,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 14 March 2012

DI LARANG BERCAKAP BENAR ....itulah yang dapal di simpulkan kalau nak jadi ahli PARTI pembangkang........

Riwayat Politik Che Rosli Wajar DiTamatkan

CHE ROSLI CHE MAT - Pakar Nuklear

PAKATAN RAKYAT sentiasa komited dan konsisten dalam menentang 
kerajaan yang hanya mementingkan material tanpa mengira kesannya 
kepada rakyat.  Selaras dengan komitmen ini, PR telah berusaha sedaya 
upaya untuk memastikan kilang Lynas tidak beroperasi bagi memastikan
 keselamatan penduduk dan alam sekitar dari bahaya pencemaran radioaktif.
Kesungguhan PR diterjemahkan melalui protes dan demonstrasi serta 
majlis-majlis penerangan bagi menyampaikan maklumat sebenar mengenai 
bahaya Lynas kepada rakyat.  Namun, segala usaha PR ini terbantut apabila 
Ahli Parlimen PAS, Che Rosli Che Mat bertindak membela Lynas.
Pada 24 Ogos tahun lepas, Che Rosli dalam satu program dengan 
TV3 telah menyatakan bahawa penduduk sekitar tidak harus bimbang 
tentang keselamatan mereka kerana pertuduhan mengenai bahaya kilang 
Lynas adalah tidak berdasarkan fakta saintifik dan tidak langsung bersifat akademik.
Dalam ertikata lain, Che Rosli seolah-olah ingin menekankan bahawa segala 
bantahan yang dikemukakan oleh PR dan para pencinta alam terhadap Lynas 
hanyalah bersifat politik.
Tindakan Che Rosli ini jelas merupakan pengkhianatan terhadap bukan sahaja 
parti tetapi terhadap rakyat keseluruhannya.
Hujah Che Rosli bahawa kenyataan beliau di dalam TV3 adalah berasaskan 
kapasiti dirinya sebagai seorang saintis iaitu bekas pensyarah sains nuklear, 
dan bukan sebagai seorang ahli politik dilihat sebagai peluru tepat kepada 
PR dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, khasnya yang lantang menjuarai 
penentangan Lynas.
Kita tidak faham sikap Che Rosli ini iaitu sama ada beliau masih bersama 
PR atau tidak.  Jika benar beliau masih setia kepada parti, kenapakah 
beliau dengan sengaja telah memberi peluru kepada BN untuk menembak PR?
Che Rosli harus faham bahawa walaupun beliau seorang saintis, beliau juga 
seorang ahli politik dalam PR dan beliau tidak boleh mengambil pendirian 
yang bertentangan dengan parti dan perlu lebih berhati-hati dalam memberi 
kenyataan dan pendapat.
Kedudukan beliau sebagai saintis tidak boleh memadamkan hakikat 
bahawa beliau juga seorang ahli politik.  Justeru, dalam isu Lynas ini, 
jika beliau mempunyai pendapat yang berlainan, beliau seharusnya mengelak 
dari membuat kenyataan langsung selagi pendapat beliau tidak dibahaskan 
dan diputuskan oleh parti.
Apa yang beliau lakukan merupakan tamparan yang hebat sekali di mana 
PR kini kehilangan hujah bernas untuk terus menentang Lynas.  Apatah 
lagi apabila pihak berkuasa berkaitan atom dan nuklear antarabangsa turut 
menyokong bahawa Lynas tidak merbahaya, maka apakah lagi modal 
PR untuk menghentikan operasi Lynas dan menyelamatkan rakyat dan alam 
sekitar di Gebeng?
Bukankah ini satu kerugian kepada PR di kala PRU semakin dekat?  
Kerana Che Rosli, PR kini dilihat sebagai parti yang hanya mementingkan p
olitik dan segala penentangan terhadap Lynas hanyalah gimik semata-mata.
Memandangkan tindakan Che Rosli telah menyebabkan PR kerugian besar 
dari segi modal politik dan mungkin juga kehilangan begitu banyak undi, maka 
laman Suara PR merasakan wajar sekiranya riwayat politik Che Rosli ini 
ditamatkan sahaja dengan seberapa segera.
Ini kerana tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa isu Lynas adalah penentu 
hidup dan mati PR dalam PRU akan datang - SUARA PAKATAN RAKYAT "KRITIS, BERANI, TELUS"
tangisanmelayu - jika melayu dah mula berbohong, alamat betullah kata pantun Melayu lama
Siakap senohong, gelama ikan duri.
Bercakap bohong, lama-lama mencuri.