,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 6 October 2013

KEHILANGAN ASET POLIS - ZAHID MENCUCI BERAK YANG DI TINGGALKAN OLEH HISSHAMUDDIN


Audit Dedah Polis Hilang Aset RM1.33 juta

Audit dedah polis hilang aset RM1.33 juta
 KUALA LUMPUR - Laporan Ketua Audit Negara hari ini mendedahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan aset bernilai RM1.33 juta, bermula 2010 hingga 2013.

Rekod Ketua Audit Negara menunjukkan PDRM kehilangan 309 unit aset meliputi gari, senjata api dan kenderaan.

Daripada jumlah itu, statistik kehilangan aset yang dikeluarkan Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Logistik PDRM mendapati, aset yang paling banyak hilang adalah gari dengan sejumlah 156 unit, diikuti senjata api dan kenderaan dengan masing-masing sebanyak 44 dan 29 unit.

"Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pengurusan aset di Ibu Pejabat PDRM dan tiga IPK yang diperiksa adalah kurang memuaskan.

"Pengurusan aset yang yang tidak teratur dan bersistematik boleh menyebabkan berlakunya kehilangan aset terutamanya senjata api dan gari yang boleh mengancam keselamatan awam," dedah laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Antara kelemahan yang ditemui audit berkenaan adalah kehilangan aset lewat dikesan; kelewatan melapor kehilangan kepada Ketua Jabatan dan Polis; Ketua Jabatan lewat menyediakan Laporan Awal Kehilangan Aset; Jawatankuasa Penyiasat Kes kehilangan aset lewat ditubuhkan; dan Jawatankuasa Kehilangan Aset lewat menyediakan Laporan Akhir.

Kelemahan lain termasuk soal pengurusan aset seperti Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira lewat mengambil tindakan susulan; kelewatan mengambil tindakan diperingkat kontinjen setelah kelulusan hapus kira oleh Kuasa Melulus; Kelewatan mengambil tindakan surcaj; tempat penyimpanan tidak selamat; dan ruang penyimpanan aset yang sempit dan terhad.

Sehubungan itu, pihak audit mengesyorkan agar pasukan PDRM memastikan pemeriksaan berkala dilaksanakan mengikut ketetapan supaya dapat mengesan kes kehilangan aset berkenaan.

"Memastikan pematuhan kepada penetapan norma masa proses kerja hapus kira aset supaya punca kehilangan dapat dikenal pasti segera.

"Memastikan kehilangan aset yang berpunca daripada kecurian, penipuan, atau kecuaian pegawai atau anggota dikenakan tindakan surcaj atau tatatertib supaya menjadi satu usaha pencegahan bagi mengawal kes kehilangan," syor laporan audit.


Ismail dilantik Ketua Polis Negara baru, kuat kuasa 12 Sept 2010

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani


KUALA LUMPUR, 1 Sept — Tan Sri Ismail Omar akan menggantikan Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara, demikian diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein petang ini.
Ismail yang kini merupakan timbalan kepada Musa akan memulakan tanggungjawab baru mulai 12 September 2010 ini.
“Hari ini, saya ingin mengumumkan bahawa tempoh kontrak Tan Sri Musa sebagai Ketua Polis Negara akan berakhir 12 September dan oleh itu, Timbalan Ketua Polis Tan Sri Ismail Omar telah disyorkan sebagai ketua polis yang baru,” kata Hishammuddin kepada pemberita di sini.


Hishammuddin juga menafikan bahawa kontrak Musa tidak disambung ekoran tekanan pihak luar.
Sehubungan itu kata Hishammuddin, beliau berharap Musa akan terus memberi sumbangan kepada negara selepas bersara.
“Sudah pasti ia tidak kaitan dengan itu (tekanan luar),” katanya.
“Kita perlu mencari ruang untuk membolehkan beliau terus menyumbang kepada negara. Cuma, formaliti sebagai Ketua Polis Negara berakhir pada 12 September,” katanya lagi.
Musa, 59, mencapai umur persaraan wajib pada 2007 tetapi perkhidmatan beliau disambung dua kali.
Kepimpinan Pakatan Rakyat menggesa Musa agar meletakkan jawatan sebagai Ketua Polis Negara atas alasan kadar kes jenayah dan rasuah telah meningkat di bawah kepimpinan beliau.
Musa pula menekankan, beliau tidak pernah kecewa dengan keputusan perkhidmatannya tidak disambung.
“Saya tidak kecewa. Saya sudah memberikan segala-galanya kepada pasukan polis,” katanya lagi.

