,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday, 20 March 2012

BERSEDIAKAH KITA DI MAHKAMAH ALLAH JIKA KITA MENJADI PEMERINTAH YANG TIDAK ADIL........sedangkan kepada sesama ahli pun kita sudah tidak berlaku ADIL.

JALUR GEMILANG

Politik kemaruk kuasa PKR bahayakan negara
Oleh Zulkiflee Bakar

CUBA kita imbas kembali apa yang berlaku pada tahun
1998, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat
daripada kerajaan dan UMNO.

Ketika itu, Naib Presiden Amerika Syarikat,
 Al Gore yang berada di Kuala Lumpur secara
terbuka menyokong gerakan reformasi yang
tercetus berikutan pemecatan Anwar tersebut.

Malahan, kita masih ingat bagaimana pada
masa itu ahli-ahli keluarga dan orang yang
rapat dengan Anwar mengelilingi hampir
seluruh dunia untuk meminta campur tangan
asing terhadap isu tersebut.

Keghairahan Anwar dan orangnya tidak berakhir
di situ, malahan dalam setiap forum antarabangsa
yang disertai oleh beliau, Anwar akan mengambil
kesempatan memburuk-burukkan negara.

Semua itu membuktikan bahawa antara Anwar dan
pihak asing tidak boleh dipisahkan, justeru kita
tidak perlu terkejut dengan pendedahan
Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor,
Datuk Seri Ir.Mohd.Zin Mohamed mengenai tindakan
Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa meminta
bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing
membantu parti itu untuk memenangi pilihan raya
di negara ini.

Malahan kita tidak perlu merasa hairan apabila
pendedahan itu menyatakan PKR meminta bantuan
daripada Konrad Adeneur Foundation (KAF) yang
mempunyai kaitan dengan Yahudi untuk memenangi
pilihan raya di negara ini.

Ia memandangkan sebelum ini Anwar sememangnya
dikenali sebagai pemimpin dari Malaysia yang begitu
rapat sama ada dengan pertubuhan atau individu Yahudi.

Sebab itulah, beliau tergamak mengeluarkan
kenyataan menyokong apa juga usaha bagi melindungi
keselamatan negara Israel dalam wawancara dengan
The Wall Street Journal.

Pendedahan yang mengaitkan Anwar dengan pihak
Yahudi juga bukan kali pertama dilakukan,
sebaliknya ia sudah banyak kali.

Antara yang terbaru adalah pada 7 Mac lalu
apabila, sebuah blog mendedahkan dua pucuk
surat yang ditulis oleh Anwar kepada sebuah
organisasi yang mempunyai kaitan dengan satu
agensi perisikan antarabangsa pada 2007 untuk
meminta pihak berkenaan campur tangan untuk
memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR).

Dalam surat-surat yang dipaparkan dalam blog
AIDC, di www.anwaraidc.com itu mendedahkan
permohonan Anwar tersebut dibuat kepada
Presiden National Endowment For Democracy
(NED), Carl Gersham.

Kedua-dua pendedahan itu jelas memaparkan
politik bahaya yang dimainkan oleh PKR dalam
usaha mereka berebut kuasa politik di negara
ini dengan matlamat utamanya ialah untuk
mencapai cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri

Kita amat memahami bahawa Anwar dan PKR
terlalu terdesak untuk menumbangkan Barisan
Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Ia disebabkan mereka melihat Pilihan Raya Umum
Ke-13 adalah misi terakhir untuk berbuat demikian
memandangkan faktor usia yang kini memburu
setiap pemimpin utama pembangkang.

Tetapi apa yang menjadi persoalan kepada kita
ialah kalaupun sudah kemaruk kuasa dan begitu
ghairah hendak menumbangkan kerajaan BN,
kenapakah perlu pihak asing ‘dijemput’ untuk
turut serta?

Mungkin seperti biasa PKR akan terus dengan
politik putar-belit dan penafian mereka tetapi
apa yang kita hendak persoalkan apa pula
pendirian Pas dan DAP.

