Portal Berita Agungkan Chin Peng & Komunis Diberi Amaran
KOTA BHARU 27 Sept. - Hentikan laporan yang boleh menyemarakkan semula fahaman komunis atau berdepan tindakan tegas daripada pihak polis.Demikian amaran tegas diberikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada pengendali portal berita dan individu tertentu kerana masih menyiarkan kenyataan serta laporan yang dilihat mempertahankan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.
Menurut Khalid, polis tidak akan teragak-agak menahan pihak berkenaan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sekiranya meneruskan perbuatan tersebut yang boleh mengancam demokrasi berparlimen negara ini.
Saya mengingatkan mereka di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan, apa juga tindakan yang boleh mengancam demokrasi berparlimen kita boleh ambil tindakan di bawah seksyen itu dan siasatan juga boleh dibuat di bawah SOSMA.
Jangan bagi salah nasihat kepada orang ramai kerana ini perkara serius. Saya ambil berat perkara ini dan menasihatkan orang ramai supaya jangan terpedaya dengan nasihat portal berita online tersebut kerana mereka adalah daripada kalangan orang yang kurang cerdik memberi nasihat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Tahunan Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri di Hotel Perdana di sini hari ini.
Khalid mengulas beberapa kenyataan dilaporkan oleh portal berita yang mempertikaikan halangan membawa masuk abu mayat Chin Peng yang mati di Bangkok, Thailand pada 16 September lalu ke negara ini.
Beliau berkata, tindakan mempertikaikan halangan tersebut adalah tidak cerdik kerana membawa masuk abu atau mayat tanpa permit telah termaktub dalam Akta Kawalan Penyakit Berjangkit di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengimportan dan Pengeksportan Mayat, Tisu Manusia dan Organisma Atau Bahan Patogenik) 2006.
Sesiapa yang nak membawa apa juga remains atau abu mayat masuk ke negara ini tanpa permit itu akan menjadi satu kesalahan. Kita takut abu mayat ini ada penyakit berjangkit ," katanya.
CERITA DERITA CHIN PENG....PEJUANG MERDEKA!!!!!
Bekas tentera: Chin Peng pejuang kemerdekaan
"Apabila kamu berlawan, kamu berkhidmat kepada negara kamu dan kamu menyerang apabila diserang.
"Tetapi kemudian, apabila saya membaca mengenainya, saya faham beliau melawan Jepun, beliau melawan British, jadi beliau melawan untuk negara ini juga," katanya.
Ditemui di majlis perkabungan setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) di Bangkok pada Sabtu, pegawai tentera yang enggan dinamakan itu berkata, atas sebab itu beliau hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Chin Peng.
"Perjanjian damai sudah ditandatangani. Biarkan begitu. Saya di sini untuk memberikan penghormatan kepada seorang rakyat Malaysia.
"Sekarang abunya juga tidak dibenarkan kerajaan. Apa yang abunya boleh buat?" soalnya.
Kerajaan tidak membenarkan Chin Peng tinggal di Malaysia atas alasan bukan warganegara negara ini dan tidak pernah memohon kembali selepas Perjanjian Damai 1989 ditandatangani.
Dakwaan ini disangkal rakan dan anggota keluarganya.
“Iktiraf Chin Peng Pejuang Kemerdekaan,” Kata Bekas Ketua Pengarang Utusan
Bekas ketua pengarang Utusan Malaysia Said Zahari |
Menurutnya, biarpun kerajaan cuba menafikan hak Chin Peng namun hakikatnya beliau tetap merupakan anak kelahiran Malaysia dan sejarah tidak menafikan bekas pemimpin komunis itu juga merupakan antara tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan negara.
"Saya menganggap Chin Peng ini perjuang kemerdekaan, Chin Peng dan rakan-rakannya sebenarnya merupakan sebahagian dari kemerdekaan negara, benar mereka ini menganggotai parti komunis tapi demi membebaskan Tanah Melayu dari penjajah.
"Mereka ini sebenarnya yang menentang British, namun kerana politik,
kerana British mahu menguasai negara ini maka mereka melabelkan Chin
Peng ini sebagai musuh negara," kata Said ketika dihubungi The Malaysian
Insider.
"Chin Peng ini anak kelahiran Sitiawan Perak, darahnya mengalir di negara jadi mengapa hak mendiang sebagai rakyat Malaysia dinafikan tidak dibenarkan pulang ke negara? Beliau patut diberi penghormatan untuk kembali ke negara, biarlah Chin Peng bersemadi dengan aman di tanah airnya sendiri.
"Chin Peng benar-benar seorang pejuang, begitu setia pada negara lihatlah sampai saat terakhir beliau tetap mahu kembali ke negara asalnya saya rasa sudah tiba masa rakyat Malaysia menerima Chin Peng sebagai rakyat yang memperjuangkan kemerdekaan bukannya pemberontak," katanya.
Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di Bangkok, Thailand pagi ini pada usia 90 tahun.
Menurut Bangkok Post, beliau meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada bulan Oktober, 1924.
Chin Peng mengetuai PKM melawan penjajah British selepas darurat diisytiharkan pada tahun 1948.
Perang berterusan sehingga perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989.
Beliau menetap di Bangkok, Thailand sehingga kematiannya pagi ini dan tidak pernah dibenarkan pulang ke Malaysia walaupun berkali-kali memohonnya. – 16 September, 2013.
AMUKANMELAYU - Ternyata ramai pemikiran raayat sekarang "KELIRU" kerana dari sekolah lagi mereka di KELIRUKAN oleh Guru-guru yang tidak amanah yang lebih mendahului POLITIK dari tanggung jawab dan amanah yg di berikan....