.............چينا برهاتي ملايو
Bangunlah Melayu sebelum melayu...
CINA bersengat ISLAMELAYU |
Saya hairan kenapa
ada kalangan orang Melayu yang memandang rendah kepada kedudukan Bahasa
Melayu (BM), sedangkan bahasa ini pernah menjadi bahasa lingua franca suatu masa dahulu, dipertuturkan begitu ramai sekali. Lebih hebat lagi BM sebagai bahasa perpaduan kalangan bukan Melayu.
Bayangkan ketika
interaksi antara dunia luar dengan dunia Melayu. Bahasa apakah yang
digunakan? Terutama interaksi antara pedagang (pendakwah) Arab, China
dan India yang datang ke alam Melayu.
Mustahil sama
sekali Cina, India atau Arab saling bertemu, mereka bertutur bahasa
masing-masing. Sudah tentu bahasa pengantaranya adalah bahasa Melayu.
Jika tidak, susah mereka nak cari makan di Alam Melayu. Kenapa mereka
boleh memaksa diri mereka belajar BM? Kenapa rakyat negara kita, sekian
lama tinggal, begitu liat, sehingga ada yang tidak boleh faham dan
bertutur? Silapnya di mana?
Justeru, saya amat
kagum dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang beriltizam
untuk meningkatkan penggunaan BM dengan memberi insentif kepada
pengamalnya seperti kenaikan pangkat dan sebagainya. Tidak cukup dengan
itu, BM hendaklah dijadikan dasar sebagaimana yang termaktub dalam
perlembagaan.
Tidak ada sesiapa
yang menolak kepentingan bahasa lain, terutama Bahasa Inggeris (BI).
Bodohlah sesiapa yang menolak bahasa antarabangsa ini. Tetapi jangan
sampai BM seperti hidup segan mati tak mahu. Inilah hakikat yang berlaku
sekarang.
Boleh dikatakan
seluruh IPTA sedangkan mengalami proses pengInggerisan, termasuk
universiti saya bekerja. Lebih malang lagi, semua profesor dan pensyarah
diwajibkan menduduki ujian BI untuk menguji level bahasanya. Adakah ini
wajar?
IPTS usahlah
diceritakan. Telah lama mengalami proses peInggerisan dan pemandarinan
seratus peratus. Peliknya kenapa proses pemandarinan boleh berjalan?
Adakah kerana kebangkitan kuasa besar China? Bila kuasa India bangkit
pula nanti, adakah berlaku proses pengIndiaan? Begitu juga Thailand,
Vietnam dan lain-lain.
Alasan yang
diberikan, kita menuju proses pengantarabangsaan. Wajarkah identiti
negara dikorbankan untuk proses pengantarabangsaan tersebut? Adakah
kemajuan sesebuah negara itu bergantung kepada sikap warganya atau
kebolehan mereka berbahasa Inggeris?
Jika BI itulah yang
menjadi penentu, sudah tentu negara Filipina dan India sudah berjaya
kerana negara ini amat mementing bahasa ini. Nasihat saya, betulkan
sikap kita dahulu.
Negara lain seperti
Cina, Korea, Jepun, Jerman dan sebagainya, termasuk juga Thailand,
teramat kuat semangat kebangsaan dan kecintaan terhadap bahasa mereka.
Negara-negara ini tetap maju tanpa mengalami proses peInggerisan.
Produk-produk mereka, termasuk kereta tetap berkualiti tinggi.
Mereka yang bekerja
di Proton, Perodua dan lain-lain GLC, termasuk Tabung Haji, bahasa
Inggeris mereka cair, tetapi kualiti produk masih dipertikaikan.
Jika pandai bahasa
Inggeris, lebih Inggeris dari Inggeris sekalipun, selagi sikap dan
perangai tidak berubah, tidak ke mana-mana juga.
Kita perlu ada
dasar yang jelas demi masa depan jati diri negara. Generasi muda ultra
kiasu hari ini, sudah langsung tidak memperdulikan kepentingan BM.
Mereka hanya mahukan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris sahaja.
Justeru, kenyataan
TPM tepat pada masanya. Minta DBP perincikan untuk dimaktubkan sebagai
dasar dan beri kuasa kepada DBP untuk melaksana.
Saya mohon ucapan TPM ketika melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 diperhalusi.
Beri keutamaan
kepada golongan pensyarah di IPTA dan IPTS menghasilkan karya ilmiah
dalam bahasa Melayu. Nilai dan insentif yang tinggi perlu diberikan
terhadap hasil karya mereka.
Malangnya, ketika
menggubal dasar universiti baru-baru ini, markah yang diberikan kepada
penerbitan BM amat sedikit berbanding penerbitan BI. Bila saya
membangkitkan perkara ini, mereka berkata, BM bersifat lokal, BI
bersifat internasional. Apa-apapun BI mesti diberi keutamaan termasuk
menjadi bahasa rasmi universiti. Inilah pemikiran Melayu hari ini. Bukan
Melayu usahlah cerita. Kalau boleh perkataan Melayu itu sendiri mereka
tidak mahu lihat.
Lihatlah apa sudah
jadi dengan Universiti Malaya (UM). UM sedang mengalami proses
pembaratan. Malah lebih barat daripada universiti barat. KPI atau SOP
mereka bukan lagi Malaysia, tetapi barat. Maklumlah mahu jadi
internasional. Malangnya, ranking tidak juga naik-naik. Universiti Islam
Antarabangsa, sejak awal penubuhannya menggunakan BI, masih lagi
merangkak-rangkak mengejar ranking dunia. Begitu juga dengan UiTM yang
begitu kuat semangat Melayunya juga menggunakan BI.
Universiti di
China, Jepun, Korea, Jerman dan sebagainya, tidak pula mengikuti proses
pembaratan dan peInggerisan. Bahasa yang digunakan tetap bahasa ibunda
mereka. Kita, yang melanjutkan pelajaran di sana, mesti belajar bahasa
mereka. Ranking dunia mereka tetap berada dalam kedudukan amat
membanggakan.
Salah di mana
sebenarnya? Ikut barat? Atau kembali melihat kualiti dan kekuatan jati
diri. Bangunlah wahai semua naib Canselor dan profesor. Sahutlah cabaran
TPM tersebut. Kembalilah menghayati sejarah Melayu! Melayu pernah jadi
hebat dengan semangat Melayunya. Wahai para Melayu! Kamu tidak akan ke
mana-mana sekadar pandai berbahasa Inggeris, jika perangai kamu tidak
berubah dan tidak yakin dengan kekuatan diri.
Saya amat mengharapkan TPM dapat menggariskan satu dasar agar BM tidak menjadi bahasa tumpangan sahaja di universiti.
AMUKANMELAYU - Malunya Aku..................