,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday 3 March 2012

JIKA MELAYU HARI INI SEDIA MENDENGAR CERAMAH CINA 30 TAHUN SUDAH...........tangisanmelayu guarenty "Tanah Melayu" dan menjadi Tanah Cina.............

"... rampas pengundi Melayu dari UMNO, Perak akan jadi milik kita," - Thomas Su"


Saya telah buat survey semua pengundi cina telah menolak Barisan Nasional daripada memerintah negeri Perak. BN/UMNO hanya mengharapkan pengundi Melayu sahaja jika kita dapat rampas pengundi Melayu dari UMNO Perak akan jadi milik kita, kata Thomas Su Adun Pinji ketika ceramah di Kampung Changkat Larang Ipoh.

Walaupun kita baru memerintah 11 bulan, kerajaan pakatan rakyat telah berjaya memberi tanah kepada penyokong setia pakatan rakyat yang majoritinya pengundi cina.

DAP memandang serius tentang pengagihan peruntukkan kepada rumah ibadat yang dilakukan oleh UMNO. UMNO hanya menumpukan kepada Masjid dan surau sahaja, jika pakatan rakyat memerintah Perak kita akan agihkan kepada semua rumah ibadat, kata Thomas Su lagi.

Semasa memerintah Perak 11 bulan DAP telah merancang selepas memberi tanah kepada pengundi cina 999 tahun DAP akan memberi tanah kepada orang Melayu pula, katanya lagi dihadapan kira-kira 50 penyokong tegar Pas.

Ceramah ini diadakan secara tertutup untuk mengelakkan daripada rahsia pakatan rakyat tersebar.

Thomas Su merupakan Adun DAP Pinji yang secara keras mahukan pengundi cina yang tinggal dikampung Baru diberi hakmilik kekal tanah selama 999 tahun.

Thomas Su mengejek ceramah Agama yang dibuat oleh UMNO berdekatan dengan ceramah politik pakatan rakyat - Sg Rapat Online

tangisanmelayu - sedih melihat bangsaku terkapai-kapai lemas dalam penipuan cara halus oleh al-kafirun..........