.4 Penulis berkenaan telah menggantikan imej muka harimau pada logo polis dengan “muka anjing yang sedang menyalak”, perkataan Allah digantikan dengan “simbol wang”, perkataan Muhammad dengan perkataan bahan letupan ‘C4′ dan lambang di puncak mahkota dengan simbol Zionisme.5

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata tindakan meletakkan gambar anjing pada logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman blog berkenaan adalah satu percubaan untuk menghasut orang ramai membenci polis.4

Selain kontroversi logo ‘anjing’ ini, ada beberapa lagi laman yang didirikan oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang melabelkan pihak polis sebagai ‘anjing kerajaan BN’6 , ‘anjing Barisan Nasional’7 dan ‘anjing kerajaan’8 . Malah, apa yang lebih menyayat hati, laman-laman ini didirikan oleh anak-anak Melayu. Bilangan laman-laman web yang secara terang-terangan menghina polis ini menggambarkan seolah-olah tindakan menggelar polis sebagai ‘anjing’ ini bukan hanya sekadar trend , malah sudah menjadi prinsip yang dipupuk oleh Pakatan Rakyat.

Apakah gelaran ‘anjing’ ini merupakan satu bentuk carutan yang diharuskan oleh Pakatan Rakyat?
Apakah ini panggilan yang adil untuk diberikan kepada kira-kira 90,000 anggota PDRM, yang majoriti besarnya dianggotai oleh golongan Bumiputra?

Jika Pakatan Rakyat benar-benar tidak terbabit dalam menyemai dan memupuk gejala ini, maka Pakatan Rakyat perlulah membuktikannya dengan menyingkir ahli-ahlinya yang secara terang-terangan telah menghina anggota-anggota Polis DiRaja Malaysia.

