,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday, 14 October 2013

KOKOK Liew Chin Tong (Pengarah Pendidikan Politik DAP) BERDEGAR - DEGAR TAPI PUNGKOK CALIT PAKAI KERTAS


Pemimpin DAP Kritik Sistem " Electoral College" Pemilihan UMNO 2013

Kemenangan mudah buat penyandang kerusi Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Wanita UMNO mempertahankan semula jawatan menimbulkan kritikan jahat daripada seorang pemimpin DAP. Beliau mengkritik dengan mengatakan bahawa sistem pemilihan baru yang dilaksanakan oleh UMNO dengan melibatkan lebih ramai ahli untuk memilih pucuk pimpinan tidak mencerminkan sistem "Electoral College" yang diwar-warkan UMNO.
 "KOKOKNYA BERDEGO-DEGO" ekoq penuh TAHI
Katanya,ia tidak melibatkan semua ahli dan hanya perwakilan yang dipilih sahaja yang dibenarkan untuk mengundi.Nampaknya,Liew Chin Tong Pengarah Pendidikan Politik DAP ini masih tidak faham apa itu "Electoral College" yang digunakan oleh UMNO dalam pemilihan kali ini.Biar KP jelaskan buat semua pembaca apa itu sistem "Electoral College".
Sistem ini merupakan sistem yang menggabungkan sistem pemilihan dari Amerika Syarikat dan United Kingdom.Sistem ini akan melibatkan 146,500 ahli yang akan memilih pucuk pimpinan parti dalam UMNO.
Kali ini satu bahagian ada satu undi. Misalnya, A dan B bertanding jawatan presiden, A menang maka A peroleh 1 undi Jika terdapat dua calon memperolehi jumlah undi sama, keputusan bergantung kepada undi daripada setiap 191 bahagian seluruh negara.

 Ini mencerminkan proses pemilihan yang lebih demokratik dan inklusif apabila melibatkan lebih ramai ahli terlibat dalam proses pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti.

Jika sebelum ini hanya 13 wakil daripada setiap bahagian memilih anggota Majlis Tertinggi, tetapi kali ini ahli di peringkat bahagian juga boleh memilih calon mereka

 Ini adalah kaedah dan peraturan baharu yang  dilaksanakan pada pemilihan kali ini selepas pindaan perlembagaan parti diluluskan pada 2009. Membuktikan keterbukaan dan UMNO sedia melakukan perubahan supaya ia terus kekal relevan dan perkasa berdasarkan landskap politik yang kian mencabar.





Jadi,sepatutnya pemimpin DAP ini membuat selidikan terlebih dahulu terhadap sistem yang dilaksanakan oleh UMNO sebelum membuat sebarang kritikan.Dalam DAP sendiri pun yang kononnya dikatakan telus dan demokrasi, banyak ahli dan perwakilan DAP merungut tidak diberi surat dan dijemput menghadiri AGM DAP untuk pemilihan parti.Jadi ,sebelum DAP nak mengkritik UMNO,lebih baik DAP selesaikan masalah pemilihan semula DAP dikatakan wujud pengundi hantu dan penipuan semasa proses pemilihan semula dan berhenti mengeluarkan kenyataan jahat terhadap pendaftar pertubuhan (ROS) sebagai anjing UMNO.

Lihatlah kenyataan di bawah ini DAP menjadikan Ahli-ahlinya se umpama "ANJING PELIHARAAN" mereka.


Pemilihan semula CEC DAP Menipu - Zulkifli


Sebastian Phiu: Cina Penipu!

GEORGETOWN: Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor mendakwa pemilihan semula parti itu yang berlangsung Ahad lalu dicemari taktik politik kotor dan unsur negatif yang bercanggah dengan prinsip demokrasi.

Ketua Jawatankuasa Perhubungan Parlimen Bayan Baru DAP berkata, keputuan pemilihan itu sebenarnya telah dirancang awal oleh kem yang berkait rapat dengan Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng.

Katanya, surat Lim Guan Eng yang dihantar kepada perwakilan beberapa hari sebelum pemilihan adalah satu tipu muslihat kempen beliau untuk memastikan “status quo” dikekalkan.

Beliau mendakwa terdapatnya satu senarai calon pilihan yang diedarkan oleh Guan Eng kepada perwakilan ketika proses pengundian berlangsung.

“Saya menyedari akan kalah kerana nama saya dan calon-calon Melayu tiada dalam menu calon pilihan Lim Guan Eng,” kata beliau dalam satu sidang media di sini hari ini.

Zulkifli tewas dalam pemilihan semula itu pada 29 September lalu.

Beberapa hari sebelum pemilihan, beliau mengumumkan hasrat untuk menjadi pengerusi DAP sekiranya pengerusi sekarang Karpal Singh ingin memberi laluan.

Beliau turut mempersoalkan mengapa jawatankuasa pengelola hanya mengedarkan senarai perwakilan kepada calon yang bertanding sehari atau dua hari sebelum pemilihan. Zulkifli mendakwa hanya menerima senarai yang tak lengkap dengan alamat atau nombor telefon perwakilan, dua hari sebelum pemilihan semula diadakan.

Beliau juga mempersoalkan dakwat kekal yang digunakan ketika pemilihan yang dikatakan boleh bertahan selama tiga atau empat jam, tetapi boleh dipadamkan serta-merta dengan kertas tisu dalam masa tiga atau empat minit sahaja.

Katanya, penggunaan dakwat kekal tidak termaktub dalam perlembagaan DAP dan tiada arahan dikeluarkan kerana Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tidak wujud ketika itu.

Zulkifli juga mendakwa ramai muka baru di kalangan perwakilan yang langsung beliau tidak kenali atau melihat ketika pemilihan parti pada 15 Disember 2012.

“Mereka ini mengunjungi ketika Kongres Khas. Kehadiran mereka menimbulkan keraguan munasabah yang perlu diberi penjelasan sewajar oleh pucuk pimpinan parti,” ujar beliau.

Pemilihan semula pada tempoh hari diadakan selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan pemilihan tahun lalu yang dikatakan dicemari pelbagai kesilapan.

Ketika proses pengundian Ahad lalu, Zulkifli mendakwa beliau terlihat peti-peti undi tidak ditutup rapat dan dibiarkan renggang ketika proses pembuangan undi.

Zulkifli serta perwakilan lain juga terkejut apabila beberapa pemerhati yang dijemput bebas keluar masuk dalam dewan sewenang-wenangnya ketika pembuangan undi berlangsung. - Antara Pos
 
 
AMUKANMELAYU - Dah lama duk perhatikan CINA NI DEPA DUK PERASAN BAGUS SANGAT, tapi sebenarnya mereka adalah melebihi perangai MELAYU yang BODOH SOMBONG.