PAU - MASIH KOSONG BELUM BERISI |
Naib Presiden |
Naib Presiden |
Naib Presiden |
Ketua Pemuda |
MELAKA - Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.
"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.
"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Bekas Presiden Umno itu berkata Umno harus mengamalkan meritrokasi dalam pemilihan pemimpin untuk bertanding dalam pilihan raya umum termasuk calon luar parti bagi menentukan kemenangan dan bukannya calon di peringkat tertinggi bahagian sahaja.
"Kita nak orang berbakat dan berkebolehan (bertanding), barulah kita boleh dirikan kerajaan yang berwibawa," katanya sambil mengakui sekatan golongan profesional menyertai Umno berlaku semasa beliau sebagai pemimpin parti.
Dr Mahathir berkata kepimpinan Umno harus sedar bahawa kemenangan dalam sesuatu pilihan raya itu ditentukan oleh pengundi yang bukan ahli Umno.
"Kalau semua ahli Umno mengundi Barisan Nasional (BN) pun tak cukup untuk mencapai kemenangan, dia kena dapat sokongan orang luar daripada Umno, baru calon itu boleh menang," katanya.
Beliau berkata Umno hari ini tidak memberi peluang kepada orang luar terdiri daripada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.
"Sepatutnya kita terima calon yang baik ini sama ada mereka anggota parti atau tidak," katanya.
Dr Mahathir berkata Umno pada masa depan mesti merestui golongan profesional dan cerdik pandai menyertai parti itu dan tidak seperti pada masa kini di mana mereka disekat daripada menyertainya.- Bernama
Pemimpin Umno Tidak Faham Demokrasi?
Saya copy dua komen pembaca dari artikel saya sebelum ini dimana tertera satu poster imaginasi ( mungkin juga harapan ? ) akan pertandingan antara Team Najib VS Team Muhyiddin -
Anon - Why not ? Be gentleman, the winner lead, the loser support !
Tobeng - Ana setuju.Kalau semua mengaku gentleman kenapa takut berpecah kalau kalah?Kalau team najib kalah,terimalah keputusan perwakilan/akar umbi dan teruskan menyokong umno dan kepimpinan baru yg dipilih.Dengan cara itu baru umno akan kembali kuat dan dihormati.
p/s:tentera2 RBA versi ah jib sudah mula menyerang di blog2,tanda2 pau dah dekat dan ahjib sudah goyang?hehe
Oya, ini posternya bagi mereka yang belum lihat -
DEMOKRASI ALA UMNO - Jawatan Tertinggi Tidak Perlu Di Pertandingkan |
Sebelum ini kita dah dengar riuh rendah pemimpin2 Umno memberi alasan tidak mahu melihat pertandingan diadakan bagi jawatan tertinggi semasa PAU nanti dan alasan yang paling favoret diberikan adalah - Tidak mahu melihat PERPECAHAN didalam Umno akibat pertandingan.
Sebenarnya, yang tidak dapat menerima kekalahan sekiranya diadakan pertandingan sehingga mungkin menyebabkan parti berpecah belah itu siapa ? Ahli Umno ATAU pemimpin yang bertanding ?
Tun Mahathir Berkata Umno Masih Belum Faham Demokrasi Sebenar
Mengikut amalan demokrasi, kita patut ada pertandingan tetapi orang Malaysia tidak begitu faham amalan demokrasi sebenar. Kalau kalah, mereka akan tarik diri (keluar parti) dan tubuhkan parti lain dan ini menyebabkan orang Melayu dan Umno berpecah lagi.
Sebenarnya siapa yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir sebagai orang Malaysia yang tidak pandai berpolitik itu - ahli Umno ATAU pemimpin yang bertanding ?
Sebagai pemimpin tertinggi Umno, mereka seharusnya menjadi contoh dan mengajar kepada ahli2 biasa bagaimana cara orang matang berpolitik.
Tapi kenapa jika ada calon yang menawarkan diri untuk menentang mana2 jawatan dipandang serong dan dianggap musuh oleh penyokong pemimpin yang dicabar ? Kenapa tindakan itu perlu dilihat secara peribadi ? Bukankah itu DEMOKRASI ?
Kenapa para pemimpin sendiri tidak keluarkan kenyataan mengalu2kan siapapun yang mahu bertanding ? Mungkin pencabar ada idea dan caranya yang lebih baik bagi memajukan parti dan dalam konteks ini, memperkuatkan bangsa Melayu ?
Saya percaya orang Umno sudah matang berpolitik, sudah pandai membuat penilaian mana yang baik dan mana yang buruk. Sebarang pertandingan adalah untuk kebaikan parti juga. Hanya melalui pertandingan kita mampu dapatkan yang terbaik.
Masalahnya pemimpin sendiri yang tanamkan persepsi negatif terhadap sebarang pertandingan. Budaya sihat dalam sesuatu pertandingan itu telah diberikan gambaran secara negatif.
Kerana apa ? Kerana pemimpin itu sendiri yang takut kepada bayang2, takut akan kehilangan kuasanya dan tidak punya kenyakinan tinggi pada diri sendiri.
Bertanding sajalah.... siapapun yang menang atau kalah, tak perlulah bermusuhan. Mereka masih boleh bekerjasama ..... kan ? Tidak perlu berpatah arang dek sebab pertandingan.
Para penyokong hanya mengikut saja apa kata pemimpin. Kalau pemimpin mampu bersatu kembali selepas bertanding sesama sendiri, tidak ada sebab para penyokong mereka perlu bermusuhan dan tidak ada sebab boleh berlaku perpecahan dalam parti.
Jadi sekali lagi saya bertanya - Yang tidak faham amalan demokrasi itu ahli Umno atau pemimpin Umno ?