3. Komunis ‘Pejuang Kemerdekaan’?

Tatkala rakyat Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-51, tersebar e-mel yang mempersoalkan bukan sahaja sambutan kemerdekaan tersebut, malah perihal kemerdekaan itu sendiri.
E-mel berkenaan yang bertajuk ‘Jangan Bohong Hal Merdeka’9 , bertujuan untuk menafikan sumbangan parti UMNO terhadap kemerdekaan. Beberapa fakta mengenai sumbangan UMNO untuk mencapai kemerdekaan telah  diabaikan dengan sengaja. Selain itu, artikel ini juga turut menuduh UMNO bersekongkol dengan penjajah, malah secara halus cuba menyuntik dan menyelitkan hasutan bahawa pengganas komunislah yang merupakan ‘pejuang kemerdekaan’:
Rakyat telah bangun melawan dengan mengangkat senjata.9
Ribuan nasionalis telah mati berjuang melawan British.9
Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Komunis Malaya (PKM) , Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angakatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Hisbul Muslimin adalah badan-badan politik yang lebih awal bagun berjuang untuk memerdekkan Persekutuan Tanah Melayu.9
Selain Parti Komunis Malaya (PKM), artikel ini turut tidak mahu ketinggalan untuk menyebut sayap gerila komunis di Sarawak, PARAKU:
Mereka memanggil negara mereka Kalimanta Utara dengan gerakan gerila bernama – PARAKU – Pasokan Rakyat Kalimantan Utara.9
PARAKU, yang rata-rata dianggotai oleh belia daripada kaum Cina, sebenarnya bukan sahaja memiliki ideologi komunis, bahkan PARAKUlah yang telah bersekongkol dengan Indonesia untuk menghancurkan Malaysia sebelum ia dibentuk:
The timing could not be better for the CCO as Sukarno vowed that he would “crush” the federation of Malaysia even before it was formed . The Indonesian became an instant ally of the CCO, providing supplies and training facilities in Kalimantan to the CCO. By this time, Bong and Weng made their way Pontianak and hooked up with Azahari’s supporters who escaped the security net in Brunei and Limbang. The CCO played an important role in Azahari’s exiled army, the Tentera Nasional kalimantan Utara (TNKU). More than a thousand Chinese youth walk the jungle trail across the border to join. They received military training and further indoctrination. It was this group that formed the core of the Communist guerrilla units, Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) and Pasukan Gerilya Rakyat Sarawak (PGRS).10
Inikah yang dikatakan ‘nasionalis pejuang kemerdekaan’?
Militia yang bersekongkol dengan kerajaan asing untuk menghancurkan Malaysia?
Kaedah penulisan dan penggunaan tatabahasa dalam artikel ini juga menunjukkan bahawa ia ditulis oleh seorang bukan Melayu kerana menggunakan beberapa frasa yang jelas tidak mempunyai ciri-ciri keMelayuan:
  • ‘kaum agama’ (dan bukan frasa ‘alim ulama’);
  • ‘kaum kiri’ (dan bukan frasa ‘sayap kiri’);
  • ‘kaum tani’ (dan bukan frasa ‘golongan petani’);
  • ‘kaum komunis’ (dan bukan frasa ‘pengganas komunis’);
  • ‘berkorban mati’ (dan bukan hanya perkataan ‘berkorban’).
Ketika artikel ini jelas ditulis oleh seorang bukan Melayu yang anti-Melayu, apa yang paling menyedihkan ialah ramai daripada individu-individu yang menyebarkannya terdiri daripada anak-anak Melayu yang menyokong Pakatan Rakyat.
Turut tidak mahu ketinggalan dalam ‘bandwagon‘ pencinta komunis ini, percaya atau tidak: Parti Islam Se-Malaysia, PAS!
In a ground-breaking article published in the party organ Harakahdaily.net on Sunday, the PAS research centre said CPM had been active in its campaign for independence since its formation in May 1930.11
Pada zaman penjajahan Jepun, Chin Peng dan anak buahnya adalah antara kumpulan yang paling berani menentang Jepun. Adakah boleh ditolak peranan PKM menentang penjajah? Mereka ini duduk di tengah-tengah hutan, tidur berlantaikan tanah berbumbungkan langit untuk memerangi Jepun dan mencari kemerdekaan sebenar.
Wajarkah peranan mereka tidak diperakui kini? Perjuangan PKM tidak terhenti setakat menentang penjajahan Jepun, tetapi mereka juga mengangkat senjata untuk menentang penjajah British bagi menuntut kemerdekaan.12
Walaupun kaedah ‘perjuangan’ PKM ialah dengan membakar ladang, memusnahkan rangkaian pengangkutan dan perhubungan, menyerang balai polis dan membunuh orang ramai, PAS masih mengiktiraf bahawa pengganas komunis ialah ‘pejuang kemerdekaan’.
PAS sanggup melakukan apa sahaja untuk berkuasa, hatta menjulang pembunuh rakyat!


Penjenayah Ugut Bunuh IGP & Anggota Polis...

Dah melampau lampau dah puak penjenayah dalam negara sekarang ni..! kerana operasi cantas yang dilaksanakan oleh pasukan Polis menggempur para penjenayah seluruh negara maka para penjenayah ini semakin terhimpit dan biadap hingga berani mengeluarkan kenyataan dibawah...


Yang ini pun masaalah teknikal jugak ke? SKMM@MCMC buat apa? buat bodo jer ke?

Lu Fikir La Sendiri!!!