10hb. April 2009 YB DATO' SERI HISHAMUDDIN, MENTERI KDN


OLEH : PEMIKIR JASA
 
Perlantikan YB Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein sebagai Menteri Dalam Negeri(10th April 2009 ) kepada Kementerian Dalam Negeri dalam kabinet baru merupakan satu pilihan sangat tepat oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Berlatarbelakangkan pengalaman yang sungguh banyak dalam kabinet, kita yakin bahawa YB menteri, MP kawasan parlimen Semberong, akan dapat memberi khidmat mantap bersesuaian dengan keperluan dan aspirasi kerajaan BN/UMNO. Beliau seperti menteri-menteri sebelum ini pasti menghadapi cabaran-cabaran tugas yang dihadapi oleh kementerian, yangkian bertambah termasuklah isu ISA, Hindraf, PATI, dadah, keganasan, demonstrasi-demontrasi yang tidak bertanggungjawab oleh parti pembangkang, penyeludupan dan banyak lagi.

Dipercayai YB dengan dibantu oleh pentadbiran kementerian dan juga jabatan-jabatan seperti PDRM, JPN, Imigresen, AADK, Rela dan lain-lain lagi, kementerian YB Dato' Seri akan dapat menangani apa jua cabaran demi menjaga ketenteraman awam dan keselamatan dalam negeri yang bersempadan dengan 7 negara termasuk Thailand, Brunei, Indonesia, Cambodia, Vietnam, Singapura, Filipina.

Wira Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Dato' Seri di atas perlantikan ke kabinet disamping dipilih menjadi Naib Presiden UMNO Malaysia.

TRAGEDI LAHAD DATU GAMBARAN AWAL HISSHAMUDDIN TIDAK MAMPU UNTUK MENERAJUI MALAYSIA

  
Dengan jelas Hishammuddin mengisytiharkan bahawa penceroboh Filipina itu bukan pengganas.


Kegagalan untuk mengenalpasti lebih awal akan ancaman "PENCEROBOH SULU" walaupun sebagai Menteri Dalam Negeri, punyai kemudahan risikan dan juga pengalaman, maka Hishammuddin sepatutnya bertanggung-jawab sepenuhnya keatas kegagalan ini. Kegagalan beliau telah menyebabkan 8 nyawa pegawai polis PDRM telah terkorban dengan tragiknya.

Jelas kepimpinan beliau hanya berlandaskan populariti dimana kenyataan untuk PDRM yang sepatutnya dibuat oleh Ketua Polis Negara, Hishammuddin lebih kedepan. Ramai pihak bertanya siapa sebenarnya Ketua Polis Negara? Ismail Omar atau Hishammuddin Hussien Onn? Hishammuddin juga dilihat tanpa henti hanya memberi amaran demi amaran kepada pelbagai pihak tanpa sendiri mengambil apa apa tindakan untuk membuka jalan penyelesaian.

Moral pihak PDRM adalah amat penting dan dalam keadaan sekarang dengan 8 anggota gugur PDRM ternyata perlukan kepimpinan yang tegas dan berwibawa. Selepas segala episod dan masalah yang dihadapi oleh PDRM, adakah Hishammuddin sebenarnya berwibawa sebagai Menteri Dalam Negeri untuk menjadi pemimpin yang diharapkan tersebut? Jika tidak mampu, sudah tiba masanya PM Najib Razak, fikirkan calon baru untuk jadi menteri di Kementerian Dalam Negeri.

Naib Presiden UMNO -  3 Calon Perlu Berlapang Dada

JIKA SAYANGKAN MELAYU - Zahid, Ali Rostam dan Mukhriz adalah gandingan terbaik


KUALA LUMPUR 21 Sept. - Enam calon sah bertanding bagi jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan bulan depan selepas tempoh penyerahan borang pencalonan tamat pukul 5 petang tadi.
Mereka ialah ketiga-tiga penyandang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, serta Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad; Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir; dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam. - UTUSAN ONLINE

AMUKANMELAYU - Jika perjuangan demi untuk UGAMA, BANGSA dan TANAH MELAYU, Hisshamuddin, Shafie Afdal dan Isa Samad perlu berlapang dada untuk memberi laluan kepada yang tiga lagi. Shafie jelas gagal untuk membawa Kaum Bajau keluar dari arus kemiskinan dan tiada matlamat yang jelas sepanjang menjadi Menteri. Hisshamuddin tak perlu di perjelaskan lagi kegagalanya semasa menjadi Menteri KDN dan Isa Samad seorang yang bersemangat, tapi sudah agak terlewat untuk bangkit kembali. alli Rustam jelas berwibawa, Zahid memang Melayu sejati dan Muhkriz adalah orang muda yang perlu di beri laluan. Kesilapan Tun M yang terlalu percaya kepada Anwar sebagai "PELAPIS" tanpa ada orang kedua jelas telah memerangkap "KEPIMPINAN MELAYU". Najib tidaklah sebagus mana, tapi hanya itu yang kita ada untuk sekarang ini. Telan jer lah.........