Penjajah Cina Dalam Proses Mengubah sejarah Tanah Melayu
- by - NURUL ANUAR KARI
KEPULAUAN MELAYU - Akan di tukar kepada "KEPULAUAN JAJAHAN CINA" |
Pada 15 September lalu, akhbar Nanyang Siangpau memaparkan pendapat tulisan individu bernama Phang Sin Cai yang mahu 'selarikan' sejarah orang Cina di Tanah Melayu.
Hujahnya tentang sejarah dapat mengeratkan hubungan dan perpaduan rakyat tentunya sesuatu yang baik untuk negara tetapi terdapat beberapa ayat membawa maksud tersirat yang diselitkan penulis dan boleh mengundang persoalan tujuan sebenar artikel itu dikongsi kepada umum.
Sin Cai membuat hujah persatuan Cina perlu 'menyelaraskan rekod sejarah' untuk tatapan generasi muda Cina khususnya di sekolah-sekolah vernakular, umpama rekod sejarah yang diajar di semua sekolah kini salah dan perlu 'diubah suai'.
Antara perkara yang menimbulkan persoalan termasuk cubaan penulis ini mengetengahkan 'pejuang daerah Setiawan' ketika isu Chin Peng mahu 'pulang' ke kampung halamannya itu menjadi perdebatan ramai.
Isu 'pejuang daerah' turut dikaitkan dengan penubuhan 100 tahun persatuan Cina, Sejarah Cheng Ho yang dikatakan menjangkau 600 tahun dan Bukit Cina, Melaka yang 'dikunjungi' jutaan pelancong dari China setiap tahun.
Adakah pendapatnya itu secara halus mahu menguatkan agenda segelintir pihak mahu menukar status orang Cina di negara ini juga sebagai kaum Bumiputera?
Ada yang akan katakan ini cuma 'terlebih sensitif' terhadap pendapat seorang individu Cina tetapi penulisannya tentang pepatah 'tiada orang Cina, tiada bandar', beserta petikan kata-kata Tun Dr. Mahathir Mohamad yang didakwanya menyokong pepatah itu membuatkan artikelnya itu berubah nada.
Jika benar ini antara cara halus mengubah sejarah untuk 'menjadikan' orang Cina sebagai bumiputera, maka nyata dengan sengaja ia mengabaikan fakta bumiputera hanya untuk penduduk kepulauan Nusantara (Malay Archipelago) dengan sejarah cara hidup serta penempatan ribuan tahun, bukannya mereka yang berhijrah ke rantau ini 'ratusan' tahun dahulu.
Cubaan mengubah status orang Cina sebagai 'pribumi' juga umpama satu penghinaan kepada kaum Cina yang memegang teguh bahasa, budaya dan tradisi nenek moyang mereka yang diwarisi daripada sejarah lebih 2,000 tahun tamadun China.
Pengarah Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merangkap Ketua 1 Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar melihat usaha meletakkan orang Cina sama seperti bumiputera sebagai aneh.
Menurut beliau, fakta sejarah dan Perlembagaan sendiri boleh menyangkal keras usaha pihak terbabit kerana status bangsa, Raja-Raja Melayu, bahasa dan agama telah pun ditafsirkan.
"Orang Melayu contohnya, penting dalam sejarah asal Tanah Melayu dan warisannya diiktiraf Perlembagaan. Mustahil untuk mereka sangkal fakta ini mahupun untuk samakan (Bumiputera) dengan bangsa lain.
"Orang Melayu penduduk asal, ada sistem politik, pentadbiran kukuh dengan Raja, Bendahara, Temenggung dan sebagainya daripada rumpun kepulauan Melayu sementara orang Cina, peniaga yang berasal dari China, kelompok dari benua lain," katanya.
Beliau menjelaskan, bilangan penduduk Cina tidak ramai dan tidak memberi kesan dalam pentadbiran Tanah Melayu ketika itu dan hanya pada abad ke-19 barulah ramai orang Cina berhijrah ke sini sehingga membentuk kelompok sendiri dan menguasai ekonomi.