1. “ATM bimbang isu kaum timbulkan huru-hara,” Utusan Online , 10 September, 2008, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0910&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_07.htm
2. “Tentera jangan terjebak dengan politik perkauman UMNO – Pemuda PAS,” 10 September, 2008, http://pemuda.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=509&Itemid=2
3. “Pasukan Bersenjata pakatan rakyat ..,” 9 Julai, 2008, http://anwaribrahimclub.com/forum/index.php?action=printpage;topic=1460.0
4. “Musa: Kepala anjing di logo PDRM,” Malaysiakini , 8 Ogos, 2008, http://malaysiakini.com/news/87479
5. “Logo anjing: Penulis blog mohon maaf,” Malaysiakini , 8 Ogos, 2008, http://www1.malaysiakini.com/news/87482
6. “Polis anjing kerajaan bn,” 14 Julai, 2008, http://kerabubersuara.blogspot.com/2008/07/polis-anjing-kerajaan-bn.html
7. “Polis Di Raja Malaysia “anjing” Barisan Nasional,” 14 Julai, 2008, http://aminiskandar.wordpress.com/2008/07/14/polis-di-raja-malaysia-anjing-barisan-nasional/
8. “Kes Raja Petra: Polis Anjing Kerajaan,” 26 Julai, 2007, http://faisalmustaffa.blogspot.com/2007/07/kes-raja-petra-polis-anjing-kerajaan.html
10. James Chin, “ VL Porritt, The Rise and Fall of Communism in Sarawak 1940-1990 (Melbourne: Monash Asia Institute, 2004),” http://kyotoreviewsea.org/Chin_eng.htm
11. “PAS: Communist party helped secure Merdeka,” Malaysiakini , 29 Ogos, 2008, http://www.malaysiakini.com/news/56016
12. “Pensejarahan semula perjuangan kemerdekaan: Satu tuntutan keadilan,” HarakahDaily.Net , 27 Ogos, 2008, http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=3962&Itemid=50


 DAP: 'Polis Raja Di-Malaysia'...

RTM - Kesilapan atau Kerja Terancang?

 
RTM - Sengaja atau tak puas hati?


Malaysia telah menjadi sebuah negara polis, dakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham

Polis, dakwanya, bertindak menahan orang awam sesuka hati mereka tanpa menghiraukan hak asasi manusia.

Ngeh mendakwa situasi menjadi buruk, yang menurutnya, lebih teruk daripada Operasi Lalang di mana 106 ditahan di seluruh negara.

"Sekarang jumlah mereka yang ditahan kali ini mencecah 157 orang di mana 80 daripadanya adalah di Perak," katanya.
Ada dalang dalam RTM

Ngeh berkata, 'Polis DiRaja Malaysia' kini dikenali oleh rakyat Perak sebagai 'Polis Raja Di-Malaysia' kerana didakwanya, menyekat sepenuhnya kebebasan bersuara dan bergerak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Malam tadi, G Haridas, 34 - pemandu setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming - dan ahli Majlis Perbandaran dari DAP, Simon Uthaya Kumar, 51, ditahan diluar pintu masuk bangunan ibupejabat di Ipoh.

dap perak ipoh candle light vigil arrest 270509 03
Inilah Dalang "POLIS RAJA DI MALAYSIA"
Berlaku 'perang mulut' antara Ngeh, Nga dan timbakan ketua polis Ipoh, Ibrahim Abu Bakar berhubung tangkapan tersebut.

Ibrahim dikatakan memberitahu bahawa polis boleh menangkap orang ramai yang berkumpul dalam kumpulan lima orang atau lebih.

Bagaimanapun, Ngeh pula menegaskan bahawa alasan tersebut tidak boleh diterima kerana dua orang sahaja yang ada ketika (Haridas dan Simon) dan mendakwa ia merupakan penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis.


Ustaz Idris Ahmad - PDRM Diminta Jaga Negara, Bukan Umno

 

Harakahdaily, 20 Jul 2012
KUALA LUMPUR: PDRM Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta menjaga kepentingan negara bukannya menjaga kepentingan Umno dengan membuat fitnah kepada pihak lain.

Polis juga diminta jangan menimbulkan suasana tidak tenteram di dalam negara ini, apabila cuba mengaitkan PAS dan Pakatan Rakyat telah diresapi oleh gerakan JI dan komunis.

