TERKINI TUN M DEDAH - US SIAP SEDIA 'SERANG' NGRA. JIKA BN KEKAL MENANG PRU13.!!
Semalam bekas Bapa Angkat Anwar Ibrahim yang juga merupakan mantan PM Tun Mahathir telah mendedahkan sokongan yang bakal diberikan Kerajaan Amerika Syarikat terhadap Anwar untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri baru menggantikan Najib Tun Razak.
Menerusi blog Tun M yang bertajuk 'Peperangan Mesir Melawan NGO', beliau telah menjelaskan apa yang dilakukan oleh Amerika terhadap negara Arab akan dilakukan juga di Malaysia.
"Campur tangan Amerika dalam gerakan bagi menjatuhkan kerajaan negara yang tidak sependapat dengannya amat jelas,” katanya.
Menurut Dr Mahathir dalam usaha mengangkat Anwar menjadi PM, bantuan dari segi kewangan dan media turut diberi oleh negara itu kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang dilihat cenderung menghasut dan memburukkan Kerajaan Pusat
Sememangnya beberapa Pemimpin US telah memberi bantuan Kewangan secara belakang tabir terhadap Anwar dalam merancakkan beberapa misi Latihan dan Program2 Politik beliau. Bantuan tersebut disalurkan menerusi beberapa NGO seperti Bar Council pimpinan Ambiga, SUARAM yang diantara pendukung tulang belakang adalah Irene Fernandes dan beberapa NGO2 lain.
Maka tidak hairanlah pembiayaan badan-badan NGO dilakukan untuk menjayakan 'Regime Change' (pertukaran pemerintah).
Tun M yang telah sekian lama menyelidik agenda jahat ini turut mendedahkan beberapa NGO menggunakan beberapa isu kononnya tidak puas hati dengan dasar kerajaan mengenai hak asasi manusia termasuk seksualiti bebas (menghalalkan zina, perkahwinan sejenis, menghapus institusi perkahwinan dan kekeluargaan, dan liwat).
“Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat Amerika agar Malaysia dapat menjadi alat mereka," kata Dr Mahathir.
Namun jika dilihat Tun M telah memberi 'kata kunci' buat kesemua rakyat Malaysia terutamanya pengundi sebelum memilih parti yang bakal dipilih bagi setiap kawasan Parlimen/DUN masing. Ini kerana, satu undi yang memihak kepada mereka bakal memusnah Negara. Ini fakta jelas.
“Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat Amerika agar Malaysia dapat menjadi alat mereka," kata Dr Mahathir.
Namun jika dilihat Tun M telah memberi 'kata kunci' buat kesemua rakyat Malaysia terutamanya pengundi sebelum memilih parti yang bakal dipilih bagi setiap kawasan Parlimen/DUN masing. Ini kerana, satu undi yang memihak kepada mereka bakal memusnah Negara. Ini fakta jelas.
Misi utama US menduduki takhta Anwar untuk memegang jawatan PM tidak akan menjadi realiti jika Pembangkang tewas pada PRU13.
Maka ada usaha untuk membawa beberapa pemerhati dari Negara Barat itu untuk memantau dan mencampuri urusan Proses Pilihan Raya di Negara ini. Malah apa yang lebih dikhuatiri, Anwar bakal mengheret campurtangan US jika benar sasaran beliau keputusan PRU13 memperlihatkan majoriti yang amat tipis dan tidak stabil di antara jumlah Parlimen BN dan Pembangkang.
Dan ketidakstabilan tersebut berlaku apabila sasaran Anwar yang mahu melihat keputusan PRU13 membuktikan berlakunya undi perkauman yang paling buruk pernah berlaku dalam sejarah PRU Malaysia sejak kemerdekaan.
Dan campurtangan US inilah yang disebut 'SERANGAN PSYCHOLOGY' yang berperang dengan eksploitasi Undang2 dan ianya bakal memberi jalan buntu yang dikhuatiri bakal menerima padah kejatuhan kesemua Industri Negara sepertimana yang telah berlaku pada beberapa Negara2 Dunia Ketiga.
Apa pelan dan strategi Orang Melayu dan Raayat Malaysia untuk mengatasi perkara ini?
tangisanmelayu - marahkan nyamuk, kelambu di bakarnya. Marahkan "PIJAT", rumah pula yang di bakar. Menang jadi arang....dan yang kalah pula menjadi abu.....