Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan(al-Hujurat: ayat 6)
Mahfuz dan Khalid Samad bakal disaman oleh Hasan Ali.
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali akan menyaman Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad kerana memfitnahnya. Bekas Exco kerajaan negeri Selangor itu berkata, saman ke atas dua pemimpin PAS itu akan difailkan dan dikemukakan segera dalam minggu ini."Yang Berhormat Ahli Parlimen Pokok Sena (Mahfuz) minggu lalu kata saya terima RM30 juta dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS), minggu ini saya akan saman dia.
"Bila Ahli Parlimen Shah Alam (Khalid) pula katakan saya dibiaya syarikat besar dan dia sudah namakan pun syarikat ini, saya akan saman dia juga minggu ini," katanya ketika ceramah Bicara Semasa: Bersatulah Umat Selamatkan Akidah, di Dewan Jubli Intan, di sini.
Mahfuz sebelum ini telah dipetik oleh sebuah laman portal sebagai mendakwa terdapat unit di bawah KBS yang menyumbang sebanyak RM30 juta bagi menaja siri ceramah Hasan di seluruh negara bagi menarik golongan muda memihak kepada kerajaan.
Sementara itu, Khalid pula mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)dan Puncak Niaga Bhd sebagai penaja kepada Hasan dan juga NGO yang diasaskan olehnya yang dinamakan Jati - BERNAMA
tangisanmelayu - kalau dulu....bila ada dua orang sedang bergaduhan dan bermasam muka, maka datanglah "orang yang di segani" mendamaikan antara keduanya yang sedang berselisih faham ini. Tapi kini amalan ini sudah di pinggirkan. Apakah ketua-ketua masyarakat dan ketua puak atau parapemimpin kini sudah tiada karisma atau mereka hanya mahukan kuasa kerana pangkat dan bukan lagi "LILLAHITA'ALA".