Permintaan ini dibuat oleh AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Terbaru Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis dalam DAP.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk "Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen anjuran  Parlimen Malaysia bersama-sama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru dan Majlis Belia Malaysia.

"Jika benar perkara ini kenapa  polis tidak bertindak segera, sebaliknya perkara ini telah didedahkan kepada pelajar di dalam taklimat keselamatan.
PDRM - Penghinaan demi penghinaan


"Apakah ini modus operandi polis, dedah dahulu baru hendak bertindak?" soal Idris.

Kalau perkara keselamatan negara pihak polis hendak mempolitikkan, maka amat malang negara mendapat perkhidmatan polis seperti begini, kata Idris.

Beliau seterusnya mempersoalkan, mana ada di dunia ini, pihak keselamatan sebuah negara mencerita dahulu, kemudian baru bertindak.

"Pihak PDRM jangan memalukan negara, apabila perkara besar sudah menjadi rahsia umum.

"Modul mana pihak PDRM belajar, suatu perkara yang merbahaya didedahkan kepada umum terlebih dahulu.

"Sampai bila negara akan selamat jika tektik heboh dahulu baru bertindak," soal beliau.

Idris juga bertanya, kenapa pihak PDRM tidak bertindak kepada keganasan yang dilakukan oleh penyokong Umno seperti keganasan di Jalan Kebun Kelang, Lembah Pantai, Imam Masjid Teras Jernang ditumbuk, serangan kepada Ambiga di Merlimau Melaka.

"Apakah ini semua tidak menggugat ketenteraman awam dan merbahaya keselamatan negara. Apakah negara kita ada dua undang-undang.

"Jika penyokong Umno buat tak mengapa walaupun sudah dibuat laporan. Sedangkan tuduhan terhadap PR hanya andaian terus dihebah di dalam media.

"PDRM bertindaklah secara profesional, jagalah negara bukan jaga Umno," pinta beliau.

Tukar Bendera : Pegawai Anwar Buka Rahsia Agenda Besar BERSIH & PKR

by on Sep 3rd, 2012 · 
GILA - Semuanya nak di tukar....

AIDCNews – 03/09/12 – Bermula dengan provokasi mengibarkan bendera ‘Sang Saka Bangsa’ pada malam ambang Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka anjuran Janji Demokrasi yang digerakkan oleh inner circle BERSIH, akhirnya membuka dimensi baru matlamat akhir mereka.
REPUBLIK - Kita dah tak de Sultan....

BERSIH pula sudah diketahui umum berketuakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR.
Mungkin, jika Pakatan Rakyat (PR) menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), itulah yang bakal mereka lakukan. Pertama, sambut kemerdekaan dengan menukar bendera baru, dari Jalur Gemilang kepada Sang Saka Bangsa dan kedua, seperti yang disebut Datuk Dr Hassan Ali, mereka mungkin akan menukar sistem pemerintahan negara dari sistem Raja Berperlembagaan kepada sistem Republik.
Sepatutnya tidak perlu sambutan ambang kemerdekaan anjuran inner circle BERSIH itu dicemari dengan insiden mengibarkan bendera Sang Saka Bangsa dan jika benar sekadar mahu pilihan raya bersih dan adil cukup sekadar mengibarkan bendera Jalur Gemilang.
Kesungguhan pegawai Anwar mempertahankan pengibaran bendera Sang Saka Bangsa menyerlahkan lagi matlamat itu.
SANG SAKA BANGSA Bendera UMNO

Najwan Halimi, pegawai Anwar untuk tugas sebagai penasihat ekonomi Selangor selain mempertahankan bendera Sang Saka Bangsa dalam masa sama menggambarkan dirinya adalah individu yang bertanggungjawab mempopularkan reka bentuk corak bendera baru menggantikan bendera Jalur Gemilang itu.
Dia mendakwa telah mempopularkannya seawal tahun 2007 lagi.
“Dengan penuh kesedaran dan keinsafan, sebagai seorang warga negara Malaysia yang berdaulat, dengan mendukung semangat Nusantara, saya persembahkan design terbaru bendera Malaysia bagi menggantikan Jalur Gemilang bernama Sang Saka Malaya,” kata Najwan di laman peribadinya, najwanhalimi.com.

