,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday 14 September 2013

OTAK BELACAN - JADILAH PEIMPIN MELAYU


PAS ADALAH PARTI SERPIHAN UMNO - KEDUA-DUANYA ADALAH PEWARIS PERANGAI MELAYU YANG SUKA BERDENGKI DAN TELAH ROSAK KERANA DENDAM...........

PAS IS DEAD!!!

"PAS ROSAK SEJAK DARI DALAM TELUR!!!"

Satu persidangan ulama telah diadakan di Muar, Johor pada tahun 1950 yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd. Noh Omar yang bertujuan untuk memikirkan pembanguna Islam di negara ini. Persidangan itu dianjurkan oleh UMNO di bawah kepimpinan Dato' Onn Jaafar. Persidangan itu menghasilkan penubuhan Persatuan Islam Se Malaya atau PAS sebagai salah satu sayap UMNO di dalam menggerakkan agenda perjuangan agama, bangsa dan tanahair yang program utamanya ialah memerdekakan negara darpada penjajahan.

Persidangan itu juga turut menonjolkan seorang tokoh ulama dari Terengganu iaitu Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan yang kemudiannya menduduki jawatan penting di dalam UMNO sebagai ahli MKT dan rapat dengan presiden parti iaitu Dato' Onn bin Jaafar. Haji Ahmad Fuad turut mengetuai sayap ulama di dalam UMNO iaitu PAS.

Apabila berlaku krisis di dalam UMNO yang membawa perletakan jawatan Dato' Onn daripada presiden UMNO, Haji Ahmad menjadi salah seorang daripada calon presiden disamping Tunku Abdul Rahman Putra dan Dato' Zainal Abidin. Tunku Rahman telah dipilih sebagai presiden setelah mengalahkan calon-calon yang lain.

Haji Ahmad tidak menerima kekalahan itu dengan hati terbuka sebaliknya beliau keluar dari UMNO dan membawa bersamanya PAS. Pada tahun 1951 PAS ditubuhkan sebagai persatuan yang berasingan daripada UMNO, sebagai parti politik baru. Ternyata bahawa kemunculan PAS sebagai parti politik adalah serpihan daripada UMNO. Serpihan yang bukan dari hati yang suci dan murni, tetapi kerana kecewa. Kekecewaan telah menjadi faktor utama wujudnya parti-parti serpihan di dalam arena politik di negara ini. Serpihan-serpihan itu menyebabkan UMNO sedikit sumbing. Walaupun sumbingan-sumbingan itu boleh diperbaiki, tetapi serpihan-serpihan yang membawa parti induk menjadi sumbing ini, adalah fenomena yang negatif di dalam perjuangan UMNO untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara. Ia seharusnya tidak dibiarkan berlaku berulang-ulang kali. Namun kelemahan dan ketamakan manusia, tidak mudah dikawal dan tidak sesiapapun yang dapat menjamin politik serpihan ini tidak berulang sehinggan kesumbingan di dalam perjuangan bangsa dapat dibendung. Disini perlu diperingatkan pentingnya niat yang bersih menjadi nadi kepada keikhlasan di dalam perjuangan. Rasulullah bersabda ertinya:

Hanyalah amalan-amalan itu dinilai dengan niat dan hanyalah habuan bagi seseorang itu mengikut apa yang ia niatkan.

Jika sesuatu perjuangan itu didokong oleh niat yang berudang disebalik batu dan pepat di luar rencung di dalam ia membawa bersamanya elemen-elemen kemusnahan dan kehancuran. Apabila PAS keluar daripada UMNO hasil daripada kekecewaan perasaan itu, sering menghantui perjuangannya dan sehingga kini, PAS tidak dapat memperbaiki dirinya daripada tindakan-tindakan yang meruntuhkan. Niatnya yang kecewa terhadap UMNO dan niatnya untuk menyaingi UMNO, menghantui perjuangannya dan setiap tindak tanduk dan gerak gerinya sehingga lupa kepada pertimbangan yang adil dan saksama di dalam membuat sesuatu kenyataan dan hukuman. Tindak-tanduk seperti ini, tentunya merupakan elemen meruntuhkan. Imam Al-Ghazali, didalam Ehya 'Ulumuddin menyebut sepotong hadis yang berbunyi :

Ertinya: Manusia semuanya binasa melainkan orang yang berilmu. Orang-orang berilmu semuanya binasa melainkan orang-orang yang beramal dengan ilmunya dan orang-orang beramal semuanya binasa melainkan orang-orang yang ikhlas di dalam amalannya dan orang-orang ikhlas itu berhadapan dengan cabaran besar.


