,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday, 1 March 2012

HANYA SATU YANG KAMU TAK FAHAM TENTANG KAMI ........syahid, jangan kamu kejutkan mereka, mereka tidak tidur, amukan mereka bersama ALLAH., kerana SYAHID impian mereka.

Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia Kata Hasan Ali Menipu...


Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menggesa bekas exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali membuktikan dakwaannya bahawa terhadap mubaligh Kristian cuba menarik umat Islam terhadap agama mereka.

"Terhadap cukup undang-undang jenayah di negara ini untuk mendakwa pihak yang terlibat memurtadkan umat Islam dan Dr Hasan sepatunya membuat laporan polis dan mengemukakan bukti," kata NGO itu dalam satu kenyataan.

Majlis antara agama itu berkata, beberapa kenyataan Dr Hasan yang dibuat sebelum ini tidak disertakan dengan buktinya dan ia dianggap tidak lebih daripada "sindiran".

MCCBCHST juga mendakwa, sebagai ahli politik, retorik berterusan Dr Hasan berhubung dakwaan itu menjadi petanda kemungkinan dia mungkin mempunyai "agenda tersembunyi".

Komen aku: depa ni buta ke? apa jadi dengan kes aisyah bukhari, azlina jailani dan berberapa kes lagi, takan itu tak cukup nak di jadikan bukti atau depa ni sebearnya nak mintak perang... Kalau nak cakap aku on je...- Di petik dari Darul Ehsan Today.


Tangisanmelayu - Semua pemimpin Melayu sedang asyik berpolitik dan TAMAKkan KUASA... peluang ini di ambil semahunya oleh PARASIT Agama ni.......