Tambahnya, orang Cina ketika itu dibawa masuk penjajah untuk membantu ekonomi orang Inggeris dan selepas merdeka, mereka mewarisi penguasaan ekonomi negara.
"Ketika kita dijajah, hanya ada Residen British dan pembesar Melayu, tiada pentadbir Cina. British juga hanya berunding dengan Raja-Raja Melayu dalam pentadbiran.
"Kumpulan penentang (komunis) di zaman Jepun juga bukan berjuang untuk negara tetapi mahu menyebar ideologi komunis dan membentuk negara republik dengan menghapuskan sistem Raja-Raja Melayu. Hanya MCA yang turut serta ke arah kemerdekaan," dakwanya.
Beliau berpendapat usaha mengubah status orang Cina sebagai bumiputera hanya untuk memporak peranda sejarah negara yang akhirnya akan membawa kepada pengiktirafan komunis dan Chin Peng.
Baginya, golongan tersebut bukannya mahu menegakkan demokrasi berperlembagaan tetapi mahu mewujudkan Republik Malaya dengan alasan hak asasi dan 'demokrasi bebas'.
Abdul Latiff menganggap tuntutan itu tidak rasional, dibuat golongan nasionalis sempit serta berharap tiada yang berkompromi dan menolak terus cubaan mengubah tafsiran bumiputera kerana ia boleh menghancurkan negara.
Beliau juga melihat orang Melayu yang menyokong agenda tersebut hanya untuk tujuan politik demi menarik undi orang Cina secara bermusim dan tidak akan berkekalan.
"Terima hakikat ada beza antara penduduk asal dan yang bukan, Perlembagaan menjaga pengiktirafan ini kerana tidak mahu pribumi tersia-sia di bumi sendiri.
"Pribumi sudah terima mereka dan berikan kerakyatan, maka mereka juga perlulah hormat apa yang sudah ditetapkan dalam Perlembagaan," jelasnya.
Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr. Zainal Kling pula menyarankan pihak yang mahu 'menulis semula' sejarah orang Cina di negara ini menerima dahulu yang buruk bersama yang baik, bukannya membuat tafsiran sendiri.
"Lahir di sini tidak memberikan hak kerakyatan, oleh itu tidak boleh kata penderhaka seperti Chin Peng sebagai pejuang. Jika mahu selaras sejarah, kena terima asas utama mereka bukan pribumi dan datang dari wilayah lain.
"Banyak juga fakta dalam sejarah yang kita tidak tulis seperti penjahat-penjahat berbangsa Cina yang kononnya pelombong, golongan gengster, pelacur, tauke penindas buruh Cina dari tanah besar China dan banyak lagi. Mereka kena terima fakta ini sama, bukan yang baik-baik sahaja," ujarnya.
Beliau turut mendakwa ideologi komunis dikembangkan di Tanah Melayu sebelum merdeka kerana mahu membalas dendam terhadap Jepun yang menakluk sebahagian wilayah China pada 1931 dan bukannya untuk perjuangkan kemerdekaan negara.
Selain itu, beliau memaklumkan sejarah menunjukkan orang Cina menjadi tali barut Portugis menyerang Melaka dengan memberi tongkang mereka kepada tentera penjajah dan membantu British hingga berjayanya Perjanjian Pangkor.
"Mereka kena terima semua fakta ini dahulu, janganlah buat tafsiran sendiri, ambil sejarah yang baik sahaja," jelas Zainal.-25/9/2013 -Utusan
PENJAJAH CINA Akan Kurung Melayu di Dalam Muzium Seperti "Istana Kampong Gelam Taman Warisan Melayu Singapura"
Pulau Temasik di seberang Selat,
Tempat Orang Menangkap Kumbang,
Dimana Salah di mana Silap,
Tanah Kita Di ambil Orang?
Istana Kampong Gelam yang satu ketika dahulu menjadi singgahsana Sultan
yang memerintah Singapura kini bertukar wajah dan peranan sebagai Taman
Warisan Melayu Singapura.
