,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday, 7 March 2012

KITA SERING MELAKUKAN KESILAPAN YANG SAMA.......demokrasi tanpa KEIMANAN akan membawa kita dan bangsa kita kearah kehancuran. kebebasan bersuara adalah amat penting, tapi pendengar dan pembaca perlu bijak menilai setiap hujah dan penulisan, pembaca dan pendengar negara ke 3 tidaklah sepintar negara kelas pertama dan tambahan pula ramai yang tidak suka membaca dan kurang informasi menjadikan RAAYAT mudah di pengaruhi.

 Tangan Asing Juga Merusak Negara Indonesia

Tun Mahathir menyatakan ada campur tangan asing untuk menentukan kuasa di Malaysia menerusi NGO-NGO asing (baca) Bukan sahaja di Malaysia, malah tangan-tangan asing juga berniat untuk merosak negara jiran kita iaitu Indonesia. Usaha-usaha telah dibuat untuk merosak nama baik Presiden Indonesia. Moga rantau ini kekal kestabilan politiknya, setelah melihat Afrika Utara dan Timur Tengah bergolak dengan begitu teruk sekali. Ayuh usir agenda asing yang cuba merosak kedamaian di Nusantara ini.

 

AMANAT TUN M......siapakah yang akan pedulikanya........

THE LAGEN OF THE WOLD FROM TANAH MELAYU

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibayar oleh Amerika Syarikat (AS), bagi tujuan menggulingkan kerajaan yang dilihat tidak sebulu dengan kehendak mereka.

Menurut Dr Mahathir, tindakan AS di Asia Barat jelas menunjukkan bukti bahawa kuasa barat berkenaan sedang berusaha untuk menukar pemerintahan pemimpin yang tidak sebulu dengan mereka, dan melantik individu lain bagi membolehkan AS memperalatkan negara berkenaan.

"Campurtangan AS dalam gerakan untuk menjatuhkan kerajaan negara-negara yang tidak sebulu dengannya amatlah jelas. Apa yang sedang dilakukan oleh Amerika Syarikat di negara Arab sudah tentu dilakukan juga di Malaysia.

NGO-NGO yang sedang menghasut dan memburukkan kerajaan supaya Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri tentu sekali mendapat bantuan kewangan dan media Amerika," katanya merujuk kepada penangkapan 10 rakyat AS di Mesir yang dipercayai ahli daripada beberapa NGO dari Amerika yang terlibat kononnya untuk membawa demokrasi kepada Mesir.

Di antara mereka yang ditangkap adalah ahli kepada National Democratic Institute (NDI), International Republican Institute (IRI) dan Freedom House, dan kesemua mereka menurut Newsweek telah “memperolehi dana daripada AS”.

"Mereka kononnya tidak puas hati dengan dasar kerajaan berkenaan hak asasi manusia termasuk seksualiti bebas (menghalalkan zina, perkahwinan sejenis, menghapuskan institusi perkahwinan dan kekeluargaan dan liwat).

Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat Amerika Syarikat untuk melakukan "regime change" supaya Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat," katanya di dalam blog "Chedet" miliknya hari ini.

Jelas Dr Mahathir lagi, apabila Anwar mula berkuasa sebagai perdana menteri, segala tuntutan NGO berkenaaan akan dihalalkan dan berkemungkinan juga Ketua Umum PKR itu akan mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel.

"Sudah tentu setelah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia, tuntutan NGO-NGO berkenaan akan dihalalkan. Sebagai penyokong kuat Israel, AS tetap akan memujuk Anwar supaya mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu," katanya lagi.

Tambah beliau, rakyat seharusnya bertindak bijak dengan menolak mana-mana pihak yang ditaja AS bagi mengelakkan negara dikongkong dan dijajah oleh mereka yang cuba menukar kerajaan secara haram.

"Malaysia merdeka. Tetapi apabila kuasa asing dapat menukar kerajaan dengan pelbagai cara yang haram, apakah Malaysia akan terus merdeka?" soalnya dan menambah terpulng kepada rakyat untuk membuat pilihan.

