UMNO AKAN BERSIH JIKA BLOGGER BUAT KERJA TANPA RM
PAHLAWAN MELAYU |
Sapa sokong kalau UMNO "dibersihkan" dari segala kekotoran yang terpalit
sejak 1946? UMNO dulu memang bersih. Perjuangannya memang tak dapat
ditandingi oleh mana-mana parti. Tapi kenapa Tun M mahu UMNO dibersihkan
sebelum PRU ke-14?
Kata Tun M...
"Namun demikian dalam PRU14 Umno tidak boleh harap keadaan ini berterusan. Jika Umno tidak bersihkan dirinya dari rasuah dan kepentingan diri, orang Melayu mungkin mencari jaguh yang lain"
Aku just nak tanya...siapa yang patut bersihkan UMNO? Di mana yang
"kotornya" UMNO ni? Aku rasa ramai orang UMNO yang tahu. Apatah lagi Tun
M yang 22 tahun memimpin UMNO..kan?
Blogger perlu bersihkan UMNO? Mampukah? Ingat lagi macamana Pak Lah
boleh turun takhta? Tapi sekarang ni lain sikit... kalau blogger "usik"
sikit...depa marah kat blogger... sekat itu dan ini.. suruh tegur ikut
"saluran".. bila tegur ikut saluran... depa buat tak peduli...camana tu?
Aku tak kata semua blogger betul. Ada jugak salahnya. Misalnya, kalau
aku salah, aku cepat-cepat mintak maaf dan betulkan kesilapan aku. Tapi
pemimpin UMNO yang ditegur dan memang salah tu camana pulak?
Sebelum ni, perwakilan "dibeli" dengan duit. Pemilihan kali ni payah
sikit sebab ramai sangat yang layak mengundi. Depa tak mampu tabur duit.
Tapi...ramai pulak "opportunis" yang nak bertanding. Yang haprak pun
nak bertanding jugakkk... nak bersih camana tu?
Kadang-kadang tu, aku tengok yang takde hala tuju pun nak bertanding.
Yang poyo, nak kaya cepat, nak projek, berjuang untuk kepentingan diri,
nak jawatan tinggi, yang bertudung tapi dedah leher, yang belah kain
sana sini, yang macam-macam lagi lah... camana UMNO nak berubah ni?
Tun M kata lagi...
"UMNO sekarang adalah berbeza dan ramai orang Melayu telah “meluat dengan Umno” yang telah menunjukkan dirinya hanya berminat untuk jawatan berpangkat tinggi dan memperkayakan poket mereka sendiri, dan sebab itu parti ditolak kerana tidak ada lagi wakil kepada mereka."
Aku nak tanya lagi... siapa pemimpin yang suka kejar pangkat tinggi tu?
Lepas tu kayakan poket sendiri? Alahhh.. korang pun tahu...blogger pun
tahu... tak payah sebut pun ramai yang tahu siapa depa ni..kan? Betul la
apa yang Tun M kata tu...
Cuba tengok yang nak bertanding jadi Ketua, Timbalan, Naib dan
sebagainya. Ramai yang "kurang perjuangan" dan "lebih nak kayakan
poket", kan? Masa nak bertanding bukan main lagi, lepas menang? Alaaa...
PRU 13 hari tu pun dah nampak dahhh...
Bicara Tun M lagi...
"Semakin lama semakin kurang pemimpin Umno yang berbakat. Semakin lama semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU. Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan,"
Lagi pertanyaan dari aku... kalau tengok pemimpin UMNO sekarang ni,
ramai ke yang berbakat? Tak jadi calon pun dicantas, apatah lagi yang
jadi calon...? Mujur la kat Kedah ni yang cuba cantas tu tak mampu
cantas...
Aku sendiri, nak jadi ahli Pemuda dulu perlu tunggu 2 tahun. Padahal, 2
minggu pun dah boleh settle. Time tu rasa nak masuk PAS pun ada
bebbb..!!! Ramai lagi yang senasib dengan aku.. sebab apa? Sebab Ketua
Pemuda cawangan dan Ketua Cawangan laaa.. tu belum ke Bahagian lagi
tu..!
Mujur la aku dah jadi ahli UMNO. Kalau aku belum jadi ahli, memang malas
aku nak daftar. Awat? Kalau nak berjuang untuk Islam, bangsa dan negara
perlu jadi ahli UMNO? Tun M dah berapa kali dok di luar UMNO..steady
jer berjuang... kita pun boleh apaaa...
Selalunya, blogger macam kami ni la yang selalu disekat dan dicantas.
Silap-silap nak masuk pejabat UMNO pun depa tak bagi... Tun M pun pernah
kena. Tun M dulu dituduh kononnya sebab Pak Lah batalkan projek
jambatan bengkok dan double track train. Kami ni pulak kononnya kami nak
mintak duit kat UMNO? Heh! Hina sangat la jadi blogger ni sampai macam
tu sekali... Kalau kami masuk PAS amacam? PAS sekarang ni masyukkkk
brooo..!!! Heh!
Aku ingat lagi... ada orang PAS offer aku dulu masa kat KL.. tapi aku
tolak cara baik.. Walaupun agak lumayan... tapi aku tetap dengan prinsip
aku.. rezeki ni bukan UMNO atau PAS yang tentukan.. Kita mintak pada
Allah...Dia yang tentukan...kan?