Meskipun hadis itu disebutkan oleh Zain Al-Iragi sebagai daif, namun yang terkandung di dalamnya, tidak berlawanan dengan Al-Quran dan hadis-hadis lain yang sahih, kerana itu hadis ini boleh dipakai untuk menjelas sesuatu pengertian daripada ajaran Islam. Dalam hal ini, ia menjelaskan tentang pentingnya keihklasan di dalam sesuatu perbuatan dan tindakan manusia. Niat PAS ditarik keluar daripada UMNO, kerana didorong kecewa, tidak membawa kebaikan kepada umat Islam hingga ke hari ini. Berbagai masalah dan angkara berlaku, akibat tindakan-tindakan PAS
 
 

Ini dia UMNO rosak sampai ke usus
Tarikh : Tuesday, August 27 @ 12:11:26 MYT
Topik : Selongkar

Kamarulzaman Kamdias 
 
Persidangan Agung Mesyuarat UMNO Cawangan Kg Sg Jelutong, dalam Bahagian Kuala Pilah yang telah dijalankan semalam, 20hb Ogos 2013, telah ditangguhkan di atas keputusan yang dibuat oleh wakil bahagian.

Saya menerbitkan posting ini kerana apa yang berlaku di dalam persidangan cawangan ini boleh dijadikan contoh paling klasik, bagaimana rupabentuk perangai dan mentaliti pemimpin yang sedang memegang kuasa di dalam parti hari ini memimpin dan mengurus parti.

1. Demi untuk mempertahankan kuasa, Ketua Cawangan sanggup melakukan apa saja.

2. Ketua Cawangan merangkap Adun Juasseh telah menyalahgunakan kuasa beliau sebagai wakil rakyat untuk mengarahkan orang-orangnya memberi ugutan kepada ahli-ahli, terutama warga emas, ibu tunggal dan surirumah sepenuh masa, jika kelompok sasaran ini memberi sokongan kepada saya selaku calon yang bakal mencabar beliau sebagai Ketua Cawangan.

3. YB Ketua Cawangan juga telah menyalahgunakan kuasa beliau selaku wakil rakyat untuk mengarahkan orang-orangnya untuk membuat pelbagai janji dan tawaran habuan jika kelompok sasaran ini menyokong YB Ketua Cawangan ini.

4. Antara ugutan, ancaman, tawaran dan habuan yang dijadikan bahan kempen bagi membolehkan YB Ketua Cawangan ini meraih sokongan ialah;

4a. Akan menarik balik bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat
kepada mana-mana warga emas dan ibu tunggal atau pun miskin
tegar yang tidak menyokong YB Ketua Cawangan.

4b.  Mana-mana yang sedang menantikan kelulusan bantuan seperti
bantuan kebajikan, rumah PPRT ataupun mesra rakyat tidak
akan diluluskan permohonan mereka.

4c. Mana-mana ibu tunggal yang anak-anak mereka sedang
bersekolah dan keluarga miskin tidak akan dibantu oleh wakil
rakyat jika mereka memohon bantuan.

4c. Wakil kempen YB Ketua Cawangan juga telah memberi janji
untuk meluluskan peruntukan seperti jambatan menuju ke
rumahnya, meluluskan permohonan rumah PPRT dan mesra rakyat
Serta segala bantuan lain yang diperlukan jika kelompok sasaran
ini memnyokong YB Ketua Cawangan.

5. Dengan ugutan, ancaman dan tawaran ini, ramai kalangan warga emas, ibu tunggal dan surirumah ini berada di dalam ketakutan, bimbang akan masa depan keluarga mereka dan merasa kehidupan mereka dalam masyarakat akan terancam dan terpinggir.

6. Budaya kempen dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh YB Ketua Cawangan dan orang-orangnya sangat busuk, kotor dan boleh menyebabkan seluruh masa depan institusi masyarakat di Kg Sg Jelutong rosak dan runtuh.

7. Sebenarnya masalah ini sudah menjangkau 10 tahun. Mesyuarat cawangan yang ditangguh atau gantung sementara ini hanyalah kesan atau implikasi dari segala masalah tertunggak yang telah berlaku di disebabkan cara kepimpinan YB Ketua Cawangan ini memimpin dan mentadbir cawangan.

8. Antara budaya dan cara pimpinan yang dijalankan oleh YB Ketua Cawangan hingga menyebabkan masalah cawangan dan institusi masyarakat menjadi tidak harmoni ialah;
8a. Menyekat dan menghalang sesiapa saja orang melayu dan warga kampong dari menjadi ahli UMNO yang mereka fikirkan tidak menyokong YB Ketua Cawangan.
8b. Mana-mana warga kampong yang telah bersara dan balik bermastautin di kampong yang mahu berpindah cawangan ke cawangan ini juga tidak dibenarkan berpindah cawangan jika pesara dan keluarga mereka ini dikenalpasti tidak bersama YB Ketua Cawangan.

9. Puteri UMNO cawangan sengaja dibatalkan pada 2005/2006 di atas alasan tidak cukup korum sedangkan borang keahlian Puteri baru yang diserahkan oleh Ketua Puteri untuk program menambah ahli tidak pernah diproses atau diluluskan oleh YB Ketua Cawangan.

10. Sebaliknya, beberapa kali mesyuarat pemuda di dapati tidak cukup korum dan sering membawa pemuda yang bukan ahli memasuki mesyuarat terus dibiarkan berfungsi.

