,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday, 28 September 2013

TALIAN HAYAT TERAKHIR - WE LOVE ABANG SABU


TIMBALAN PRESIDEN PAS KUTUK PARTI SENDIRI


Mat Sabu Khomeini

Jarang benar boleh tengok Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu melatah dan merungut dengan apa sahaja masalah dan keburukan yang melanda partinya sebab kerap kali yang dia nampak dan selalu bising ialah mengenai BN lebih-lebih lagi UMNO.

Pendek kata sekelumit zarah pun pada Mat sabu tiada yang baik berkaitan UMNO, asal naik pentas ceramah dan pegang saja microphone dari ayat awal hingga penyudah isi ceramahnya tak lain tak bukan duk maki UMNO, hamun BN, londeh pemimpin UMNO dan kritik dasar BN tanpa kira betul atau salah.

Tapi entah apa ke mimpinya pula tak semena-mena semasa diwawancara oleh portal Malaysia Insider semalam Timbalan Presiden PAS yang sedang di ambang kejatuhan ini terpaksa mengeluh sakan sambil menghentam dan mengkritik parti sendiri sampai terlondeh habis luar dalam.

Manyak cantik looo....
Mat Sabu buat pertama kalinya mengakui dewasa ini sedang berlaku perubahan mendadak yang baru disedarinya betapa buruk reformasi minda yang sedang menjajah pemikiran ahli dan pemimpin PAS.

Katanya, “Sepanjang 35 tahun saya berada dalam PAS iaitu sejak 1978, inilah kempen paling teruk pernah saya lihat. Saya terkejut dan hairan dengan perubahan minda ahli PAS terhadap muktamar dan kepimpinan parti.”

Selama ini asyik duk sibuk selak cari koyak kain orang lain, nah sekarang seluar dalam sendiri compang-camping koyak sana bertompok sini baru nak perasan.

Diungkitnya juga tindakan ahli dan penyokong PAS yang melakukan serangan secara terbuka terhadap pemimpin PAS melalui laman sosial seperti FB, blog serta tak kurang juga melalui SMS. Satu senario teruk dan buruk yang tak pernah terfikir dalam kepalanya akan menjangkiti PAS.

Karpal marah kat Abang Mad...
Paling dikesalkan Mat Sabu bila mana wujud penyakit label-melabel di mana ada pemimpin PAS dipanggil sebagai geng Syiah dan liberal semata-mata untuk menjatuhkan seseorang pemimpin PAS sempena menjelangnya pemilihan di Muktamar PAS Ke-59 November tahun ini.

Siapa yang dimaksudkan geng liberal kita tahulah ia merujuk pada puak Anwarinas, tang tu tidaklah begitu terguris jiwa raga Mat Sabu. Yang bikin panas hati Mat Sabu tentulah tang label Syiah, kerana label itu sering dikaitkan dengan Mat Sabu dan gerombolan yang memujanya.



 Apa pun, setelah 35 tahun Mat Sabu dibuai mimpi indah mengenai PAS dan selama ini hanya fokus memburukkan UMNO dan BN, kini baru sedar penyakit buruk perangai sedang membusuk dalam PAS disebabkan pemimpinya gila kuasa berebut jawatan.

Cuma dalam rungutan panjang lebarnya itu, Mat Sabu terlupa menyebut satu perkara bahawasanya diri dia sendiri pun terlebih-lebih buruk perangainya terutama sekali selepas menjadikan Khomeini Latnatullah sebagai idola yang membentuk pemikirannya.--SUMBER

Siapa "Ulama" Ganti Mat Sabu?

Subky Latif, 13 Sep 2013
Masyarakat di luar PAS sedang mencarisiapa daripada kalangan ulama dalam PAS yang hendak dicalonkan bagi mengganti Mohamad Sabu?

