,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 23 October 2013

SUNGAI LIMAU - PAS MENJADI "LEMAU" KERANA MUKHRIZ


SUNGAI LIMAU....SEDIKIT INFO UNTUK ANDA... 

 سموا سداڠ ممرهاتي کيني اڤ يڠ برلاکو د سوڠاي ليماو. تاڤي سوڠاي ليماو يڠ مان ساتو؟ سبب اد جوݢ نام يڠ سام د تمڤت لاين. د سلاڠور اد، د کلنتن ڤون اد. کالاو د ݢوݢل مستي باڽق يڠ دتموي لاݢي.

تق ڤايه نق ڤنيڠ-ڤنيڠ کيت فوکوسکن ساج تنتڠ دون سوڠاي ليماو دالم ڤرليمين جراي يڠ کيني هاڠت دبيچاراکن ڤماين-ڤماين ڤوليتيک يڠ برکڤنتيڠن اونتوق مربوت کروسي يڠ دتيڠݢلکن منتن ياب قدح ڤڠݢل لالو الله يرحم تن سري عزيزان عبد.رازق.

د سوڠاي ليماو ني تيدق اد لادڠ ليماوڽ...ڤوکوق ليماو ڤون ڤايه نق جومڤا. لواس دڠن ساوه ڤادي ساءوجان ڤنداڠن مات. مان تاهو؟ إيه تاهوله...دولو-دولو ميمڠ سوک برولڠ-الق دري کامڤوڠکو ک ڤکن سوڠاي ليماو ممبلي ڤلباݢاي بارڠن د ڤکن ساري/نت، احد،ثلاث اتاو خميس د سيني.مناءيقي بس دڠن تامبڠڽ سکوڤڠ ساج.  
   

 


لاݢيڤون کاون-کاون سيڤيرسکولاهن جوݢ ݢورو-ݢورو راماي يڠ تيڠݢل د سيني. .بيلا هاري راي برسام کاون-کاون ک سيني جوݢ مڠونجوڠي ݢورو-ݢورو يڠ مڠاجر کامي د سماي ﴿سک من ين﴾   
   
 




کالاو اد ڤرسمباهن ڤنتس ارتيس-ارتيس تمڤتن يڠ د اداکن د سيني، ميمڠ تيدق دلڤسکن ڤلواڠ منونتونڽ. سإيڠت اکو ڤرنه منونتون اللهيرهرماه سالوم بيدوانيتا نݢارا مڽاڽي مڠهيبور ڤمينت-ڤمينتڽ د سيني.    


 



 سلاين ايت سوڠاي ليماو جوݢ اداله تمڤت کلاهيرن تيݢ براديق کبڠݢان نݢارا. سياڤا تيدق کنل سستراوان نݢارا عبدالله حسين، ڤروف امرتوس اسماعيل حسين جوݢ ڤلوکيس ترسوهور إبراهيم حسين.  
   

 راماي لاݢي توکوه-توکوه ترنام کلاهيرن سوڠاي ليماو دان يڠ بارو کوکينالي اداله راکن فبکو داتوء بايم زکريا سأورڠ ڤلوکيس ڤوتريت ترکنل....  
   
Seloka Negeri Kedah
(Mai Cek Oi Mai Cek Mai)

Mai chek oi mai chek mai
kita ke negeri Kedah
Mai Oi bagi ramai jamu nasi kawah

Naik Kapai terbang turun kepala batas
makan toksah bimbang kami byk beras
Ikut leboh raya tembuih ke Kayu Hitam
Jaga chek oi jaga gheta meneru meneram
gheta meneru meneram

Mengkala mai kedah singgahlah ke pekan rabu
Minum nira nipah makan emping kelabu

Kotlah rasanya penat jom pi ke Langkawi
Langgah ayaq gamat minumlah ayaq tongkat Ali
Langgah ayaq gamat muka naik seri

Kedah sudahlah maju
tak lagi mcmlah dulu
rumah serba baru,kenduri ada selalu

Tengok sana sini
pembanggunan serta negeri
ada mesin padi ,ada kilang besi

Melawak orang kedah jangan cepat terasa
toksah dok kisah berkawan cepat mesra
Berkawan cepat mesra

Mai chek oi mai chek mai
kita ke negeri Kedah
Mai Oi bagi ramai jamu nasi kawah

Kotlah rasanya penat jom pi ke Langkawi
Langgah ayaq gamat minumlah ayaq tongkat Ali
Langgah ayaq gamat muka naik seri

Kedah sudahlah maju
tak lagi mcmlah dulu
rumah serba baru,kenduri ada selalu

Mai chek oi mai chek mai
kita ke negeri Kedah
Mai Oi bagi ramai jamu nasi kawah

Lirik: Shaidun Haji Shaari

Pelukis Malaysia ternama- Dato Ibrahim Hussein

Dato Ibrahim Hussein

"To me, painting is like praying. When I paint, I am dealing with my heart, my work and God. There is deep joy and gratitude. Each piece frames a moment in my life". ~Dato Ibrahim Hussein



His name is synonymous with modern art of Malaysia.

