RON 92? - RM 0.50 SAHAJA SELITER |
Siapa berani beri jaminan 100% kalau Pakatan menang PRU 13 mereka tidak akan naikkan harga petrol seliter...?
Kita semua tahu dan
sediak maklum bahawa krisis politik dan keadaan huru hara di Mesir,
Lebanon, Syria telah menyebabkan harga minyak mentah melonjak diseluruh
dunia.
Inilah yang dimaksudkan dengan faktor global diluar kawalan mana mana negara kuasa kecil seperti negara kita sendiri, Malaysia!
Namun begitu, rakyat di
Malaysia masih beruntung dan belum sengsara hidup apabila YAB Perdana
Menteri Datuk Sri Najib menjanjikan bayaran yang lebih tinggi dalam
Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M.
Malah sehingga ke hari ini Najib tidak pernah gagal untuk deliver Janji Ditepati beliau sebagai ketua kerajaan negara kita...
Secara keseluruhannya,
negara kita Malaysia masih mampu mengawal harga petrol berbanding dengan
beberapa negara negara jiran kita... Malah harga petrol kita dilihat
lebih baik daripada salah sebuah negara arab, lihat diatas sana.
Malaysia mendaftarkan
43% harga lebih rendah daripada purata harga minyak sedunia. Jauh lebih
baik daripada negara negara jiran, lihat dibawah ini;
KENAIKAN HARGA MINYAK SEJAK TAHUN 1990 |
SUMBER
AH JIB GOR |
JAWATANKUASA Dasar Fiskal (Fiscal Policy Committee, FPC) telah bermesyuarat hari ini (semalam) untuk meneliti kedudukan fiskal negara dari segi perkembangan ekonomi, prospek serta risiko bagi jangka masa pendek dan panjang.
FPC akan memainkan peranan utuma dalam mengukuhkan kewangan kerajaan serta memastikan kemampanan fiskal dan kestabilan ekonomi makro jangka panjang.
Saya telah mempengerusikan mesyuarat FPC pagi ini (semalam). Ahli-ahli tetap FPC terdiri daripada Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (bertanggungjawab ke atas Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Ketua Setiausaha Negara, Gabenor Bank Negara Malaysia, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Pengarah EPU.
FPC disokong oleh pejabat Dasar Fiskal Kementerian Kewangan Malaysia dan sebuah kumpulan teknikal antara agensi yang terdiri daripada pegawai-pegawai EPU, Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan.
FPC menekankan bahawa komitmen kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiskal dalam lingkungan 3 peratus kepada KDNK pada tahun 2015 dan bajet berimbang menjelang tahun 2020.
Melalui penilaian FPC, persekitaran luar didapati semakin mencabar. Lebihan akuan semasa imbangan pembayaran (BOP) yang sederhana di samping defisit fiskal yang berterusan boleh mendatangkan risiko jangka sederhana kepada ekonomi. Oleh itu, langkah mengukuhkan kedudukan fiskal adalah enting untuk mengekalkan daya tahan ekonomi dan meningkatkan lagi keyakinan rakyat dan pelabur.
Pada masa ini, subsidi dinikmati oleh semua lapisan masyarakat termasuklah di kalangan mereka yang berpendapatan tinggi dan rakyat asing. Oleh itu, kita perlu melaksanakan sistem subsidi yang lebih mensasarkan golongan yang memerlukan dan mudah terjejas.
Ooooo....lepas ni tentu harga minyak akan TURUN |
Rasionalisasi subsidi akan dilaksanakan dalam beberapa peringkat. Sebagai langkah pertama, dengan ini saya mengumumkan bahawa harga RON95 dan diesel akan dinaikkan sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 12.01 pagi, 3 September. Pada masa ini, kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1.00 seliter bagi diesel. Jumlah subsidi bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun adalah RM24.8 billion. Pengurangan subsidi bahan api sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi 63 sen seliter bai RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.
Bagi mengurangkan bebenan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam bajet 2014 di mana jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.
Pada masa hadapan, satu jaringan keselamatan sosial (Social Safety Net) yang lebih komprehensif akan diperkenalkan. Langkah-langkah fiskal seterusnya akan diumumkan dalam Bajet 2014.
Untuk menangani lebihan akaun semasa yang berkurangan, pelaksanaan projek-projek sektor awam akan dipertimbangkan dengan teliti. Projek-projek yang mempunyai kandungan import yang rendah dan kesan pengganda yang tinggi akan diberi keutamaan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi tidak terjejas. manakala, pelaksanaan projek yang mempunyai kandungan import yang tinggi akan disusun mengikut jadual yang sewajarnya supaya tidak mendatangkan kesan negatif kepada imbangan pembayaran.