Mereka mahu UMNO itu dipulihkan menurut cara rawatan dan preskripsi mereka dan bukan mengikut rawatan dan preskripsi orang lain, walaupun rawatan dan preskripsi yang mereka berikan sudah terbukti gagal mengembalikan sokongan dan kekuatan UMBO/BN sepertimana jangkaan yang sepatutnya.
Inilah yang menyebabkan UMNO tidak pulih-pulih. Pulih pun sekejap-sekejap. Lepas tu penyakit datang balik.
Mana ada dalam dunia ini pesakit sendiri yang menentukan preskripsi dan cara mana rawatan pemulihan harus dilakukan terhadap mereka.
Hanya UMNO saja yang minta dirawat dan disembuhkan penyakit, tapi rawatan itu haruslah menurut citarasa dan spesifikasi rawatan selaras dengan syarat dan kehendak mereka yang berkuasa.
TS MUHYIDDIN BUAT KENYATAAN SIA-SIA!!
Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa anggota Umno memilih calon yang benar-benar boleh memimpin dan memajukan parti pada pemilihan yang akan datang.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno berkata pemilihan kali ini merupakan satu sistem atau saluran untuk menentukan siapa sebenarnya yang ikhlas mahu bekerja dan memperjuangkan parti.
“Mereka itulah yang kita perlu beri kesempatan dan ruang untuk memimpin dan memajukan parti,” katanya.
Maklumbalas para pemimpin UMNO dari kenyataan ini - "sejuk dan tiada siapa yang berminat untuk menyambutnya".
Itulah keadaannya dengan UMNO akhir zaman.
Tapi bila ada kenyataan yang menyarankan "jangan pertandingkan jawatan tertinggi parti demi perpaduan dan pengukuhan parti", Keesokan harinya tidak cukup ruanglah dada akhbar untuk mengeluarkan kenyataan demi kenyataan dari para pemimpin picisan UMNO untuk "menyokong sepenuhnya" saranan jangan bertanding,
Itulah keadaannya dengan mentaliti pimpinan UMNO akhir zaman di segenap peringkat.
Bila ada suara atau tawaran dari pimpinan luar dari MKT yang cuba menyarankan atau cuba untuk menawarkan diri, maka sekali lagi dada akhbar tidak cukup ruang untuk mengeluarkan kenyataan menyindir atau menentang hasrat atau cadangan tersebut.
Itulah keadaannya dengan budaya "ikan lompat-lompat" yang telah tertanam dalam benak para pemimpin UMNO. Sekali tepuk, sederap ikan lompat-lompat ini akan melompat mengikut alunan pimpinan establishment UMNO.
Para pemimpin ikan lompat-lompat ini memang sedar bahawa UMNO itu mesti diperkuatkan, mesti diperbaiki ataupun diperkasakan, tetapi mereka mahu UMNO itu kembali kuat, pulih atau perkasa di dalam tangan mereka. Bukan di tangan orang lain yang dikira lebih layak dan berkemampuan.
Mereka mahu UMNO itu dipulihkan menurut cara rawatan dan preskripsi mereka dan bukan mengikut rawatan dan preskripsi orang lain, walaupun rawatan dan preskripsi yang mereka berikan sudah terbukti gagal mengembalikan sokongan dan kekuatan UMBO/BN sepertimana jangkaan yang sepatutnya.
Inilah yang menyebabkan UMNO tidak pulih-pulih. Pulih pun sekejap-sekejap. Lepas tu penyakit datang balik.
Mana ada dalam dunia ini pesakit sendiri yang menentukan preskripsi dan cara mana rawatan pemulihan harus dilakukan terhadap mereka.
Hanya UMNO saja yang minta dirawat dan disembuhkan penyakit, tapi rawatan itu haruslah menurut citarasa dan spesifikasi rawatan selaras dengan syarat dan kehendak mereka yang berkuasa.
Jika tak percaya cuba la try test, sarankan Tengku Razaleigh Hamzah atau beliau sendiri umumkan untuk menawarkan diri dan khidmat untuk memulihkan parti dengan menawarkan diri sebagai calon Presiden UMNO.
Boleh potong jari, pada keesokan harinya ajan berjujai-jujailah para parasit, pengampu dan pemimpin picisan UMNO berebut-rebut mengeluarkan kenyataan di dada-dada akhbar memperlekehkan Tengku Razaleigh.
Ku Li sudah lanjut usia. Patut hanya menjadi penasihat parti dan beri ruang para pemimpin muda. Lihatlah Ku Li. Tak padam-padam cita-cita untuk jadi Perdana Menteri. Dan bla-bla-bla....
Masing-masing akan berlawan sama sendiri menunjuk siapa paling keras buat kenyataan dan siapa paling kuat balun Ku Li dan siapa paling kuat "menjobot" pemimpin yang ada.
Itulah resam para pemimpin UMNO yang mahu melihat UMNO kembali kuat tapi mesti kuat di bawah tangan mereka - by Kamarulzaman Kamdias

Zahid dah buat declaration
Menteri KDN Dato Sri Dr Zahid Hamidi conform tak akan melawan Tan Seri Muhyiddin Yassin untuk jawatan Timbalan Presiden Umno dalam pemilihan Umno 2013-2016.
Jawatan Naib Presiden Umno nampaknya menjadi panas kerana ia turut ditandingi oleh DS Ali Rostam dan TS Isa Samad.
Free Malaysia Today pula menyatakan 10 akan bertanding untuk kerusi tersebut.
Jika benar 10 nama besar akan bertanding maka sudah tentu akan berlaku perubahan untuk masa depan Umno.
TM yakin, Zahid akan kekal mempertahankan kerusi tersebut kerana beliau berada di tahap atau level yang terbaik dan kedudukan dua lagi penyandang bakal terancam. - Sekian.