,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday, 15 October 2013

Hebatnya Sultan Melayu


AMPUN TUANKU, Bangunlah.....keluarlah dari pagar Istana dan lihatlah.....Bangsa Tuanku sedang dahsyat di hina orang............



Kehebatan dan kekayaan sultan di Tanah Melayu ini sudah di ketahui seluruh dunia, namun begitu telah disenyapkan oleh kerajaan British sekian lama. Mereka mahu orang melayu mengagungkan kehebatan dan kekayaan dari penjajah. Walhal kedatangan mereka di sini adalah di bayar oleh sultan-sultan sebagai penasihat dan juga bantuan ketenteraan.

Adakah sultan-sultan ini tidak mampu untuk mentadbir sendiri negeri-negeri mereka? Apakah tidak ada tentera-tentera orang melayu yang mampu mempertahankan tanahair mereka? Adakah sudah tiada pewaris Hang Tuah? Adakah Hang Tuah dan Hang-Hang yang lain tidak ada menurunkan ilmu-ilmu mereka untuk generasi yang akan datang? Takkan lah dia sanggup membiarkan generasi tampa ilmu-ilmu persilatan dan alam mistik di dada, sudah tentu ada. Malah, kekuatan seorang pendekar melayu boleh mengatasi seribu orang kafir British. Namun, kehebatan dan kekuatan orang melayu di senyapkan oleh penjajah. Bagaimana?

Adakah ilmu orang-orang melayu ini sangat lemah hingga kita terpaksa mengikut corak silibus dari British? Sekirannya mereka lemah, takkan lah Tanah Melayu ini terutama Melaka menjadi pusat perdangangan antarabangsa yang terkaya di dunia pada masa itu.....Di mana perginya buku-buku hasil penulisan kalangan ilmuan orang melayu?

Adakah benar Tanah Melayu ini dijajah atau tanah yang dilindungi oleh British? Sekirnnya di jajah mengapa sultan-sultan masih lagi bertahta di mata rakyat.


Fikirkan....
Gambar-gambar sejarah ini boleh merungkai jawapan beberapa persoalan yang bermain di minda.



1941
  
* Muncul di Filipina ialah wiranya yang terbilang, Jose Rizal yang diberi nama jolokan “The Pride of the Malay Race” atau “The Great Malayan”.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjOpDfUSaTQSLKW3ecOaujJg8I1wu_ycub1ZKqf6hDydj_TGAloHz44V2NngbkSTTmcJL0lwRBrK-20SIxO_0LqUqa7xPH_Md0ltUnmNaxINt9c67BQJnv33fNqTCOgC2Lm1sC9a7LAx1U/s1600/johor4-874.jpg
SULTANAH JOHORE


* Berikutan ialah peranan Wancelao Vinzons yang menyampaikan pidato bersejarah “Malaysia Irredenta” yang memaparkan mimpi penyatuan seluruh bangsa Melayu - Polinesia. Waktu itu b.blogspot.com/-pC7dMAclXB8/T6_JpLxW6KI/AAAAAAAAEL0/1EtyNH2owic/s320/johor30496.jpg" width="320" />
It was reported that "French Bacarrat" only produced 3 set of Crystal tables in the world, even for today.  1 was purchased by Queen Victoria and now treasured at Windsor.. other was robbed by Hitler during invation of France and given to Mussolini and now treasured in Presidential Palace in Rome.. while,  remaining sets was purchase by HH Albert Baker and treasured at Istana Besar Johore.
Sultan Johor pada suatu ketika dahulu adalah pemburu yang paling handal yang diiktiraf di DUNIA. Dia memburu harimau yang pernah makan manusia dan menyelamat pemburu dari Amerika. Kisahnya telah difilemkan. "Bring Em Back Alive"
  

Pernah mengalami era pemerintahan sultan melayu yang terkaya di dunia....
Menjadi rebutan jelitawan british....
Siapa kata, duit cukai yang menjadi sumber pendapatan negara? Tanah Melayu ini memang sudah kaya sejak azali..Sebenarnya British sudah tahu tentang keBERANIAN Orang Melayu, maka sebab itu mereka tidak berani tuk gunakan kuasa ketenteraan untuk menyerang Tanah Melayu sepertimana negeri koloni yang lain, habis semua raja di bunuh dan rakyat dikerah sebagai hamba seperti mana berlaku di Amerika Selatan dan juga Afrika. Cara Fremason untuk menajajah Tanah Melayu adalah menggunakan umpan hiburan, pendidikan dan hiburan, mereka amat takut dengan keberanian orang melayu, ada sesuatu mistik yang terbunyi dalam DNA orang melayu.

 Mereka tunggu sehingga anak-anak sultan ini cukup besar dan tawarkan mereka belajar di British, di situlah bermulanya jajahan minda, kemudian mereka pikat mereka dengan perempuan-perempuan, dan mereka lalaikan hidup mereka dengan kemewahan dengan menjual berbagai barang-barang mewah yang paling mahal di dunia....Mereka jajah pemikiran mereka dan secara tidak langsung rakyat akan turut sama dijajah, apabila semua urusan sultan perlu mendapat nasihat dari mereka dahulu.