SEJARAH - Melayu akan di kurung di dalam muzium. |
Sebanyak 337 artifak yang ada kaitan dengan Kesultanan Melayu dan
sejarah bangsa Melayu ditempatkan dalam Istana itu yang merupakan salah
satu tarikan pelancongan di republik Singapura.
Saya berada di Singapura menghadiri majlis perkahwinan keluarga apabila
Taman Warisan Melayu itu dirasmi semula oleh Perdana Menteri Lee Hsien
Loong pada 2hb September.
Istana Kampong Gelam dijadikan taman berkenaan sejak 2005 tetapi setahun
lalu ia ditutup untuk kerja-kerja mengubah suai dan mengubah elok oleh
pemerintah Singapura dengan kos 3 juta dolar Singapura atau kira-kira
RM7.5 juta.
Istana berusia 169 tahun itu merupakan tempat bersemayam Sultan yang
memerintah Singapura sejak kurun ke-19 dan direka bentuk oleh George
Coleman yang juga arkitek Bangunan Parlimen (lama) Singapura. Ia
menawarkan ruang peragaan dan pameran seluas 2,900 meter persegi.
Antara khazanah dan artifak yang dipamer ialah selaras senapang jenis
Mark III yang diguna oleh Regimen Askar Melayu pimpinan Allahyarham Lt
Adnan semasa mempertahan Singapura daripada serangan tentera Jepun.
Senapang buatan British itu ditemui tidak jauh dari kawasan Istana pada
tahun 2003.
Turut dipamerkan ialah sebuah piano yang diguna oleh tokoh muzik
terkenal Allahyarham Zubir Said yang dikatakan diguna oleh beliau untuk
mengarang lagu kebangsaan Singapura "Majulah Singapura" dan bintang
serta darjah kebesaran mantan presiden pertama Singapura, Allahyarham
Yusof Ishak.
Apabila orang Melayu mengunjungi Taman Warisan Melayu di Kampong Gelam,
mereka pasti akan merasa sayu dan hiba melihat kehebatan dan kedaulatan
kesultanan Melayu hanya tinggal dalam bentuk sejarah ketara dan tidak
ketara.
Kita boleh meminjam dan mengubah sedikit bait pantun lama Pulau Pinang
untuk menggambarkan suasana yang serupa di Singapura, iaitu:-
Singapura bandar baharu,
Stamford Raffles menjadi raja,
Usah dikenang zaman dahulu,
Pasti menitis si air mata.
Saya yakin dan percaya orang Melayu Malaysia tidak ingin melihat istana
raja-raja Melayu yang menjadi lambang kebesaran dan kedaulatan nusa dan
bangsa, bertukar wajah menjadi sama ada muzium atau premis untuk
mengenang dan mengingat kembali peranan istana dan kesultanan Melayu.
Kita tidak perlu menangisi apa yang berlaku di Singapura kerana ia
sudahpun menjadi sejarah. Yang jauh lebih penting ialah bagi kita
mempertahan kedaulatan dan kedudukan yang ada di tangan. Kita mesti
elak dan ketepikan perbalahan dan permusuhan sesama sendiri jika tidak
mahu melihat sejarah hitam pulau Temasik berulang.
Orang Melayu boleh berselisih faham dan bertengkarah kerana itu adalah
salah satu proses ketamadunan tetapi janganlah pula ia membawa kepada
perpecahan dan permusuhan. Orang Melayu semestinya berpegang kuat
kepada kata-kata "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh".
Orang Melayu mampu bersatu sekiranya mereka mengutamakan kesatuan bangsa
daripada perkara-perkara lain termasuk perbezaan ketara dalam
gelanggang politik. Ia bukan seruan berpaksikan perkauman tetapi demi
kelangsungan hidup bangsa itu sendiri.
AMUKANMELAYU - Politik Cina....tak terjangkau dengan pemikiran PAS dan sebahagian UMNO. Hanya mereka yang memahami Budaya dan Cara hidup cina sahaja yang mengentahui di mana penyudahnya.....tapi jangan sampai terlambat. Melayu suka menangis bila semuanya sudah hilang dan tiada....menyesal tiada gunanya....asalkan hati PUAS BERDENGKI.