,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 13 March 2012

MELAYU PERAK .......ditelan mati MAK dan diluah mati PAK....kalau di kemam mati pucuk?

Tamparan Buat UMNO Larut ????


Asari bin Abdullah
Kata PAS Larut : Umno menerima tamparan hebat apabila ahli-ahlinya sedikit demi sedikt meninggalkan parti tersebut, terbaru ialah Bekas Ketua Umno Cawangan Kampung Tapah, Asari bin Abdullah 57, telah menyertai PAS. Penyertaan beliau ke dalam parti PAS turut disertai oleh kira-kira 12 orang bekas ahli Umno kampung tersebut. Borang penyertaan beliau bersama ahli-ahli lain diserahkan kepada AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Hj Ahmad dalam satu majlis ceramah, dekat sini.
Menurut beliau yang juga Bekas Ketua Kampung tersebut, penyertaan beliau ini adalah atas doa-doa dari orang Umno sendiri. “dulu semasa saya sebagai Ketua kampung, semua peruntukan saya agihkan sama rata, bila saya agihkan sama rata ahli-ahli Umno disini kata saya orang PAS, dan akhirnya berkat doa dari ahli-ahli Umno disini, saya menyertai PAS”. Ujar beliau.

Selain itu juga penyertaan beliau ini didorong oleh rasa bertanggungjawab terhadap agama, Umno menurut beliau sudah tidak mementingkan agama. “Umno hanya mementingkan kebendaan, agama mereka tolak ketepi. Bagi saya Umno sudah tidak ada apa-apa lagi bahkan mereka akan rosak dengan kebendaan mereka”. Tegas beliau lagi.

 'Tamparan Buat UMNO Larut' Perak. Pas Larut berbangga kerana berjaya membawa masuk 12 orang ahli Umno ke dalam Pas.


tangisanmelayu - PAS masuk UMNO dan UMNO masuk PAS bagaikan berpindah dari rumah Ibu kerumah Anjung atau sebaliknya asalkan Ugamabangsa dan Tanah Air di letakan di atas batu jemala setiap MELAYU.