,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday, 28 October 2013

MAZIDUL AKMAL SIDIK MEMBONGKAR Pegawai Bank di Tembak Kejam


PENGAWAL TEMBAK PEGAWAI BANK WARGA INDONESIA GUNA KAD PENGENALAN PALSU 

 OLAK LEMPIT - ISNIN 23 Zulhijjah 1434 = 28hb Oktober 2013, Bunuh...bunuh...bunuh....pembunuhan demi pembunuhan seakan tidak ada hentinya. Sejak OPS CANTAS rasanya seakan aman sedikit dan rasa selamat, tapi kini mula pula dengan "Orang Yang Kita Percaya" membunuh dengan kejam. Apakah dengan Kawalan Ketat PDRM di luar sana membuatkan "PENJENAYAH" berehat santai di "DALAM" dan mencuri peluang dengan "KURANGNYA LAWATAN" Polis ke Bank dan tiada lagi BUKU LOG Bank yang perlu di tandatangan. Amukanmelayu menaruh penuh kepercayaan kepada PDRM yang PENJENAYAH ini akan di bawa ke muka Pengadilan. HUKUM BALAS, Nyawa di balas nyawa.

Al-Fatihah di sedekahkan kepada Al-Marhumah Norazitat bt Abu Talib dan takziah pada keluarganya.
 
Pegawai bank mati ditembak pengawal



SUBANG JAYA – Pengawal keselamatan yang menembak mati seorang pegawai bank dipercayai merupakan warga asing. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar mengesahkan bahawa suspek menggunakan kad pengenalan palsu. “Laporan awal mendedahkan bahawa suspek mungkin warga Indonesia,” katanya ketika dihubungi pada Khamis. Beliau menambah, dua lelaki dan seorang wanita yang dipercayai rakan kepada suspek telah ditahan bagi membantu siasatan Abdul Rahim menafikan spekulasi bahawa suspek telah ditahan.
“Kami percaya dia masih di Selangor,” katanya.
Tambahnya, beberapa jam selepas kes rompakan itu, khabar angin menerusi SMS tersebar mengenai suspek ditahan ketika cuba untuk menaiki pesawat di lapangan terbang di sini. “Itu tidak benar… orang ramai jangan percaya terhadap maklumat palsu yang tersebar,” katanya.
Beliau menambah, polis turut menyiasat syarikat keselamatan yang mengambil pengawal keselamatan yang memiliki MyKad palsu. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua berkata, satu pasukan petugas telah ditubuhkan berikutan kejadian rompakan itu yang berlaku pada Rabu. Beliau menambah, maklumat mengenai kad pengenalan palsu itu menunjukkan nama Ardi Hamza (770818-12-6721) dari Tawau, Sabah. “Pihak bank belum lagi memaklumkan kepada polis mengenai berapa banyak wang yang telah dirompak dalam kejadian itu,” katanya. Sementara itu, bank di mana kejadian rompakan dan bunuh itu berlaku telah ditutup sehingga Isnin depan bagi memudahkan siasatan dijalankan.

ADAKAH (PEMBUNUH) ARDI HAMZA ITU ARDI ODE PUTRA KATELA?

Saya menerima informasi menarik dihantar oleh pembaca blog. 

Nama lelaki di atas, Ardi Ode Putra Katela.


Manakala nama pembunuh pegawai operasi Ambank, Ardi Hamza, 37 tahun dan kad pengenalan lelaki berasal dari Sulawesi, Indonesia itu dipercayai palsu.

Adakah 2 gambar di atas lelaki sama?


Berikut status facebook lelaki di atas, pada 21 Oktober, 2 hari sebelum kejadian bunuh berlaku di Subang Jaya, Selangor.


Sehingga ke hari ini, tiada sebarang kemaskini status terbaru. 

Melalui maklumat dikongsikan di dua laman sosialnya, dia berasal dari Wakante, Barangka, Sulawesi Tenggara, Indonesia.

Baca perbualannya bersama Aisah Ajha, di bawah.




Berikut data mengenai dirinya dipaparkan di facebook.


SPM English School?

Klik di sini dan di sini untuk melawati facebook lelaki terbabit.