,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 2 September 2013

KJ NAK GUBAL PERLEMBAGAAN BARU ATAU BUAT KAJIAN SEMULA KERAKYATAN "NON BUMI" YANG ADA MAYKAD?


KJ Cadang Kontrak Sosial Baru Digubal Perelokkan MALAYSIA

11:02AM Ogos 30 2013

    BRO - Tengok ASAS PERJUANGAN Islamelayu dulu
  • Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mencadangkan supaya kontrak sosial baharu digubal untuk membolehkan rakyat Malaysia memperelokkan lagi negara ini.

    Beliau berkata langkah tersebut juga membolehkan rakyat Malaysia membentuk semula asas kesatuan mereka dan lebih mencerminkan cabaran generasi hari ini.

    "Sekarang, saya tidak menyokong pindaan perlembagaan tetapi untuk kita mengkaji semula dan menulis semula kontrak sosial kita," katanya Kuala Lumpur.

    Beliau berkata demikian ketika menutup Forum Persatuan Suara Keamanan, Hati Nurani dan Kebolehan Menaakul (PCORE)-Institut Kepimpinan Strategik Asia (ASLI) 2013 bertajuk 'Perpaduan an Multikulturalisme: Membina Bersama Sebuah Masa Depan' di Institut Integriti di ibu negara semalam.

    Mengulas lanjut mengenai cadangan itu, Khairy kemudian memberitahu pemberita bahawa semasa kontrak sosial digubal pada tahun 50-an, sudah ada persefahaman antara kaum Melayu, Cina dan India, namun persefahaman itu sudah berbeza pada masa kini.

    "Saya cadangkan supaya kita melihat semula kepada kontrak sosial, bukan dari segi kita nak buang apa yang ada, tetapi kita cari persefahaman yang baharu sebab kita lihat kita terlalu banyak isu, isu sensitif, isu melibatkan agama, melibatkan kaum yang menimbulkan banyak masalah," katanya.

    Beliau berkata satu majlis rundingan melibatkan semua bangsa perlu diadakan bagi membincangkan usaha untuk memperbaharui semangat kontrak sosial tersebut.

    "Bukan saya katakan lupakan yang lama, tetapi kita perlu ada satu komitmen baharu. Macam mana kita nak meningkatkan lagi perpaduan, macam mana kita boleh buat perubahan yang radikal pada sistem pendidikan untuk memupuk integrasi dan perpaduan," katanya.

    Terma kontrak sosial sedia ada merupakan hasil daripada kompromi etnik Melayu, Cina dan India mengenai hak bersama dan masing-masing, kedudukan istimewa dan persetujuan antara Raja-raja Melayu dengan British bagi mewujudkan suatu kerajaan dengan sistem demokrasi, beraja, bersekutu serta tidak teokratik.

    Semasa berucap, Khairy berkata majlis perundingan melibatkan semua pihak berkepentingan yang penting untuk membentuk asas perjanjian baharu.

    "Parti politik akan dijemput tetapi mereka tidak akan menjadi tumpuan kontrak sosial, tidak seperti sebelum Merdeka. Jika majlis perundingan boleh mencapai kata sepakat mengenai pendidikan, misalnya, maka perjanjian itu akan dikemukakan kepada rakyat untuk pengesahan.

    "Pungutan suara ini bagi majoriti setiap komuniti etnik yang bersetuju iaitu sesuatu yang boleh mencegah kezaliman majoriti dan menjamin kepentingan minoriti," katanya.
      -Bernama

Adakah KJ mahu bukan Melayu pulang balik kerakyatan?


ADAKAH KJ SUDAH SEDAR DENGAN KAJIAN INI?
Khairy cadangkan supaya kontrak sosial digubal balik. Baca Malaysiakini SINI

Hmmm .... kontrak sosial adalah gentlemen's agreement yang kini dah dimaktubkan dalam perlembagaan. Nak ubah perlembagaan bukan hanya dibincang sesama rakyat saja.

Bila Khairy timbulkan hal ubah balik kontrak sosial dan perlembagaan pasal masa dah berubah, maknanya dia mahu dirungkai balik apa yang dah dipersetujui sebelum nak diubah-ubah.

Ini bermakna bukan Melayu mahu dipulang balik kewarganegaraan mereka dahulu sebelum berbincang semula. Sebabnya, kewargangeraan itu diberi berdasarkan mereka akui Islam sebagai ugama rasmi, Raja sebagai Ketua negara, Melayu bahasa kebangsaan, hak asasi Melayu dan Bumiputera dan sistem demokrasi berparlimen.

Semua ini dpersetujui sebelum mereka diterima jadi rakyat. Kalau nak bincang balik dan mereka tak mahu ini semua, mereka dah dapat kerakyatan.

Pulang dan negotiate balik.

Kalau tak setuju, mudah untuk orang Melayu tentukan negara mereka yang mereka sedia kongsi dengan pendatang tapi kini pendatang besar kepala nak mintak betis lepas diberi peha.

Faham Khairy? Rakyat tak mintak dipulang balik kerakyatan tapi kamu yang mahu yeee....




AMUKANMELAYU - Bro.....Aku masih KABUR hala tuju yang ngko nak bawa BAHTERA MERDEKA ni.......