Merombak Sejarah PKR

Parti Keadilan Rakyat logo.svg
LOGO PKR

Dalam profile terbaru facebook, Najwan memaklumkan dirinya adalah Timbalan Ketua Penerangan AMK Malaysia, seorang pengamal politik ‘moderate’ dan pengasas serta pengarah Akademi Pak Sako, sebuah akademi yang menggunakan nama Pak Sako, nama sebenar kepada Ishak Haji Muhammad, individu yang mengagaskan idea penyatuan Melayu Raya Indonesia, Malaysia dan Brunei.
Sebagai anak didik badan pemikir Anwar, IKD (Institut Kajian Dasar) di bawah pimpinan Khalid Jaafar, Najwan mempunyai sebab untuk menggerakkan Akademi Pak Sako dan mungkin untuk menjustifikasikan salah satu bidang kerja utama kenapa perlu dibayar gaji sebagai pegawai Penasihat Ekonomi Selangor.
Peletakan jawatan Rafizi Ramli sebagai pegawai Penasihat Ekonomi Selangor membuktikan jawatan itu tidak ada kena mengena dengan pembangunan ekonomi Selangor, tetapi sekadar jawatan untuk membolehkan anggota-anggota PKR mendapat pendapatan untuk meneruskan misi politik PKR.
Seperti yang didedahkan oleh bekas Ahli Majli Tertinggi PKR, N Gobalakrisnan, setiap anggota PKR diberi tugas khusus oleh Anwar untuk melakukan tanggungjawab mengikut kepakaran masing-masing, Sivarasa Rasiah dan Tian Chua bertanggungjawab ke atas SUARAM dan mungkin Najwan bertanggungjawab menggerakkan Akademi Pak Sako.
Dengan gerakan Akademi Pak Sako, mungkin matlamat akhirnya mahu memanjang hayat sejarah PKR, berasal dari Parti Keadilan Nasional (PKN) yang ditubuhkan untuk memperjuangkan nasib Anwar pada penghujung tahun 1999 kepada parti yang ‘berjuang untuk kemerdekaan rakyat’ sebelum zaman merdeka lagi.

Parti Rakyat Malaysia logo.png
Logo PRM
Ini berpaksikan kepada percantuman antara PKN dengan PRM (Parti Rakyat Malaysia) pada tahun 2003, di mana sejarah PKR dipanjangkan melalui sejarah PRM yang ditubuhkan pada tahun 1955.
Pada tahun 1958, satu barisan berhaluan kiri yang dinamakan Barisan Sosialis atau Socialist Front (SF) atau nama penuhnya Barisan Sosialis Rakyat Malaya (Malayan People’s Socialist Front) telah dibentuk dengan menggabungkan PRM (pimpinan Ahmad Boestamam), Parti Buruh Malaya (pimpinan Pak Sako) dan Parti Perhimpunan Kebangsaan (pimpinan Abdul Aziz Ishak).
Barisan Sosialis Rakyat Malaya itu memperjuangkan penyatuan Melayu Raya di mana Indonesia, Malaysia dan Brunei digabungkankan menjadi satu negara.
Apabila berlaku konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1963, Ahmad Boestamam, Pak Sako dan Aziz Ishak ditahan di bawah undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana pembelot negara yang bersekongkol dengan Indonesia.

Parti Buruh Malaya logo.png
Logo parti Buroh

Menurut bekas Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman dalam bukunya, “13 Mei: Sebelum dan Selepas”, penglibatan aktivis Parti Buruh dan Parti Rakyat antara faktor tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.

