,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 5 March 2012

SAPA YANG AKAN JADI KUPANG TEMBAGA.......kita tengok sapa yang kenaaaaa.

 Opps silap
Phahrorazi
Walaupun Phahrorazi mengugut Jawatankuasa Pas Pusat bahawa dia akan berjumpa dengan Anwar dan Nik Aziz bagi membantunya menyingkirkan Azizan tetapi secara muktamad Presiden Pas Haji Hadi dan Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan bahawa Ustaz Azizan, akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Kedah manakala Phahrolrazi dan Ismail Salleh perlu menerima semula jawatan EXCO.

Perkara itu diumumkan sebentar tadi pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, hari ini. 
Katanya, perkara itu sebagaimana diputuskan pada mesyuarat tiga sesi yang berlangsung di Alor Star, Sabtu lalu.


PAS Pusat juga akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu yang akan sama-sama memantau perjalanan pentadbiran Pas negeri Kedah dan Kelantan supaya jangan hanya banyak bercakap dengan retorik agama semata-mata tetapi tiada tindakan yang diambil membuatkan rakyat benci kepada Pas.