Mungkin daripada kalangan PAS sendiri yang terdiri mereka yang berpendirian bahawa Timbalan Presiden mesti ulama juga mencari orang yang boleh menang menggantikan Mat Sabu. Apakah perwakilan PAS di era kepimpinan ulama bersedia menggantikan pimpinan tertingginya dengan seorang yang lain tidak dipastikan.

Bagaimana pun perwakilan PAS pernah menggantikan Timbalan Presidennya Ustaz Hassan Shukri dengan seorang yang lain, tetapi ada kalangan yang mengira keputusan itu tidak bijak kerana ganti Ustaz Hassan itu gagal memenuhi piawan yang diperlukan. Ketiadaan Ustaz Hassan dirasakan satu kehilangan.

Ketahanan berpolitik, keupayaan pimpinan dan wibawanya tidaklah kurang dibandngkan dengan rakan-rakannya yang lain. Jika orang kata dia banyak merugikan PAS, belum ada hal-hal memungkinkan dia dikenakan tindakan disiplin atau tidak diingini berada dalam pimpinan seperti yang pernah berlaku kepada satu dua pimpinan sebelum ini.

Jika dia kalah dalam pillihan raya baru-baru ini bukan disebabkan dia ditolak oleh pengundi PAS, tetapi mungkin dia tidak dapat sokongan undi atas pagar yang menjadi penentu dalam kawasan seperti itu.

Jika kalah itu dikira dia ditolak, Tok Guru Nik Aziz pernah kalah di Bachok dalam PRU 1982, Ustaz Hadi pernah kalah di Marang dan Ustaz Fadzil Noor hanya sekali menang di Pendang. Kalau kerana kalah piliihan raya, maka Mat Sabu mesti digantikan, maka Salahuddin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man juga kalah  dalam PRU lalu.

Mengapa masing-masing mencari tokoh ulama bagi menyaingi Mat Sasbu bukan kerana keupayaan berpolitik dan kepimpinan Mat SAbu, tetapi dia bukan dari golongan ulama.

Biasanya selepas PAS mengatasi krisis kepimpinannya dalam awal tahun 1980-an jawatan nombor satu  dan nombor  dua itu disandang oleh ulama. Konsep kepimpinan ulama yang diketengahkan PAS tahun 1982 ditafsirkan oleh setengah kalangan bahawa Presiden  dan Timbalan Presiden mesti dari ulama.

Kerana itulah Dato Mustafa Ali, seorang yang disegani dalam PAS tidak berjaya menyaingi Ustaz Hassan Shukri untuk menjadi Timbalan Presiden. Tidak ada apa-apa masalah pada Mustapa tetapi perwakilan PAS masa itu mengira jawatan itu untuk ulama.

Tetapi antara yang mentafsirkan jawatan parti itu tidak semestinya ulama walaupun PAS berpegang kepada konsep kepimpinan ulama ialah Mustafa Ali sendiri kerana itulah dia pernah bertanding untuk jawatan itu. Mustafa adalah Ketua Dewan Pemuda yang bertanggungajwab mengemukan usul konsep kepimpinan ulama itu tahun 1982 dulu.

Mat Sabu dan Husam Musa adalah antara yang sependapat dengan  Mustafa Ali. Mat Sabu adalah Eksko Dewan Pemuda PAS Pusat ketika usul itu dibentangkan dulu.

Sekalipun kebanyakan orang PAS mengira jawatan Timbalan Presiden itu adalah untuk ulama, tetapi mereka juga memerhatikan wibawa politik tokoh ulama itu apakah kepimpinannya meyakinkan atau sebaliknya. Majoriti memberikan undi kepada Mat Sabu kerana mereka yakin Mat Sabu lebih berwibawa.

Walaupun ulama masih relevan untuk memimpin PAS, tetapi wibawa dan keyakinan tetap menjadi perhatian PAS.

Tokoh ulama yang berwibawa itu dipercayai ada dan ramai, buat masa ini belum ada yang menyerlah seperti golongan ulama yang mengambil alih pimpinan dari zaman Dato Asri dulu.