The owner of the Ibrahim Hussein Museum And Culture Foundation in Kuah, Langkawi, Kedah, he was the founder of the Langkawi International Festival Of Art.



Ibrahim was the younger brother of literary giants Datuk Abdullah Hussein and Tan Sri Ismail Hussein.
My Father and astronaut
Born on March 13, 1936 in Yan, Kedah, he received his early education in Singapore's Nanyang Arts Academy, and London's Byam Shaw School of Drawing and Printing and the Royal Academy 


KPN Abdul Rahman Hashim


Tan Sri Abdul Rahman Bin Hashim

Tan Sri Abdul Rahman Bin Hashim (17 Julai 1925 - 7 Jun 1974) ialah Ketua Polis Malaysia yang ketiga. Beliau menyandang jawatan tersebut sehingga ditembak mati oleh anasir komunis di Kuala Lumpur pada 7 Jun 1974.


Pendidikan Beliau dilahirkan pada 7 Julai 1925 di Yan,Kedah. Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah. Seterusnya belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Star dan lulus Senior Cambridge pada Disember 1940.

Kerjaya Setelah tamat persekolahan, beliau menjadi Pegawai Polis Negeri Kedah berpangkat Inspektor kecil (17 Oktober 1941) ; Ketua Polis Daerah Kuala Nerang ; Ketua Polis Daerah Baling (1948) ; Pegawai Penyiasat Jenayah (1949) ; Penolong Penguasa Polis ( Januari 1952) ; Penolong Ketua Polis Daerah Kulai, Johor ; Pegawai Penjaga Lingkungan Polis di Batu Gajah ; Ketua Cawangan Khas Pulau Pinang (1960) ; Timbalan Pengarah Cawangan Khas (1963) ; Pengarah Cawangan Khas (1971) ; Timbalan Ketua Polis Negara (1972) dan Ketua Polis Negara yang ke-3 (1 Februari 1973 - 7 Jun 1974).
Beliau dihantar untuk menghadiri Kursus Siasatan Jenayah selama 3 bulan di MillMeece Stafford, United Kingdom (April 1953) dan Kursus Pegawai Kanan selama enam bulan di Rynton-on-Dunsmore atau Bramshill Police College di United Kingdom (1957).

Ditembak mati Semasa menjadi Ketua Polis Negara (1973-1974) beliau ditembak oleh anasir subversif di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur pada 7 Jun 1974. Beliau lama berkhidmat di cawangan Khas iaitu selama 19 tahun. Beliau telah berkhidmat dengan Perkhidmatan Polis Negara selama 32 tahun dengan memegang pelbagai jawatan. Tahun 1974-1975 adalah tahun kedua pemberontakan komunis di Malaysia selepas 1958-1960.Tugu Negara turut diletupkan. Perang Vietnam antara Amerika Syarikat dan Vietnam dimenangi oleh gerila Vietnam. [1]Pembunuhan itu atas arahan Chin Peng dari Parti Komunis Malaya.[2] Bagaimanapun Karpal Singh meminta penjelasan lanjut misteri pembunuhan itu sebab tiada bukti yang jelas.[3]



Tan Sri Profesor Emeritus Dato’ Pendita (Dr) Haji Ismail Hussein 
Dato’ Pendita (Dr) Haji Ismail Hussein
                                   
Ketua Satu GAPENA –  Tan Sri Profesor Emeritus Dato’ Pendita (Dr) Haji Ismail Hussein dilahirkan di Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah pada 30 Januari 1032. Bapanya pedagang kecil, abangnya Abdullah menjadi pengarang yang diangkat sebagai Sasterawan Negara, manakala adiknya Dato’ Ibrahim mengembang sebagai pelukis antarabangsa.

 Dari sejak kecil tatkala membesar di kampung terpencil beliau mulai sedar akan keluasan dunia Melayu, dengan ingatan terhadap keluarga sebelah bapanya di Aceh, manakala keluarga ibunya yang bermastautin di Selatan Burma selalu kembali mengunjungi keluarga di Kedah. Beliau telahpun mendirikan rumahtangganya dengan Puan Sri Rogayah Abdul Rashid pada tahun 1964 dan telah dikurniai empat orang cahaya mata.

 Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Sungai Limau Dalam, kemudiannya di Sekolah St Michael, Alor Setar, Kedah sebelum berpindah ke Maktab Sultan Abdul Hamid. Pada tahun 1955 Universiti Malaya telah menerima beliau untuk mengikuti jurusan Pengajian Melayu dan mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama pada tahun 1959 dan Ijazah Sarjana pada tahun 1961. Sejurus tamat pengajian beliau melanjutkan pengajian di Universiti Leiden hingga tahun 1964.