Selama ini, seburuk-buruk permainan politik
kedua-dua parti itu menentang BN, mereka
tidak pernah melakukan tindakan seperti PKR.
Oleh itu, jika kedua-dua parti berkenaan berdiam
 diri dengan perbuatan PKR maknanya mereka
bersedia untuk bersubahat melunaskan agenda
politik bahaya PKR.

Apa yang lebih dipersoalkan ialah tindakan
Pas yang setakat ini seolah-olah kelu seribu
bahasa untuk mengulas pendedahan tersebut.
Mungkin sekali lagi pemimpin-pemimpin Pas
akan menganggap semua itu adalah fitnah dan
mainan politik UMNO serta media arus perdana.

Tetapi bukti-bukti yang dipaparkan sudah jelas
menunjukkan bahawa ia bukanlah satu dakwaan
kosong, kalau apa yang didedahkan tidak
benar maka Pas perlu menasihatkan PKR
mengambil tindakan undang-undang.

Oleh itu, sebagai parti yang mempunyai
alim-ulama, Pas sudah pasti memahami
hukum berkawan dengan pihak yang bersekongkol
dengan Yahudi bagi menjatuhkan kerajaan yang
dipimpin orang Islam.

Perkara ini sudah ditegaskan oleh Pengerusi
Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda
Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang
menyatakan, pihak yang mengetahui mengenai
 kerjasama itu tetapi tidak membuat sebarang
tindakan kerana mempunyai matlamat politik
serupa turut berdosa.

Janganlah pula pemimpin-pemimpin Pas
menganggap oleh kerana kenyataan itu
dibuat oleh ulama UMNO maka ia tidak boleh
dipegang.

Justeru kita mahu melihat ketegasan Pas dalam
soal ini memandangkan apa yang dilakukan
sekutu mereka itu adalah sangat bahaya kepada
keselamatan negara.

Pas selama ini telah menegaskan bahawa mereka
menyertai pilihan raya atas semangat demokrasi
walaupun mendakwa sistem pilihan raya di negara
ini tidak telus tetapi mereka tidak pernah meminta
campur tangan asing.

Malahan penulis masih ingat suatu ketika dulu
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
sendiri memberi peringatan bahawa apa pun
masalah dalaman negara ini, tiada mana-mana
negara asing yang berhak campur tangan.

Penulis yakin pendirian Nik Abdul Aziz itu tidak
pernah berubah, oleh itu wajarkah Pas hendak
membiarkan sahaja PKR bertindak demikian.

Terserahlah kepada Pas untuk menentu apa
langkah yang sepatutnya mereka lakukan tetapi
apa yang pasti rakyat kini terutamanya orang Melayu
perlu sedar mengenai corak politik PKR yang dipimpin
oleh Anwar.

Ia kerana pendedahan kerjasama dan memohon
bantuan asing ini boleh mendedahkan negara
dalam bahaya termasuklah kemungkinan Malaysia
dipimpin oleh kerajaan boneka.

Seperti mana kata Fathul Bari apa yang
dibimbangi kerjasama serta campur tangan
tersebut menjadikan kumpulan pro-Yahudi
lebih dominan sehingga sesebuah parti itu
sanggup mengikut apa sahaja arahan yang
diberikan.

Kenyataan itu adalah benar kerana apabila
pihak asing dengan senang hati menghulurkan
tangan memberikan bantuan mereka, maka ia
sudah tentulah tidak dilakukan secara percuma.
Mereka pasti akan menuntut balasan apabila
tiba masanya kelak.

Kita tidak boleh membiarkan ini berlaku kepada
negara ini hanya disebabkan perbuatan sekelompok
 manusia yang kemaruk dan gila kuasa.
 
HarakahPortal Politik Bebas
Post
Posted: Sun Mar 18, 2012 12:01 am 


tangisanmelayu - apabila kita meletakan sesuatu tujuan,
 hala tuju dan fokus kita selain dari ALLAH......
Syaitan, Iblis, Nafsu dan Kafirun sentiasa mengintai
peluang untuk membawa kita lebih jauh dari
JALAN YANG BENAR.