,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 24 September 2013

APA ADA DALAM PEMIKIRAN PEMIMPINPAS?



Almarhum Chin Peng? 

 


Sejak bila Cina Komunis ini menganut Islam? Kalau benar sekalipun beliau menganut Islam, kenapa mayat beliau tidak dimandi, dikafan dan ditahlil secara Islam? Kenapa mesti mayatnya dibakar dan abunya menjadi rebutan keturunan komunis di Malaysia? Kenapa mayatnya sekarang berada di kuil dan bukannya di masjid atau surau?
Apa agenda Cina komunis cuba meletakkaan perkataan Almarhum dan bukan mendiang di pangkal nama Chin Peng? Apakah agenda mereka? Juak-juak PAS yang bersusah payah datang melawat mayat Chin Peng di Bangkok tidak tegurkah kain rentang provokasi ini? Atau mereka sudah banyak makan benda haram sehingga hati menjadi hitam?


AJK PAS PUSAT KATA CHIN PENG ADA JASA KEPADA NEGARA, DESAK DIKEBUMIKAN DI MALAYSIA !



Seorang anggota jawatankuasa PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihak berkuasa Malaysia sepatutnya membenarkan agar bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dikebumikan di negara ini.

Menurut Dzulkefly, pemimpin Malaysia harus bertindak demikian dengan sebagai tanda kemuliaan hati dan harga diri negara ini, sempena sambutan Hari Malaysia hari ini.

Malaysia perlu memberi kebenaran tersebut demi keadilan, katanya yang menambah, beliau membuat saranan tersebut walau tidak bersetuju dengan Chin Peng dari segi ideologi dan tindakan melampau PKM.

“Tindakan British dan Jepun juga melampau tetapi kita memaafkan mereka, kita melupakan dan berbaik dengan mereka semula.

“Chin Peng memerangi Jepun dan kemudian penjajah British. Beliau juga pernah diberi penghormatan oleh Queen,” katanya.

Kenyatannya itu berbeza dengan pandangan pemimpin Umno dan juga oleh ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang berpendapat bahawa Chin Peng lebih sesuai disemadikan di Thailand.


** Chin Peng bukan warganegara Malaysia ..tak layak pun dikebumikan di tanah melayu ini..
 
 

Ahli Parlimen PAS sokong abu Chin Peng masuk Malaysia



Ahli Parlimen PAS hari ini menyokong agar abu mayat Chin Peng dibawa masuk negara apabila menyeru agar Ketua Polis Negara (KPN) disarankan jangan menjadi "seperti Perkasa" apabila bercakap soal perundangan.

Tanpa merujuk kepada mana-mana perundangan, Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin (gambar) membidas kenyataan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata abu mayat Chin Peng tidak boleh dibawa masuk ke dalam negara dan semakan akan dibuat untuk menghalangnya.
Mohamed Hanipa berkata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah jelaskan tiada sebarang peruntukan undang-undang boleh digunakan bagi menghalang abu mayat Chin Peng di bawa masuk.

"Jangan keluarkan kenyataan seperti Perkasa, menggunakan emosi. Gunakan fakta undang-undang," katanya di Dewan Rakyat hari ini ketika membahaskan usul Rang Undang-undang Profession Undang-undang (Pindaan) 2012 hari ini.
Memuji kenyataan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor, yang menyeru sumbangan Chin Peng kepada kemerdekaan negara dikaji semula, Mohamed Hanipa menegaskan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu juga turut membantu kemerdekaan negara.

"Nasib baik Rahim Noor yang kata, kalau Mohd Sabu sudah tentu banyak laporan polis dibuat terhadapnya," katanya merujuk kepada Timbalan Presiden PAS.
Kenyataannya itu selari dengan perbahasan hari ini yang mana mereka tanpa kepakaran perundangan tidak seharusnya mengeluarkan nasihat perundangan.

"Ia perlu diperluas kepada individu seperi KPN, Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menghalang mereka mengeluarkan kenyataan membabitkan isu perundangan," katanya, menambah kenyataan KPN itu prejudis terhadap Chin Peng.
Selepas kematiannya, pertikaian antara penyokong dan penentang komunis mula berbangkit apabila Putrajaya menghalang abu mayat bekas pemimpin PKM itu di bawa masuk ke dalam negara.
Tinggal beberapa jam sahaja lagi mayat Chin Peng akan dibakar, keluarganya masih tidak pasti apa yang akan dilakukan terhadap abu berkenaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keengganan Putrajaya membenarkan abu mayat itu di bawa masuk adalah disebabkan khuatir akan wujudnya "penghargaan" sesetengah pihak terhadap bekas pemimpin berkenaan. – 23 September, 2013.


AMUKANMELAYU - LIBERALISASI........nampak macam ulamak tapi adakah mereka ulamak? Mereka tak mengaku LIBERAL tapi tindakan macam orang berfahaman liberal.....siapakah mereka ini sebenarnya?