,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday, 29 March 2012

ULAR LIDI TELAH MENJADI NAGA....yang di telannya adalah anak cucu kita dan tak mampu di selamatkan lagi, seperti kita kehilangan Singapura.

 DAP tidak boleh lagi di biarkan Bermaharajalela di Nusantara. Idealogi mereka amat bahaya kepada Negara. Dengan permintaan DONG ZHONG yang melampau telah menampakkan niat sebenar mereka adalah MENCINAKAN Malaysia seperti mereka telah praktikan di Singapura. Tapi disini mereka lebih ganas lagi kerana "Ulamak" PAS bersama mereka. Sedangkan di Singapura Ulamak tetap bersama perjuangan Islam Tulin. Sampai sekarang LKY gagal untuk menjinakkan Ulamak Singapura. Lihatlah bagaimana LGE dalam persidangan Perlimen. Sikap PAP jelas kelihatan di setiap hujahnya. Bersikap talam dua muka dan seolah-olah menjadi HERO atau pejuang kepada Melayu. Telunjuk amat lurus tetapi KELINGKING kukuh bekait. Penipuan cara ini telah beribu kali mereka gunakan kepada Melayu dan Melayu terus juga tertipu.

Dulu DAP (LGE)  paling kuat  mengutuk Hassan Merican semasa bekerja di Petronas , kali ini  dia puji pulak, bertentangan sekali dengan serangan yang dibuatnya terhadap Petronas dan Hassan semasa mula-mula LGE menjadi Ketua Menteri pada Pulau Pinang 2008. Beliau mengatakan bahawa pegawai-pegawai atasan Petronas iaitu Tan Sri Hassan dan yang lainnya sering berbelanja dengan tinggi seperti menggunakan jet milik Petronas.

Guan Eng meminta Perdana Menteri menyatakan sebab kenapa kerajaan melepaskan Hassan dan menyifatkan kehilangan itu sebagai satu tamparan terhadap usaha menarik balik hampir dua juta orang berbakat yang meninggalkan Malaysia sejak merdeka serta berapa ramai yang berjaya ditarik balik sejak Talent Corp ditubuhkan. Sedangkan yang paling banyak bekerja di Luar Negara adalah kaum Cina.


DAP adalah KOMUNIS yang di halalkan. Cuba tengok mereka menyelinap di dalam persatuan Dong Zhong. Persatuan ini terus diperjuangkan iaitu ia hanya dapat memberikan kepentingan kepada bangsa Cina sahaja. “Kalau kita tengok perkara itu, yang jelasnya, itu hanya untuk satu kaum sahaja, iaitu Cina. Semua guru yang mengajar di SRJKC haruslah berbangsa Cina dan hanya boleh bertutur Mandarin. Mengajar Bahasa Melayu juga nampaknya haruslah orang Cinakan. Sistem pendidikan di negara kita haruslah berdasarkan kepada pendidikan yang menyeluruh dan mampu memberikan kebaikan kepada semua pihak.

Kerajaan Melayu yang baik hati, bertolak ansur dan "PENAKUT"(Cina Undi Penentu) ini telah memberi segala-galanya hanya kerana pendidikan adalah sumber utama untuk memajukan negara dan bukannya untuk bersengketa, Tetapi DAP tetap mempertahankan Dong Zhong, ini adalah dilihat sebagai halangan untuk membolehkan Malaysia mencapai dan mengekalkan perpaduan dari setiap bangsa dan agama. Mereka tidak kira semua itu. Yang penting bagi mereka adalah membuat pengusiran secara halus Guru Melayu dari Sekolah, Kolej dan Universiti yang di kuasai oleh mereka, ini kerana mereka ada agenda tersembunyi di sana. Mereka akan mendapat pendidikan percuma, perbelanjan dan gaji dibayar oleh kerajaan sedangkan dalam perlembagaan tidak ada peruntukan untuk sekolah cina dan india dan besar kemungkinan permintaan ini boleh berjaya dengan ELAUN di beri kepada Guru Melayu yang boleh berbahasa Cina. Secara halus bila Guru Melayu dapat di cinakan, maka keseluruhan murid(Jenerasi Melayu Masa Hadapan) juga kan menerima budaya Cina dan dengan mudah Melayu akan menyerap dalam cina dan bukan Cina di Melayukan seperti Indonesia. Maka luputlah Melayu di bumi sendiri tanpan membunuhnya.

Copstik

FATWA ORANG ISLAM MENGGUNAKAN COPSTIK

Tarikh Keputusan: 2 Jun 1990
Huraian Tajuk/Isu Permasalahan mengenai Perusahaan copstik (penyepit makanan)
Keputusan:  Jawatankuasa berpendapat bahawa perkara copstik (penyepit makanan) tidak termasuk dalam urusan keugamaan. Dengan yang demikian itu perusahaan mengenainya tidak ada apa-apa halangan.
Status Penwartaan: Tidak Diwartakan
tangisanmelayu - satu contoh kecil kita membudayakan budaya Cina, sesuatu yang bukan dari budaya Orang Melayu dan Islam.



Dalam semua sektor sekarang ini mereka (DAP) sedang menghapuskan Jati Diri Melayu dengan mempertikaikan apa saja yang bersangkut dengan Melayu. Ugama, Budaya, tatsusila, cara hidup, Tanah Wakaf, tulisan, Simpanan Melayu, Bahasa dan Raja. Sehinggakan kita tak tahu dimana Melayu kita. Sedangkan mereka terus kekal dengan CINA mereka. Dengan 6 juta Cina Malaysia dan di tambah dengan berjuta-juta pendatang Asing atau Halal.....menjadikan kuasa membeli kita semakin rendah dan DAP telah nampak yang cina tidak perlukan Melayu lagi dalam servival hidup mereka seperti di awal kemerdekaan. DAP telah berjaya menyatukan semua ETNIK Cina. Mereka kini bergerak di atas 1 Cina.
Sudah Ramai Melayu menjadi cina melebihi  cina sendiri

tangisanmelayu - MCA mula bersuara hanya kerana mereka perlukan calon di tempatkan dikawasan Melayu Majoriti rendah(contoh - melayu 51% - cina 40% - india 9%) dan mereka menunggu masa untuk melompat ke DAP sekiranya kawasan seperti ini mereka menang. PERCAYALAH Melayu dalam bahaya. Pembahagian Kerusi BN adalah amat sukar bagi Najib untuk PRU ke 13 ini. PAS akan di sisih di beberapa kawasan dan calon PKR akan mengambil alih kawasan itu.