 Beliau menjadi pensyarah di Universiti Malaya sejak 1960 dan telah dilantik sebagai Profesor Kesusasteraan Melayu pada tahun 1971. Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial dan kemudiannya sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu dari tahun 1978 hingga 1984. Pada tahun 1987 beliau telah menjadi Pengarah Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia dan berkhidmat di sana hingga 1993.

 Beliau dilantik menjadi Ketua Satu GAPENA sejak ditubuhkan lagi pada 23 Oktober 1970 dan memegang jawatan itu hingga kini. Pada tahun 1965 beliau telah menjadi ahli kemudian sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka dan berkhidmat di situ hampir 30 tahun. Antara lembaga yang dianggotainya ialah Panel Anugerah Sastera Negara, Majlis Penasihat Kebangsaan Berkenaan Kebudayaan, Majlis Buku Malaysia, Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan, Jawatankuasa Penasihat Pusat Manuskrip Melayu. Melalui GAPENA pencapaiannya yang ketara ialah menggerakkan hubungan serta kerjasama masyarakat dan kelompok Melayu antarabangsa. Terpenting ialah pertemuan serta simposium kebudayaan Melayu yang diselenggarakan di Sri Lanka, Vietnam, Yunnan-China, Cape Town-Afrika Selatan, Mindanao-Filipina, Madagaskar, Bangkok-Thailand, dan Tanah Suci (Mekah dan Madinah). Kemuncak daripada usaha itu ialah penyelenggaraan Simposium Jaringan Melayu Antarabangsa dan Simposium Melayu Sedunia di Shah Alam pada tahun 1996, susulan daripada itu ditubuhkan Yayasan Sekretariat Melayu Antarabangsa dan beliau telah dilantik menjadi Pengarah Eksekutif. Pada tahun 2001 disusuli pula dengan Persidangan Dunia Melayu di PWTC-Kuala Lumpur. kegiatan asas GAPENA memang tertumpu kepada pembinaan bahasa dan sastera Melayu di Malaysia dan di rantau, terutama melalui Pertemuan Sasterawan Nusantara yang dianggotai oleh Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Beliau dilantik sebagai Setiausaha kepada Majlis Sasterawan Nusnatara yang menyelenggarakan Pertemuan tersebut.

 Semasa alam persekolahan lagi beliau telah menunjukkan minat dalam kebudayaan, terutama penulisan dengan menjadi editor untuk majalah sekolah dan majalah bahasa keluaran Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya semasa menuntut di universiti. Antara bibliografi beliau ialah Kepimpinan dalam Kebudayaan (1984); Cita-Cita dan Perjuangan (1987); Segugus Pandangan dan Harapan (1988); Antara Politik dan Sastera (1989); Statements on Malay Language and Literature (1989); Melayu Akhbar (1989); Tamadun Melayu (1989); Antara Dunia Melayu dan Dunia Kebangsaan (1990); Jejak Langkah Ismail Hussein (1993); Kumpulan Makalah Memperingati Persaraan Ismail Hussein (1994); Pengajian Melayu di Dunia Melayu (1994); Dunia Melayu dan Dunia Indonesia (1995) dan Bahasa Melayu di Dunia Melayu (1995).

 Tan Sri Profesor Emeritus Dato’ Pendita (Dr) Haji Ismail Hussein telah dianugerahkan Darjah Setia Diraja Kedah oleh KDYMM Sultan Kedah Darul Aman pada tahun 1980. Sementara Ijazah Kehormat Doctor Honoris Causa oleh Universitas Indonesia pada tahun 1984. Gelaran Pendita oleh Simposium Dunia Melayu 1985 di Sri Lanka pada tahun 1985 dan darjah Panglima Setia Mahkota oleh DYMM Yang di Pertua Agong pada tahun 1993. Dalam tahun 1997 Universiti Madagaskar menganugerahkannya Doctor Honoris Causa. Dan terbaru anugerah Prof Emeritus pada tahun 1997 oleh Universiti Malaya. Anugerah lain yang diterimanya ialah bintang Datok Dharma Wangsa dari Istana Maimoon Medan dan gelar Linggom Banua Melayu dari masyarakat Harahap Padangsidempuan. Dan terakhir gelar Seri Wira Cendekia Mulia Kedah darul Aman dari DYMM Sultan Kedah pada tahun 2002.

 Dokumen-dokumen peribadinya terutama yang berhubungan dengan kegiatan Dunia Melayu tersimpan dalam Koleksi Khas di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Alor Setar.

INI YANG ORANG SUNGAI LIMAU NAK.......



AMUKANMELAYU - Sg. Limau tiada pun pokok limau, tp orang di sini semuanya TAHAN dengan MASAMnya limau. Pembangunan? Jangan cakap dengan mereka ertti PEMBANGUNAN, Sungai Limau kene buat apa yang Mukhriz buat. Hanya itu jawapannya.