Pakatan PKR Dan DAP Hancurkan PAS..!!!
PENGARAH Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad yang dikatakan sebagai “think tank” terhebat PAS masa kini, cuba mengambil hati para penyokong parti itu dari golongan bukan Islam dengan menyatakan bahawa mereka PAS bersedia melantik seorang dari mereka ke jawatan Timbalan Presiden.
Mungkin bertujuan mahu menggunakan sistem ‘barter trade’ menukar undi golongan bukan Islam dengan jawatan no 2 PAS itu, Dzulkifli fikir ideanya itu akan disokong dan disambut oleh para pemimpin PAS yang lain dengan senang hati.
Namun apa yang diharapkan Dzulkifli tidak menjadi kenyataan. Malah dilaporkan bahawa ramai pemimpin PAS khususnya golongan ulama yang marah dan tidak senang dengan kenyataannya yang dibuat tanpa dirujuk kepada majlis Syura.
Presiden Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib tak dapat tahan diri untuk menyelar kenyataan ‘sesuka hati sesedap mulut’ Dzulkifili itu dengan menegaskan bahawa hanya muslim sahaja yang layak memegang jawatan Timbalan Presiden PAS.
Malah, beliau dengan tegas memberitahu media bahawa amat mustahil bagi PAS untuk membenarkan jawatan tersebut diberikan kepada mereka yang bukan Islam.
Lagipun menurutnya idea bodoh Dzulkifli itu hanya boleh dilakukan dengan perubahan perlembagaan PAS di mana ia perlu dipinda melalui usul di dalam muktamar yang kemudiaannya perlu dipersetujui secara sebulat suara sebelum dikemukakan ke Majlis Syura.
Saya hairan dengan Dzulkifli sebenarnya. Dia dikatakan bertindak sebagai ‘ahli fikir’ PAS yang paling tinggi IQ dan diharapkan memiliki idea yang bernas dan disepakati oleh golongan ulama PAS. Namun, apa yang dikatakannya baru-baru ini jelas menunjukkan dia kurang berakal.
Apakah dia tak tahu bahawa golongan ulama PAS (kecuali Nik Aziz) menentang cadangan berketuakan bukan Islam? Mereka masih lagi merujuk golongan bukan Islam, khususnya DAP sebagai kafir harbi yang menolak Islam secara total, tidak sesuai untuk dijadikan pemimpin.
Pertembungan pendapat antara puak Erdogan Anwarinas dan golongan ulama extreme PAS bukan lagi rahsia. Perbalahan di antara kedua golongan itu jelas memporak-perandakan parti itu dari dalam. Apa yang dikesali, golongan Erdogan Anwarinas hampir merosakkan PAS dengan taktik politik kotor mereka.
Meletakkan puak Erdogan Anwarinas di jawatan-jawatan strategik parti itu menyebabkan ramai golongan ulama terpinggir. Perubahan tersebut sememangnya tidak disukai oleh golongan akar umbi yang rata-ratanya pro-ulama. Pemuda PAS sendiri pun tak senang hati dengan senario itu.
Itulah keadaan PAS yang terkini. Dahulu, ketika PAS dikuasai oleh golongan ulama, semua ini tidak berlaku. Dulu PAS dilihat tulen, namun kini parti itu sudah jadi ‘caca merba’! Pergolakan demi pergolakan berlaku.
Sebagai seorang yang mengenali ramai pemimpin akar umbi PAS, saya menerima banyak rungutan dari mereka tentang perkembangan terkini PAS tersebut. Yang mengejutkan, ada di antara mereka yang tekad akan membuat undi protes pada PRU13 nanti. Ramai juga yang mahu PAS bermufaraqah dari Pakatan Haram.
Pada mereka, punca kemelut yang melanda dalaman PAS ialah PKR dan DAP. Sejak PAS bersekutu dengan PKR dan DAP, parti itu hilang satu demi satu perjuangan asal mereka. Dari soal hudud hinggalah soal penubuhan negara Islam, PAS sudah hilang segalanya…- PANDORA
tangisanmelayu - ketuk dulang paku serpih, kata pada orang tapi kita yang lebih.