Tolak motosikal protes harga minyak
    Nasrudin menolak motosikal sebagai gimik protes kenaikan harga minyak di sini semalam
TEMERLOH – Selepas mengadakan pelbagai bantahan dengan kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan pada 3 September lalu, Pas Temerloh mengadakan gimik menolak motosikal sebagai protes kenaikan harga bahan api itu, hari ini.

Protes tersebut diketuai Presiden Gerakan Selamatkan Ekonomi Negara (Gesa) yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan diadakan selama satu jam bermula dari Taman Awam Kubang Gajah hingga ke Petronas Lurah Semantan sejauh kira-kira 1 kilometer dan disertai lebih 50 pemuda.

Menurut Nasrudin, selepas mengadakan himpunan, demonstrasi dan menghantar memorandum bantahan mengenai kenaikan harga minyak, pihaknya mengadakan gimik menolak motosikal sebagai bantahan kepada keputusan kerajaan itu.

"Ia bertujuan untuk menunjukan kepada dunia apa yang telah berlaku di dalam negara ini apabila rakyat terpaksa menanggung beban daripada kepincangan pentadbiran dalam kerajaan.

“Kami sudah lakukan segalanya, jadi hari ini kami tunjukan bagaimana rakyat di peringkat bawahan berasa sangat tertindas dengan kenaikkan harga minyak,” katanya.



AMUKANMELAYU - Nak jadi PEMUDA HARAPAN BANGSA, jangan memperbodohkan diri. Fikir sebelum bertindak. Jangan biarkan diri di PERGUNAKAN dan di PERBODOHKAN