,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday 1 March 2012

KALAU TAK NAFSU.....IBLIS....KALAU TAK IBLIS....dah tentu di jolok oleh AL-KAFIRUN.......tanyalah pada diri sendiri.....apa ada dalam hati hangpa?

Amaran Phahrolrazi Zawawi Kepada Amiruddin, Letak Jawatan Atau Sedia Hadapi Risiko

Phahrolrazi Zawawi terus menunjukkan taring dan sikap PARASITnya dalam PAS Kedah. Tindakan Ir. Amiruddin Hamzah menerima perlantikan jawatan Exco Kedah, amat tidak disenanginya. Phahrolrazi Zawawi yang merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah memberi amaran kepada Amiruddin yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah, nampaknya menambahluaskan jurang krisis kepimpinan PAS Kedah.
Amiruddin yang bersetuju disambung tugas sebagai Exco, nyata tidak menyenangkan Phahrolrazi. Menurut Phahrolrazi, keputusan Amiruddin amat bertentangan dengan keputusan mesyuarat PAS Kuala Kedah pada 17 Februari lalu. Amiruddin diberi dua pilihan iaitu melepaskan jawatan Exco atau berhadapan dengan tindakan PAS Kawasan dalam tempoh 14 hari.
Keputusan yang dibuat oleh Amiruddin untuk menerima jawatan Exco menyebabkan Amiruddin tidak lagi dibenarkan terlibat dalam sebarang gerak kerja parti atau pengurusan PAS Kawasan dan dia perlu bergerak bersendirian sebagai ADUN Anak Bukit.
Phahrolrazi menuduh Amiruddin sebagai ingkar arahan PAS Kawasan kerana menerima kesanggupan menyandang jawatan Exco Kedah. Sedangkan dalam mesyuarat PAS Kuala Kedah, keputusan sebulat suara telah dicapai untuk menyokong pendirian Phahrolrazi untuk tidak menerima jawatan Exco bagi penggal seterusnya.
Dalam mesyuarat berkenaan, arahan telah dikeluarkan kepada semua ADUN dalam kawasan Kuala Kedah iaitu Phahrolrazi (Pengkalan Kundor), Amiruddin (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan) supaya tidak menerima tawaran dilantik sebagai Exco. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Phahrolrazi itu bagaimanapun, tidak dihadiri oleh Amiruddin yang pada ketika itu mempunyai urusan di luar kawasan.
Ternyata, tindakan Phahrolrazi Zawawi sudah menjadi telunjuk mencucuk mata dan benar-benar keterlaluan. Setelah gagal menghasut Exco-Exco lain memboikot penerimaan jawatan Exco, Phahrolrazi cuba menggunakan mesyuarat PAS Kawasan untuk mengugut Amiruddin pula.
Jenis kuku besi apakah amalan si Phahrolrazi Zawawi ini? Peruntukan dalam mana-mana fasal dalam Perlembagaan PAS yang menyatakan Jawatankuasa PAS Kawasan boleh bertindak menghalang seseorang daripada dilantik dalam apa-apa jawatan Kerajaan Negeri yang digunakan oleh Phahrolrazi Zawawi dalam kes ini?
Phahrolrazi sebelum ini menolak dakwaan yang dia hendak menggulingkan Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar. Menurutnya, kalau hendak berbuat begitu, lebih mudah baginya berada di dalam barisan Exco dan dia boleh melakukan kerosakan dari dalam tanpa sebarang halangan.
Sesuatu yang tidak dapat dinafikan, Phahrolrazi sememangnya telah cuba melakukan kerosakan dari dalam. Dek kerana itulah, prasarana di Kedah terutama sekali jalan raya berada dalam keadaan yang sangat daif. Phahrolrazi menyatakan, dia berselisih pendapat dengan Menteri Besar dalam beberapa isu tetapi ramai yang tahu, perselisihan dengan Azizan Abdul Razak banyak berkisar kepada tindakan Menteri Besar yang telah mengambilalih tugas Phahrolrazi selaku Exco Kerjaraya dengan memberikan keutamaan kepada penyelenggaraan dan pembaikian jalanraya yang tidak dibuat sebelum ini.
Dalam usaha untuk menutup kelemahan diri dan kegagalannya menjalankan tugas, Phahrolrazi menuduh Azizan memberikan kontrak jalanraya kepada syarikat-syarikat kroni UMNO. Padahal selama lebih tiga tahun, kontrak-kontrak yang diberikan kepada syarikat-syarikat orang PAS tidak pula menjalankan tugas sepertimana yang diamanahkan. Rakyat dan penduduk Kedah mengamuk kerana keadaan jalanraya yang teruk.
Azizan Abdul Razak yang menyedari kemarahan orang ramai, telah mengambilalih tugas menyelia dan membaiki jalanraya di seluruh Kedah. Itulah sebenarnya yang membuatkan Phahrolrazi mengamuk sakan dan mula menentang Azizan Abdul Razak. Motif utamanya bukanlah kerana kepimpinan Azizan Abdul Razak tetapi kerana DUIT PERUNTUKAN yang tidak lagi mengalir masuk menerusi tangan Phahrolrazi.
Kerana duitlah, Phahrolrazi menunjukkan dirinya sebagai PARASIT terbesar di Kedah yang menyembah Anwar Ibrahim dan DAP! - kedahan69ers.

tangisanmelayu - MB Kedah tu 1 bangsa, 1 ugama, 1 Parti, 1 kapal, 1 Tok Guru, 1 Negeri dan sama saja dia mengucap dengan hangpa mengucap.......pasai apa jadi lagu ni?. Pasai hangpa TAMAK dan bernafsu BESAQ.....betoi dak?