Akhirnya Tun M kata...
"Mungkin Melayu tidak akan hilang di dunia, tetapi apakah jenis Melayu yang tidak hilang ini. Apakah mereka terdiri dari pencuci kasut, pemandu kereta, kuli yang terbongkok-bongkok menyembah bangsa lain yang menjadi Tuan mereka. Dan apakah nasib Umno? Ia akan jadi cerita dongeng dalam buku kanak-kanak dizaman akan datang. Inilah masa depan yang menunggu Umno. Inilah masa depan sebuah parti yang cemerlang tetapi sudah hilang kegemilangannya. Inilah masa depan bagi yang tidak mahu sedar dan tidak mahu membetulkan diri"
So korang nak ke UMNO ni berkubur pada PRU ke-14? Kalau tanya PAS dan
Pakatan Haram, dah tentu la depa kata "Ya". Tapi kita yang berdarah
Islam, Melayu dan Tanah Melayu ni rela ke Malaysia ni jatuh ke tangan
chauvinis ultra kiasu? Nak jadi macam Palestin dan Singapore?
Kalau taknak, ikut la cakap Tun M tu. Memang betul apa yang Tun M pesan
tu. Aku sokong 100%. Sokong calon yang betul-betul boleh berjuang. Bukan
setakat hulur bola sebijik, t-shirt sehelai, terus korang sokong
dia..kan? Pilih la yang layak jadi pejuang dan bela nasib masa depan
kita...
Dan aku harap, lepas ni blogger dibenarkan turut serta bersihkan UMNO.
Bukan apa.. kadang-kadang blogger nampak apa yang pemimpin tak nampak.
Kadang-kadang tu, dia bukan "winnable candidate" pun, tapi canang satu
negara kata dia "winnable candidate".. bila blogger "usik" sikit..dah
call sana sini "cantas" blogger tu... padahal?
Boleh tak ni tegur pemimpin UMNO ni? Yang jadi calon tu boleh kami
"usik" tak? Tak boleh? Ooo..."usik" sikit terus diharamkan masuk pejabat
UMNO? Heh! Kami "usik" sebab kami sayangkan UMNO... aku tak berpihak
pada mana-mana pemimpin sebab aku hanya sayangkan UMNO...
Jadi, jangan la terasa sangat bila aku "usik" sikit tu... Kalau Tun M
pun dah bagi amaran dia akan "tibai" Mukhriz kalau anaknya buat silap,
apatah lagi kami ni...heh! Jangan la marah kat kami... kami nak
"bersihkan" UMNO saja...
P/s: Jangan sampai kami masuk pembangkang dah laaa... buruk
padahnya...kan? kan? kan? heh! Aku tetap sayang UMNO...dulu kini dan
selamanya -
JIKA MUKHRIZ BERTANDING NAIB PRESIDEN, MAMPUKAH NAJIB MENAMPAN HISSHAMUDDIN SUPAYA TIDAK REBAH?
MB Kedah |
persaingan naib presiden bakal menjadi antara yang tersengit.
Zahid Hamidi "THE IRON MAN" terus kekalkan momentum di hadapan dan menjadi pilihan utama
kerana ketidakpeduliannya melanyak penyangak dan pembangkang kiri dan
kanan disukai majoriti bangsa melayu.
shafie
apdal bakal mendapat saingan sengit untuk mendapat majoriti undi sabah
sekiranya musa aman ataupun saleh said keruak masuk.
namun
di kala ini, shafie punyai slight kelebihan kerana kementeriannya
membabitkan pelbagai bahagian umno di semenanjung. arguement ini
walaupun nampak berasas, namun dalam politik segalanya mungkin.
ali rustam akan masuk gelanggang.
kelebihan ali adalah pada sifat semulajadinya yang berbaik dengan semua pemimpin.
isa samad, adalah contoh comeback terbaik.
dia kena tindakan disiplin umno.
dia berehat.
dia masuk balik bagan pinang dan disitu bermula dia menapak.
mengikut laporan bloger out syed the box, dia mendapat maklumat mukhriz bakal masuk gelanggang naib presiden.
ini akan menyentak segala 'pelan dan perancangan' luar dalam yang cuba mengekalkan status quo yang ada.
Abang JIB.....tolonglah.... |
sekiranya mukhriz masuk, yang bakal mendapat tempias tumbang adalah kerismudin aka ckmm aka menteri cari sampai lubang cacing.
usia menjadi faktor utama persaingan.
YANG
JELAS KREDIBILITI MEMBUAT KEPUTUSAN, GASAR DAN KERAS KEPADA MUSUH,
TOTOK ISLAM DAN MELAYU, TAK TAKUT PADA ANCAMAN ANTARA FAKTOR UTAMA
PILIHAN AHLI UMNO DALAM MENENTUKAN LINE UP VICE PRESIDEN YANG BARU.
kriteria di atas tidak ada pada kerismudin.
aku cadangkan kerismudin elok tarik diri dan apply jawatan pemeriksa kira-kira umno yang tak melibatkan kepentingan rakyat.
Jika ini berlaku, BN dan umno semakin disukai oleh rakyat -