,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday, 31 March 2012

AIR MATA KEMISKINAN.....tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat bermain....

Pak Jebeh bukanlah nama sebenar. Nama ini hanya belegar di kalangan adek beradik dan Bapa-bapa saudara sahaja. Se orang budak comot hitam, pendek...gigi kuning tak pernah di gosok....kekadang sahaja di bawa Ibunya, Anjang Timah kesungai dan di tonyoh dengan pasir halus sungai atai pun arang yang di tumbuk halus di jadikan ubat gigi....di letakan pada jari telunjuk dan di tonyoh pada gigi.

Aki suka perhatikan gelagat Pak Jebeh....berusia 9 tahun sudah agak dewasa bagi seorang budak kampung. Sering berseluar pendek kembang dengan "log zip" di kiri dan kanan pinggang seluarnya, berbaju melayu puteh pendek tangannya, kain pelikat di silang dari bahu kanan ke pinggang sebelah kiri, tidak berkasut dan bersongkok hitam lusuh.....pendek, dengan lastik cabang "U" yang dibuat dari kayu kopi yang di ambil dibelakang rumah Tok Piah, getahnya dari tayar motor berpelapit kulit di sangkut di leher....poket yang kembung dengan batu-batu sungai sebagai peluru menampakkan Pak Jebeh begitu stelo.

Kakinya calar-balar dan sesekali hingus yang meleleh disedutnya sebelum terjuntai kembali. Semalam dia membantu Ibunya Anjang Timah mengetam padi di Kasai. Bapanya baru saja sampai balik dari Bukit Sapi bertukang rumah di sana. Dengan berselubungkain bapanya yang menyelubungi keseluruhan tubuhnya, Aki perhatikan dia melangkah bendul ke jemuran(pelantar) buluh....dia ke penjuru pergi kehujung jemuran menceduk air dengan tempurung dari tempayan tadahan air hujan, mukanya di basuh perlahan-lahan. Dingin air di pagi hari dengan kabus yang menyelubungi sekeluruhan kampung, Pak Jebeh jarang mandi pagi. Anjang Timah sedang sebuk menyiapkan bekalan untuk adek-adek yang masih belum bersekolah untuk di bawa ke sawah di kasai. Air kopi untuk ayahnya di isikan kedalam botol cengcalok(sos) leper cap bangau.

Selepas membasuh muka Pak Jebeh menganbil pisau di dapr dan dia menuruni tangga ke belakang dapor rumah Mak Teh Lipah. Daun pisang kering yang lembab di siatnya.....selepas lengkap berseragam sekolah dia kedapor. Nasi sejuk lebihan semalam di senduknya perlahan-lahan dan di letakkan keatas daun pisang kering yang kehitaman itu. Aki lihat dia mengambil minyak gorengan ikan dan di letakkan di atas nasi dan ci campur denga sedikit garam. Sambil mengutip biji-biji nasi yang tertumpah dengan perlahan-lahan dia membungkus nasi itu dan di letakkan kedalam beg sekolah yang di buat dari rotan bertangkai satu.

Isnin adalah hari yang sebuk seawal pagi lagi.....bunyi bising baldi getah yang berlaga dengan botol bekalan kedngaran hampir di sepanjang jalan di Kampung Chepor....seawal pagi begini mereka yang bekerja menoreh getah akan kekebun masing-masing. yang kesawah agak kesiangan sedikit.

Pak Jebeh berlari sambil menjerit memberi tahu Anjang Timah sebelum kesekolah. Di tangga dia menyarungkan kasut getah puteh yang sangat puteh selepas dia memberusnya semalam. Tak payah di sapu kapor. Belakang tumit yang telah pecah di jahitnya dengan benag hitam. Tapi Pak Jebeh memang nampak stelo gaya budak kampungnya. Dia menuruni Bukit Suro bersama kawan-kawannya Hamidi, Zee Wak Muso, Holey, Satazeli, awang Napi, Seli, Adek Awang dan Kulub dalam hujan renyai-renyai. Mereka melintasi Gertak(Jambatan) Tok Sahak....air sungai Chepor mengalir perlahan....tidak deras seperti selalu. ini bererti air Sungai Perak telah naik.

Di Sekolah Kebangsaan Chepor masih belum kelihatan kelibat Cikgu. Pak Jebeh terus masuk kekelas dan bekalannya di keluarkan dari beg perlahan-lahan dan di masukan kedalam meja. Matahari langsung tidak kelihatan. Kawan-kawannya bising berlarian dan ada di antaranya yang sedang makan bekalan yang di bawa. Pak Jebeh masih tidak membuka bekalannya. Bau petai, jering, sambal belacan, sardin dan ikan kering memenuhi ruang bilik darja tiga itu. Cikgu Radzi guru kelas masih tidak nampak lagi.

Tiba-tiba loceng yang sebetulnya adalah besi gelung yang di gantung di tepi Bilik Guru di pukul berkali-kali dan terdengar jeritan budak-budak mengatakan "bah...bah...air bah...". Semua kelas mengemas barangan masing-masing untuk pulang. Sungai Perak telah bah.....jalan di hadapan rumah Tok Deraso telah di tengelami air. Perahu Tok Mat Parang dengan enjin sangkutnya tak mampu untuk mengharungi arus sungai Perak yang menggila itu.

Aki perhatikan Pak Jebeh menggaru-garukan kepalanya. Seluar biru pendek yang di pakainya berselekeh di bahagian punggungnya. ini adalah kesan dari hingus yang di sapu pada seluar. Pak jebeh bersaing dengan Zee Wak Muso. Wak Muso adalah saudara susuan Anjang Timah. sampai di hadapan rumah Mak Teh Melat, Pak Jebeh merentap daun pisang untuk di buat payung. Dia beriringan dengan Zee berpayungkan daun pisang. batang getah yang baru di tebang nampak keputehan dengan kulat sisir dan kulat telinga kera. Zee dan Pak Jebeh berpandangan. "Kita makan dulu" Pak Jebeh bersuara. Zee hanya mengangguk. Mereka meletakan beg sekolah di bawak pokok macang masam di tepi jalan dekat dengan pokok durian sue. Dengan bersahaja Zee membuka bekalannya dan Pak Jebeh juga sama-sama membuka bekalannya. Daun pisang kering kehitaman itu nampak berminyak. Nasi yang masih berbuku itu di gaulnya perlahan-lahan.

Seperti sedia mengerti, Zee menghulurkan anak seluang goreng kepada Pak Jebeh. Dengan melepaskan pandangan kepada kulat-kulat yang keputehan itu, mereka berdua mengunyak nasi perlahan-lahan. Kepala anak seluang goreng di patah dan di suap kedalam mulut. Air hujan yang menitis dihujung daun pisang adalah kuah kepada penderitaan Melayu selepas MEREKA. 1969 seakan baru saja berlalu. Ini adalah coretan perjalanan hidup Aki dari sebuah Kampung di pendalaman. Ini adalah cerita Aki. Terima kasih Cikgu Sulaiman, Cukgu Shaari, Cikgu Radzi, Cikgu Aishah, Kak Ani, Cikgu Sharifah,  Cikgu Md. Norr dan semua yang pernah berbuat baik pada Aki. Pada yang telah meninggal...semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka.

18:38 - 31/03/2012.
Teratak Anjungan Chepor
Olak Lempit,
Banting. Selangor.