Sosialisme dan warisan Parti Komunis Malaya (PKM)

Wikipedia Ahmad Boestamam menyebut tokoh itu bermula dengan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938 dan kemudiannya menubuhkan Gerakan Kiri Tanah Air (KITA) yang bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya dan British dalam usaha memerangi tentera Jepun.
“Boestamam kemudian menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1945. Pada 30 November 1945, PKMM telah mengeluarkan lapan resolusi yang dianggap oleh pihak kerajaan British sebagai diinspirasikan oleh rancangan ‘Sembilan Perkara’ Parti Komunis Malaya.
“PKMM pada mulanya tidak condong kepada komunisme. Tetapi apabila Mokhtaruddin Lasso dilantik sebagai presidennya yang pertama pada bulan Oktober 1946, parti ini dipengaruhi oleh komunis,” lapor wikipedia itu.

PKMM mempunyai dua cawangan pemuda dan pemudi iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Boestamam, dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh yang juga salah seorang aktivis komunis.
Pada tahun 1947, PKMM dipimpin pula oleh Pak Sako.

PKMM menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan AMCJA (All-Malaya Council of Joint Action) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 untuk penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Parti Komunis Malaya atau singkatannya PKM ditubuhkan pada tahun 1930.
PKM menentang British ketika penjajah itu memerintah Tanah Melayu, namun bekerjasama pula dengan British ketika kedatangan Jepun, dengan membentuk MPAJA (Malayan People’s Anti-Japanese Army)

Selepas Jepun menyerah kalah, PKM menerusi gerila-gerila MPAJA dan anggota komunis Bintang Tiga telah memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945.
PKM telah menguasai PKMM melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (Bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D.
“PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

“Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada PKM kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga,” lapor wikipedia itu.
Menurut greensocialis, PRM adalah satu-satunya parti politik berhaluan kiri yang masih wujud sampai kini.

Sang Saka Malaya

Menurut Dewan masyarakat Mei 1991, bendera Sang Saka Malaya ataupun Sang Saka Merah Putih adalah saduran bendera PKMM.
“Dalam usaha merealisasikan gagasan ini, PKMM mengambil bendera kebangsaan Indonesia – Sang Saka Merah Putih sebagai bendera parti; lagu kebangsaan Indonesia Raya sebagai lagu kebangsaan PKMM yang sering dinyanyikan dalam perhimpunan PKMM,” lapor archive.org/stream/ShamsiahFakeh

Perkara yang sama turut diakui oleh Zairi Shafai pengibar bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan ambang kemerdekaan Malaysia ke-55 itu.
Menurut kenyataan media Gabungan Janji, 17 Ogos, pihak mereka sendiri menggalakkan peserta mengibarkan bendera Sang Saka Malaya menggantikan bendera Jalur Gemilang dan Akademi Pak Sako (APS) pimpinan pegawai Anwar itu merupakan salah satu tali barutnya.
APS juga berusaha mengangkat tokoh ‘Mat Indera’ sebagai ‘pejuang bangsa’ dalam forum bertajuk “Malaysia dan Sejarah yang Belum Selesai” di Hotel Quality, Shah Alam pada 7 Oktober 2011.
Laman amnaj menjelaskan lambang PKMM yang bercorak Merah Putih Berbintang 12 adalah lambang gabungan Putera-AMCJA, iaitu gabungan kumpulan sosialis Malaya.
“Di belakang Putera-AMCJA adalah juga komunis yang juga menyusup dalam Kesatuan Sekerja dan Parti Politik menjalankan kerja-kerja subversif. Malah ketua PKMM semasa itu adalah seorang komunis,” lapor The Unspinners.

Sekarang makin terserlah kenapa Marina Chin Abdullah dan Hishamuddin Rais merupakan tenaga penting di sebalik Janji Demokrasi atau Janji Bersih.
Marina Chin Abdullah

Semua ini juga berpaksi dari ideologi sosialisme. Pemahaman lanjut sila baca “Isham Rais Mengaku Langgan Pelacur, Pertahan Anwar” dan “SUARAM Sarang Sosialis, Sayap Kiri PKR“. Juga menyerlahkan lagi bahawa pemikiran Datuk A Samad Said juga merupakan warisan Pak Sako dan Boestamam.