"Tetapi terpulanglah kepada rakyat Malaysia. Jika mereka suka Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat (penyokong kuat Israel), sokonglah puak yang menerima bantuan dan sokongan Amerika Syarikat, tetapi jika kita ingin betul-betul merdeka, tidak dikongkong oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, tolaklah mereka yang sanggup diperalatkan oleh Amerika Syarikat untuk menukar kerajaan," katanya dalam entri terbaru blognya yang bertajuk "Peperangan Mesir Melawan NGO".

tangisanmelayu - Syurga adalah impian semua Umat....sumber ilmu yang ada hanyalah diambil dari ceramah politik. Dengan kecetekan ilmu...... Akhidah  dan TAUHID yang longgar .....mengesakan ALLAH hanya di mulut sahaja......maka selagi itulah kumpulan Melayu ini dapat di pergunakan sepenuhnya untuk kepentingan pihak yang berani menjanjikan syurga keatas perjuangan dan pengorbanan mereka.

Pengkalan Tentera Amerika Jika PR Memerintah?

CG-map-3[1]
Ada desas desus menyebut pembinaan sebuah pengkalan tentera Amerika di negara kita akan menjadi kenyataan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya memenangi pilihanraya umum akan datang.
Menurut sumber dalaman PR, lokasi pengkalan tentera tersebut berkemungkinan berhampiran Selat Melaka atas alasan untuk mengawal keselamatan laluan perkapalan disamping mengekang kegiatan lanun.
Umum mengetahui, Selat Melaka dianggap strategik bagi Amerika kerana ia bakal menjadi faktor pengimbang dalam menghadapi kebangkitan ekonomi & ketenteraan negara China.File:NASCubiPt.JPEG
Dengan menguasai laluan tersebut, bermakna lebih kurang separuh dagangan minyak dunia akan berada dalam kawalan Amerika dan tentu saja tindakan sedemikian bakal mengundang tindakbalas keras daripada negara China.
Sebelum ini, Malaysia & Indonesia pernah menolak tawaran Amerika untuk melakukan rondaan bersama di sepanjang laluan perkapalan antara yang paling sibuk di dunia itu.
Bagaimanapun, Singapura pula secara terbuka mengalu-alukan kehadiran bala tentera Amerika di rantau ini atas alasan keselamatan.
Berbalik kepada kenyataan sumber dalaman PR tersebut, jika ianya sahih, bermakna seluruh rantau Asis Tenggara termasuk Malaysia  akan terjerumus ke dalam konflik persengketaan yang tentunya bukan saja kedaulatan negara bakal tergugat malah keamanan yang kita kecapi juga akan hilang begitu saja.
Justeru itu, pihak PR dituntut memberi kenyataan segera berhubung isu ini selain itu adalah penting dijelaskan adakah ianya juga berkait rapat dengan usaha melobi pihak tertentu untuk mendapatkan dana luar negara bagi menghadapi pilihanraya ke 13.


Fakta Selat Melaka & isu berkaitan
1. Selat Melaka merupakan laluan penting menuju pelabuhan utama di Eropah & Barat
2. 50% perdagangan hasil minyak & gas dunia menggunakan Selat Melaka
3. 25% perdagangan antarabangsa adalah melalui Selat Melaka
4. Pengkalan tentera Laut Amerika di Subic Bay & Clark Air Base Filipina ditutup pada 1991
5. Pada awal tahun 2005, Amerika pernah bercadang membuka pengkalan tentera di Thailand kemudiannya dibatalkan selepas mendapat bantahan rakyat Thai
6. Singapura pernah bersetuju membenarkan tentera Amerika beroperasi di negaranya selepas penutupan pengkalan tentera laut Amerika di Filipina
7. Pada 2004, Malaysia & Indonesia telah membuat bantahan keras terhadap Inisiatif Keselamatan Maritim Serantau (RMSI) anjuran Amerika Syarikat kerana ianya dikhuatiri menjadi permulaan bertapaknya Amerika di Selat Melaka.
8. Penguasaan Selat Melaka akan membolehkan Amerika mengawal laluan perdagangan minyak dunia dari Asia barat hingga ke Lingkaran Pasifik

tangisanmelayu - kita telah berjaya menghalau penjajah dari rantau ini. tapi kita leka....kita ada penjajah baru dari dalam, mereka ini sama dengan kita, tapi mereka berfikir tidak sama dengan kita. mereka ada dimana-mana malah didalam rumah kita. tapi siapa mereka? Mereka yang menolak Ugama dan menyisih, menolak dan menukar budaya asal Negara Indonesia dan Malaysia ...............ITULAH MUSUHNYA