Walau bagaimanapun, projek Mass Rapid Transit (MRT) jajaran 1,2 dan 3 diteruskan seperti yang dirancang. Projek Southern Corridor High Speed Rail (HSR) pula masih dalam rundingan.
Dalam jangka sederhana dan panjang kerajaan akan mengkaji kaedah untuk meningkatkan daya saing ekonomi dan mempelbagaikan lagi pasaran eksport negara. Pelancongan, sumber terimaan luar yang besar akan diberi tumpuan selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2014.
Pelaksanaan semua langkah tersebut bukan sahaja untuk menangani cabaran semasa terhadap ekonomi dan kedudukan kewangan kerajaan tetapi ia juga akan mengukuhkan kemampanan fiskal negara dalam jangka sederhana dan panjang.
FPC akan terus bermesyuarat dari semasa ke semasa untuk menilai perkembangan ekonomi dan kedudukan kewangan kerajaan.
Mohammad Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
PAHIT TAPI BENAR!!!
Adakah Rasul bersalah memanggil Abu Ahkam sbg 'Orang bodoh' kerana menolak ajakan nabi supaya menerima kalimah suci 'Tiada tuhan selain Allah & Muhammad pesuruh Allah' yang disertai dengan pelbagai bukti melalui mukjizat nabi saw? Pasti tidak, kerana orang bodoh mesti dipanggil orang bodoh. Adalah menipu atau bersikap hipokrit (munafik) jika orang bodoh dipanggil orang benar.
Abu Bakar di gelar As-Siddiq kerana sifatnya membenarkan setiap perkataan yang datang dari Allah dan Rasul. Orang benar dipanggil benar adalah betul. Adalah salah bila orang benar seperti Abu Bakar dipanggil orang bodoh.
Bercakap benar dituntut dalam Islam. Bersifat munafik atau bermuka-muka ditegah dalam Islam.
Tindakan & keputusan Najib dan Pak Lah sebagai PM menampakkan beliau adalah orang yang 'tidak bijak' dalam banyak perkara. Tindakannya banyak membawa kepada lemahnya kedudukan Islam dan orang melayu serta menampakkan kelemahan dan kelembikan pemimpin melayu islam yang memegang kuasa di negara ini. Setiap desakan dibuat oleh pembangkang, oleh cina, oleh india, oleh Melayu pengkhianat dituruti sehingga tergadai segala Maruah Ugama dan Bangsa.
Keadaan bertambah parah, tindakan "MEM BESAR" yang nampak bertindak berlebihan-lebihan dan tidak membawa sifat-laku seperti isteri-isteri PM yang terdahulu juga sangat tidak patut berlaku. Sepatutnya mencontohi Tun Hasmah, Tun Rahah bonda PM sendiri, mesra dan rendah diri depan orang. Dan sepatutnya Najib mampu menegahnya namun kelihatan tidak begitu. Najib nampak lemah dan gagal mengawal KETRLAJAKAN "Mem Besar" yang sentiasa mahu ke hadapan mengalahkan PM. Nabi saw bilang lelaki yang dikuasai oleh wanita tidak boleh jadi ketua. Maaf kalau terlebih sudah.....
Jadi fikir-fikirkanlah, sekiranya Pak Lah boleh letak jawatan bila rakyat tak mahukannya memegang jawatan PM kerana kelemahannya dalam mengurus negara maka PM Malaysia sekarang bersiap sedialah utk berundur bila rakyat tak mahukannya lagi. Kelemahannya sbg pemimpin melayu semakin terserlah.
Nabi saw bilang bercakap benar walaupun pahit. Demi kebaikan agama Islam, bangsa melayu dan tanahair. Kami rakyat Malaysia merayu supaya Najib bermuhasabah diri dan ambil tindakan yang bijak agar keburukan dan kepincangan yang sedang berlaku tidak bertambah parah.
AMUKANMELAYU - Bro.......apa alasan sekali pun, masih belum ada hasil tangan Hang.....semua yang buat sekarang ni adalah KESINAMBUNGAN apa yang telah di buat oleh Tun M dan Tun Lah. "KENAIKAN" harga minyak ni akan menjadikan UMNO tidak POPULAR tetapi kiranya Hang tahu yang Hang hanya bergantung kepada PUNAHSIHAT Hang yang merupakan "Orang Pengurusan KOPERAT", mereka tidak akan faham dengan SENSITIVITI politik, ini akan mempercepatkan kadar hayat PM.....tolonglah perbetulkan keadaan ini atau turun dan serahlah kepada Mohyiddin..............sebelum keaadan menjadi lebih parah.