Eiiiii.....baiknya Bung Nuar dengan Saifuddin Nusation
Semenjak dua menjak ni....macam-macam hal mereka sensasikan....mengalahkan artis lagaknya.Tapi sampai sekarang tidak menang lagi sebarang award. Putrajaya pun masih jauh lagi. Macamana nak selamatkan ISRAIL kalau kerusi empunya diri pun belum tentu selamat? Geng HAMAS ni pun satu hal..... orang nak layan Video kes dua orang Doctor tersungkur di Lynas pun tak senang.
Hamas nafi pendirian pertubuhan itu selari kenyataan Anwar
KUALA LUMPUR 1 Mac - Hamas hari ini menafikan pendirian pertubuhan tersebut selari dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel ketika diwawancara oleh akhbar The Wall Street Journal.Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr. Mousa Abu Marzook berkata, pertubuhan itu sama sekali tidak akan mengiktiraf rejim Zionis kerana bagi Hamas, negara itu tidak sah kewujudannya di muka bumi.
"Saya dimaklumkan mengenai kenyataan Anwar yang menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel. Kami selaku pertubuhan Islam yakni pergerakan Hamas tidak ada kaitan dengan kenyataan itu," katanya dalam wawancara yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 malam tadi.
Kenyataan itu dianggap satu tamparan kepada Anwar yang sebelum ini mendakwa telah bertemu dengan pemimpin Hamas, Khalid Mashal di Qatar bagi menjelaskan kontroversi berkenaan.
tangisanmelayu - ular menyusur akar, tidak hilang bisanya. Bermohon maaf sajalah dengan Raayat Plastine. Jangan letakkan dan menjadikan penuntut kita di Asia Barat sebagai perisai dalam kesilapan tutur bicara kita.