Ustaz Nik Aziz sudah lama berada dalam pimpinan Dato Asri, tetapi beliau hanya menyerlah selepas pucuk pimpinan bertukar. Apakah suasana seperti itu berulang?- Harakah.

Tiru Nabi bukan Iran, Mat Sabu 'dibedal' Ulama Pas

Desperado 9/28/2013 
SHAH ALAM: Ambil contoh kepimpinan teladan Nabi Muhammad S.A.W dan bukan kepimpinan negara-negara tertentu jika tidak mahu terus dilabel sebagai pengamal syiah, kata Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS itu berkata nasihat ini bukan sahaja ditujukan kepada mereka yang terpalit dengan imej Syiah, sebaliknya turut ditujukan kepada semua ahli PAS agar lebih berhati-hati apabila menjadikan seseorang atau negara lain sebagai idola mereka.

"Sebab itu kita perlu balik kepada landasan asal iaitu kalau kita hendak mencontohi apa-apa pun, kita hendak ambil apa-apa kebaikan, kita ambil daripada Nabi Muhammad S.A.W.."

"Kalau kita hendak ambil contoh kebaikan, kita ambil daripada Rasulullah SAW... kita ambil daripada Al-Quran, sudah tentulah Al-Quran ini menggambarkan sunnah Waljamaah," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebelum ini menegaskan untuk kesekian kalinya beliau bukan bermazhab Syiah, akan tetapi hanya membawa nilai-nilai baik dari Iran untuk diamalkan di negara ini.

Mohamad berkata, beliau dan rakan-rakannya yang membawa konsep kepimpinan ulama, Unit Amal bahkan lagu Unit Amal dari Iran ke dalam PAS.

Malah, beliau turut melahirkan rasa kesal apabila setiap kali menjelang muktamar PAS, isu Syiah akan bergema.

Mat Sabu menjadi salah satu sasaran mereka apabila isu ini dimainkan tambahan lagi apabila beliau melawat negara tersebut ketika meletusnya perang saudara di sana.

Isu Syiah menjadi hangat apabila perang saudara meletus di Syria dan Iran serta Hizbollah (gerakan Islam di Lubnan) menyokong kerajaan Syria pimpinan Bashar Al-Assad.

Rententan daripada isu itu, Zawawi menasihatkan mereka yang terpalit dengan isu syiah kembali kepada perjuangan asal parti dan menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh pimpinan terbaik.

"PAS ini sebuah parti Islam yang memperjuangkan Islam, contoh yang terbaik adalah Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik.

"Dan sepatutnya seluruh kepimpinan PAS dan ahli-ahli PAS ini mencontohi Nabi Muhammad S.A.W...sebab kalau kita mencontohi Rasulullah S.A.W, kita akan selamat daripada sebarang fitnah," katanya.

Jelas Zawawi lagi, menjadikan Iran sebagai negara contoh berkemungkinan boleh mendatangkan impak yang tidak diingini berlaku di negara ini.

Ini katanya memandangkan pengganut agama Islam di Malaysia sangat mengambil berat dengan ajaran Syiah yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

"Jadi kalau kita mengambil contoh daripada negara-negara, mungkin negara ini bukan sahaja isu syiah malah kadang kala dia sensitif di Malaysia ini.

"Umpamanya dalam ahli sunnah wal jamaah, ada yang mazhab Maliki, ada yang mazhab Hanafi ada yang mazhab Hambali...jadi kalau kita mengambil contoh daripada negara, mungkin dia akan membabitkan mazhab-mazhab ini," katanya.




AMUKANMELAYU - Bukan sahaja dalam UMNO tapi penyakit KEPUPUSAN KEPIMPINAN MELAYU ini menular hampir kesemua Parti Melayu dan penyakit DUIT juga telah menjadikan Parti Melayu boleh di beli MARUAH PERJUANGAN(konon) dengan nilai 50 sen.......