* Dalam tahun 1879 Parlimen Hawaii di Honolulu telah membincangkan kemungkinan penyatuan Dunia Melayu-Polinesia yang luas.

* Sembilan tahun selepasnya (1898) Apolinario Mabini di Manila mencadangkan “Federation Malaya” dengan gagasan yang sama.

* Muncul di Filipina ialah wiranya yang terbilang, Jose Rizal yang diberi nama jolokan “The Pride of the Malay Race” atau “The Great Malayan”.

* Berikutan ialah peranan Wancelao Vinzons yang menyampaikan pidato bersejarah “Malaysia Irredenta” yang memaparkan mimpi penyatuan seluruh bangsa Melayu - Polinesia. Waktu itu beliau berusia 22 tahun dan seorang pemuja Rizal. Beliau selanjutnya mengarang buku mengenai “History and civilization of Southeast Asian countries belonging to the Malay race”.

Di samping itu di Indonesia ialah peranan Muhammad Yamin, berasal dari Talawi. sebuah kampung kecil di Sumatera Barat.

Menurutnya “Selat Melaka ialah corong kepulauan kita, Malaya ialah batang leher kepulauan Indonesia daerah yang delapan. Menceraikan Malaya dari Indonesia dalam perhubungan internasional”.

Keagamaan

Pada peringkat akhir syarahan perdananya Ismail Hussein menyebut: Dunia Melayu ini penuh keragaman dari segi keagamaan, kebudayaan, kesenian serta adat resam, tetapi di bawah keragamannya itu selalu terasa ada kesatuan yang mengikutnya”.

Dalam kertas kerjanya pula berjudul The Study of Malay Literature, Ismail Hussein menyebut mengenai kira-kira 2,000 manuskrip asli Melayu dihantar ke Eropah kebanyakannya untuk perpustakaan-perpustakaan Inggeris dan Belanda.

Lanjutan kisah ialah karya berjudul Malay, World Language of the Ages oleh Profesor James T. Collins, yang mengkaji bahasa dan pelbagai loghat Melayu di seluruh Asia Tenggara.

Beliau menyebut antara lain mengenai kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15 memeluk agama Islam. Ketika itu Melaka mempunyai kira-kira 200,000 penduduk dan berupa kota terbesar di Asia Tenggara. Kerana kaitan dengan Islam, tulisan Jawi menjadi bahan utama penulisan Melayu.

Pada 10 Ogos 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis yang kemudian meranapkan masjid-masjid serta istana-istana untuk mengubah segalanya. Namun, pada tahun 1522 kamus Melayu terbit hasil usaha seorang peniaga bangsa Itali, bernama Antonio Pigafetta. Antara contoh kata-kata:

Melayu 1522, Apenomaito?, Tida tahoSudah Macan,

Melayu 1996, Apa nama tu?, Tidak tahu, Sudah makan?,

Melayu 1534, Baparim de Pungor, Ange’ dia malu, Sita pa tau dor,

Melayu 1996, Berperang di Punggur, Nggak dia malu, Setapak tak undur.

Juga catat ialah surat tulisan Jawi dari Sultan Brunei pada tahun 1599 kepada Gabenor Manila setelah diserang oleh tentera Sepanyol. Surat tersebut masih disimpan di Sepanyol.

Mendapat perhatian ialah peranan seorang Paderi Kristian, Francisco Javier di Melaka setiba pada tahun 1545. Beliau mempelajari bahasa Melayu hingga boleh menterjemah ayat-ayat sembahyang penganut Katolik. Beliau mengadakan pelajaran-pelajaran agama Kristian dalam bahasa Melayu.

Pada tahun 1632, bahasa Melayu digunakan dalam mahkamah-mahkamah pemerintahan Belanda di Ambon. Seorang bangsa Maluku beragama Kristian, Jan Paijs menjadi petugas mahkamah menulis kenyataan-kenyataan dalam bahasa Melayu tulisan rumi. Surat-surat berumur 364 tahun itu masih disimpan di negeri Belanda.

Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca di Batavia semasa pemerintahan Belanda.( BUKAN BAHASA JAWA DAN BUKAN JUGA BAHASA INDONESIA)

Pada tahun 1856, suratkhabar bahasa Melayu terbit di Surabaya untuk keperluan ahli-ahli perniagaan. Menjelang akhir abad ke-19, akhbar-akhbar Jawi dan Rumi terbit dipelbagai tempat Gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago).

Semasa tentera Jepun menyerang dan menewaskan bala tentera British di Malaya dulu, pegawai-pegawai tentera Jepun membawa kamus Malay-English susunan Wilkinson, tulisan Rumi.

Menurut Profesor Collins, sepanjang sejarah 1,300 tahun bahasa Melayu telah menerima kata-kata bahasa Arab, Sanskrit, Portugis dan Belanda.

artikel ini diambil dari; http://rabiahhijrah.blogspot.com/2011/09/parlimen-hawaii-usul-penyatuan-dunia.html#more




AMUKANMELAYU - Bangunlah "SANG NAGA YANG SEDANG TIDUR" Tuan Puteri telah di larikan orang.....