11. Akhirnya setelah pelbagai usaha dan inisiatif dilakukan oleh sebahagian pemuda dan puteri yang dinafikan hak keahlian mereka di cawangan telah bertindak menyerah dan mendaftar keahlian mereka terus ke ibupejabat UMNO, apabila ibupejabat mengeluarkan perintah dan arahan "KETUA CAWANGAN ATAUPUN BAHAGIAN TIDAK DIBENARKAN MENYEKAT SESIAPA SAJA YANG BERNAMA MELAYU UNTUK MENJADI AHLI UMNO DI MANA-MANA CAWANGAM YANG MEREKA MAHU".

12. Antara peraturan baru yang dkeluarkan ialah;

12a. Jika Ketua Cawangan tidak menandatangani dalam tempoh sebulan, pemohon berhak menyerahkan permohonan mereka ke bahagian.

12b. Jika dalam tempih sebulan bahagian juga tidak mengambil apa-apa tindakan, maka pemohon boleh menghantar terus permohonan mereka ke ibupejabat parti di Kuala Lumpur.

12c. Malah, jika kita baca di laman web UMNO, pemohon boleh mendaftarkan terus keahlian mereka secara "Online".

13. Pokoknya, tiada sesiapa atau mana-mana Ketua Cawangan lagi yang boleh menyekat atau menahan sesiapa saja yang berminat untuk menganggotai cawangan pilihan mereka.

14. Hasil inisiatif pemohon yang dinafikan hak untuk menjadi ahli di Cawangan Kg Sg Jelutong, maka hampir 30 pemohon secara berkelompok yang menghantar terus permohonan mereka ke ibupejabat telah diluluskan permohanan mereka.

15. Saya bertanggungjawab menjadi saksi terhadap permohonan mereka. Saya juga yang memberi panduan kepada mereka bagaimana cara untuk menghantar terus permohonan ke ibupejabat parti. Sayalah orangnya yang memberi mereka jalan untuk pergi berjumpa siapa dan menyerahkan borang keahlian mereka di ibupejabat.

16. YB Ketua Cawangan tidak berpuas hati kerana tandatangan beliau dikatakan telah dipalsukan oleh mereka yang menghantar borang tersebut.

17. Inilah kesan dan akibat dari penipuan, penyalahgunaan kuasa ataupun sekatan yang selama ini telah dikenakan oleh YB Ketua Cawangan terhadap hak warga melayu kampong yang tidak pernah diberi peluang untuk menjadi ahli UMNO.

18. Apabila kita memulakan penipuan, penyelewengan ataupun menyalahgunakan kuasa, maka mereka yang menjadi mangsa kepada permainan ini akan membuat tindakan dan inisiatif untuk mengatasi permainan kotor YB Ketua Cawangan.

19. Akhirnya, itulah tindakan yang diambil oleh mangsa permainan kotor oleh pemohon yang masih muda dan mentah, tetapi sangat berminat untuk memganggotai perjuangan UMNO.

20. Berlakulah "penipuan balas" tandatangan palsu oleh mangsa yang selama ini telah ditipu hidup-hidup dan dinafikan hak untuk menjadi ahli oleh Yang Berhormat Ketua Cawangan, Dato Mohammad Razi Kail. Walhal, pada hakikatnya jika borang keahlian tersebut dihantar tanpa tandatangan Ketua Cawangan pun, ibupejabat tetap akan meluluskan permohonan tersebut kerana pekeliling ibupejabat telah membenarkan ahli menghantar terus permohonan ke ibupejabat jika Ketua cawangan menyekat permohonan mereka. Tetapi anak-anak muda yang masih mentah ini telah melakukan kesalahan etika disebabkan kesalahan etika dan penyelewengan yang disuburkan Yb Ketua cawangan yang begitu takutkan bayang-bayang sendiri demi untuk terus berkuasa dan menongkat langit.

21. Sekarang kita mahu bertanya,

21a. "Siapakah yang sedang menyumbang kepada kerosakkan dan
masalah bertimpa-timpa di dalam UMNO Cawangan Kg Sg
Jelutong sebenarnya?"

22b. Pemuda dan puteri yang dinafikan hak untuk bergiat bersama
UMNOkah?, atau Yang Berhormat Ketua Cawangan sendiri yang
menjadi penyumbang dan perosak kepada keharmonian warga
UMNO Cawangan Kg Sg Jelutong sebenarnya?

23. Inilah di antara sebab kenapa blog ini bernama Kepal Nasi Kepal Beras.

24. Ada mereka yang menjadi pemimpin tetapi ibarat mengepal beras. Diberi mandat menjadi pemimpin tetapi sebenarnya menjadi pemecah belah hingga masyarakat pecah berderai.

25. Jadilah pemimpin kepal nasi. Semakin dikepal semakin padat dan lekat perpaduannya.
 
 
 
AMUKANMELAYU - UMNO dan PAS adalah HAK MILIK ORANG MELAYU. Jadilah PEMIMPIN MELAYU.....bukannya pemimpin PAS atau UMNO.