,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 6 March 2012

RATAK MENANTI BELAH, kemelut PAS Kedah antara Azizan dan 2 orang PARASIT tidakan berakhir, biar pun terpaksa menyerah KEDAH kepada UMNO.



Seperti yang kita tahu, PAS Kedah sedang berdepan dengan konflik yang sangat teruk dan mungkin berdepan dengan kejatuhan PAS dan Kedah kembali kepada UMNO kalau perkara ini berlarutan hingga ke PRU ke 13.

Di bawah adalah kenyataan yang berlaku di dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS pusat yang diadakan selama 5 jam dan dalam suasana 'panas'.
Di antaranya :
Ketika mesyuarat yang bermula pukul 8 malam itu, salah seorang yang terlibat dalam perbalahan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dikatakan membentangkan hujah dengan nada yang tinggi sehingga menimbulkan perasaan tidak senang pemimpin yang hadir.

Berikutan itu, mesyuarat kali kedua selepas ia diadakan kali pertama di Kuala Lumpur yang bertujuan menyelesaikan perbalahan antara Azizan dengan dua Exconya iaitu Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh gagal mencapai penyelesaian muktamad.

Pas Pusat akan mengadakan sidang akhbar esok bagi mengumumkan hasil mesyuarat berkenaan.

Sumber memberitahu, keadaan itu berlaku kerana Pas Pusat dikatakan tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak-pihak yang bertelagah, antaranya mahu Phahrolrazi dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah dan Azizan diminta berehat atau tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sebagai timbal balas, kata sumber itu, Phahrolrazi dan Ismail perlu akur menerima semula pelantikan Exco yang sebelum ini ditolak oleh mereka.

"Tetapi persoalannya, adakah Azizan boleh bekerja dengan dua pemimpin yang dikatakan berpatah arang dengannya sebelum ini," kata sumber itu di sini hari ini.

Semasa mesyuarat berlangsung, kata sumber tersebut, Phahrolrazi 'menghamburkan' semua perkara yang terbuku di hatinya termasuk mempertikaikan kemampuan dan kewibawaan Azizan dari segi kesihatan, sokongan akar umbi serta kelemahan mengatur strategi pilihan raya.

"Azizan bagaimanapun memberi penjelasan dengan tenang tetapi dalam mesyuarat itu, ada pihak tertentu yang mahukan kuasa dengan mendesak beliau berundur segera sebelum pilihan raya, namun beberapa pemimpin Pas Pusat kelihatan tidak dapat menerima cadangan itu," kata sumber tersebut.

Berikutan itu, kata sumber berkenaan, Pas Pusat terlebih dahulu terpaksa memperhalusi beberapa perkara sebelum boleh membuat pengumuman rasmi.

''Ketika ini, beberapa kawasan Pas seperti Kuala Kedah menjadi kawasan hitam bagi Azizan dan begitu juga sebaliknya iaitu di beberapa kawasan yang menentang Phahrolrazi," kata sumber itu.

Sumber tersebut juga berkata, Azizan kemungkinan akan mengambil langkah tertentu ekoran 'diserang' oleh orang kepercayaan sendiri, antaranya melantik Exco tertentu sebagai pelapis kepimpinan Pas Kedah jika berlaku sesuatu. - UM

tangisanmelayu - alomu alomu vespa Haji Samad.....tayarnya lincin macam    pirin ayaq hangat.....setat tak jalan.... dia pun naik hangat.... lalu di jual kepada Pak Saad.......