ADAKAH PARTI KOMUNIS MALAYA MEMPUNYAI BENDERA?

Heboh dalam alam siber bendera Negara China dikibarkan oleh watak komunis dalam fentomin pada Hari Kemerdekaan. Pengarah fentomin pun dikata tak tahu sejarah!
Alahai....
Macam mana sebenarnya rupa bendera Parti Komunis Malaya?
Yong cari dalam Internet. Ada beberapa dapatan. Contohnya macam ini:
GAMBAR DARI WIKIPEDIA
DESKRIPSI: Flag of the Malayan Peoples' Anti Japanese Army (Tentera Anti Jepun Rakyat Tanah Melayu).
Oh, rupanya ini gambor bendera MPAJA.
Surprise! Bendera ini serupa dengan bendera Chinese Communist Party! (Parti Komunis China). Cuma gambar sabit berbeza sedikit.
Tentu ada sebab kenapa serupa kan?
SUMBER CPC PEOPLE
Mana bendera Parti Komunis Malaya?
Ini pula bendera The Malayan National Liberation Army (MNLA). Nama asalnya The Malayan Races Liberation Army (Tentera Pembebasan Rakyat Malaya) yang dicipta pada tahun 1948. Bendera ini dikibarkan oleh Chin Peng, pemimpin Parti Komunis Malaya.
GAMBAR ORI DI SINI
Patutle pengarah fentomin itu letak gambor bendera Negara China. Demer tak jumpa macam mana rupa bendera Parti Komunis Malaya. Demer konfus rupernya. Huh?
BENDERA NEGARA CHINA MULA DIKIBARKAN TAHUN 1949
Ini pula gambar bendera Sang Saka Malaya (kependekkan dari perkataan: "Sang Pusaka Malaya"). Ia adalah bendera Persatuan Kesatuan Melayu Muda (PKMM) yang diperkenalkan oleh PUTERA-AMCJA.
SANG SAKA MALAYA DIKIBARKAN TAHUN 1947
Adakah Sang Saka Malaya serupa dengan bendera komunis? Langsung tak sama. Bukan hanya tak sama, malah bendera Sang Saka Malaya Ori juga telah dikibarkan sebelum bendera Negara China (tahun 1949) dan bendera ciptaan Chin Peng, untuk The Malayan National Liberation Army (MNLA) (tahun 1948).

Siapa tiru siapa?
Bagaimana dengan bendera Sang Saka Malaya Ciptaan AMK tahun 2007? 
Hmm...Kalau nak rekacipta bendera baru, baik cari nama lain. Sang Saka Malaya PKMM yang Ori itu adalah sebahagian dari sejarah yang tidak ternilai. Siapapun tidak wajar merubahnya.
Pencinta komunis di alam siber, tolong bagi tahu ada atau tidak bendera Parti Komunis Malaya?


IBU MERTUAKU - Jangan kata nak tukaq nama....nak tukaq apa pun Mamak bagi.



  

AMUKANMELAYU - Setelah di selidiki dan di kaji dengan sumber yang ada. Kebanyakan LAHANAT UGAMABANGSA ni tiada arah tujuan perjuangan dan setiap bala yang ALLAH hantar kepada mereka seperti tiada meninggalkan kesan pada diri mereka. Sebelum ini AMUKANMELAYU telah buat sedikit kajian ke atas DO'A MERDEKA.....memang ALLAH telah menurunkan bala ke atas mereka yang KHIANAT dan DENGKI....tapi mereka masih gagal untuk berubah, walau pun SINGAPURA dan Pulau Pinang telah di jajah oleh kafirun.