,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 4 March 2012

SERVICE BERTUKAR TANGAN......Abang Zan di rehatkan sementara di sebabkan kakinya terseliuh..........



PAS Kedah dan PAS Pusat boleh temberang apa sahaja kerana ahli-ahli mereka akan percaya apa-apa sahaja yang dikatakan oleh para pemimpin PAS kerana latihan wala' dan tsiqah yang telah didoktrin menerusi pelbagai program yang berbau agama.

Salahuddin Ayob telah dihantar ke Kedah untuk menyelesaikan kemelut kepimpinan di negeri itu. Para propagandis PAS terpaksa mencipta cerita kononnya masalah telah selesai hasil kerja keras Salahuddin mendamaikan kumpulan yang diketuai oleh Phahrolrazi Zawawi dan OSTAT KITA, Azizan Abdul Razak.

Sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kumpulan Phahrolrazi Zawawi telah 'diberikan' kemenangan oleh PAS Pusat. Dan jawatan Menteri Besar telah 'diserahkan' kepada Taulan Mat Rasul yang mewakili Phahrolrazi Zawawi dalam barisan Exco, manakala OSTAT KITA pula diarahkan agar bercuti sementara.

Itu penyelesaian yang dibuat dalam pertemuan Mahabbah di Sri Mentalon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah yang berlangsung selama lebih lima jam sehingga pukul 3:00 pagi.

Dengan kata lain, OSTAT KITA telah berjaya disembelih oleh Phahrolrazi Zawawi dengan bantuan PAS Pusat. Ternyata Abdul Hadi Awang yang juga berada dalam mesyuarat tersebut, tidak mampu untuk berbuat apa-apa, melainkan sekali lagi terpaksa akur dengan tekanan kaum PARASIT dan Anwarinas dalam PAS.

Para propagandis PAS boleh bercakap apa-apa sahaja untuk menceritakan tentang kepincangan Abdul Hadi Awang dan ketidakupayaannya mengekang kemaraan PARASIT dan Anwarinas dalam PAS. Yang sahnya OSTAT KITA memang telah disembelih dalam apa yang dikenali sebagai MAHABBAH dan mencari jalan damai. Biarpun Phahrolrazi cuba diperlihatkan sebagai pihak yang kalah sebelum ini dengan gambarannya adalah seorang PENCETUS KEKACAUAN dalam PAS Kedah kerana ketamakan dan keserakahannya, namun apa yang berlaku sebenarnya ialah, Phahrolrazi Zawawi sebenarnya mendapat sokongan meluas dan terbesar dalam PAS Pusat berbanding OSTAT KITA.

Seperkara yang sangat jelas, tanpa sokongan dari kalangan kepimpinan PAS Pusat, Phahrolrazi tidak akan berani melawan Azizan Abdul Razak yang merupakan ketuanya di Kedah!!!
 Gunung Jerai dan sawah talah lama Abang Zan tinggalkan

tengaisanmelayu - Bang Zan telah gagal mewarisi ILMU yang ada pada Almarhum Pak Teh Pengulu. Sudahlah Abang......baliklah menjengah adek-beradik di Sungai Limau Dalam, Sedaka, Sungai Daun, Selekoh, Dulang dan Yan.....mereka merindui Abang Zan yang dulu.....