,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday, 29 October 2013

MUNAFIK - ADA BERAPA SIFAT MUNAFIK PADA AKU, ENGKAU, PAS DAN UMNO


32 SIFAT MUNAFIK - Ada berapa sifat pada Aku, Engkau, PAS dan UMNO?

OLAK LEMPIT - SELASA 24 Zulhijjah 1434 = 29hb Oktober 2013,Menjelang Pilihanraya Kecil Sg. Limau ini, bermacam-macam perkara yang timbul. Fitnah semakin bermaharajalela dan semacam tiada dosanya pada mereka yang membawanya. Penulis sendiri pun terjebak sama dalam hal penyebaran fitnah ini. Hanya mohon pada allah di ampunkan dosa penulis.

Setiap apa yang penulis cuba bawakan adalah untuk menjelaskan satu-satu masalah dan perkara yang Penulis nampak perlu di beri pencerahan. Hampir 98% pengundi di Sg. Limau adalah Islamelayu dan sebahagian darinya dengan AMAT BERTERUS TERANG mengaku mereka adalah Penyokong kepada Parti Islam tapi dalam masa yang sama mereka langsung tidak menampakan Ciri-ciri Islam dalam kehidupan Politiknya.
Ulamak mula di ketepikan oleh PAS

Sementara yang satu lagi di Panggil Osabiah kerana memperjuangkan KEBANGSAAN, tapi masih mengekalkan ciri-ciri Islam. Memperjuangkan Ugamanya dan dalam masa yang sama memperjuangkan agenda bangsanya. Sementara yang mengaku memperjuangkan Islam tapi dalam masa yang sama menolak ULAMAK. Ini amat menghairankan penulis. Apakah ini adalah ciri-ciri orang munafik seperti yang di katakan oleh Junjungan Besar RASULLULLAH? Perhatikan SIFAT_SIFAT ORANG MUNAFIK di bawah ini:

Ciri-ciri Atau Sifat-sifat Orang Munafik !


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Memang kita selalu dengar perkataan MUNAFIK itu dan pernah tak kita tanya apakah ciri-cirinya. Oleh itu saya ingin kongsikan di sini:

Mungkin kita selalu mendengar perkataan munafik di dalam kehidupan kita sehari-hari. Pada kita ia perkara biasa dan tak ade apa pun.Namun sebenarnya munafik itu adalah suatu sifat yang amat buruk dan mencelakan.

Apakah kita termasuk orang yang munafik?

Mungkin kita dengan tegas mengatakan kita adalah bukan orang munafik kerana kurangnya kefahaman kita mengenai apa itu sifat munafik yang sebenarnya.

Hadis Nabi Muhammad SAW menjelaskan tanda-tanda orang munafik :

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya”.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


Ciri-Ciri / Sifat-Sifat Munafik :

1. Apabila berkata maka dia akan berkata bohong / dusta.

2. Jika membuat suatu janji atau kesepakatan dia akan mengingkari janjinya.
3. Bila diberi kepercayaan / amanah maka dia akan mengkhianatinya.



1. Apabila berkata maka dia akan berkata bohong / dusta.

2. Jika membuat suatu janji atau kesepakatan dia akan mengingkari janjinya.


3. Bila diberi kepercayaan / amanah maka dia akan mengkhianatinya.
 


Untuk disebut sebagai orang munafik sejati sepertinya harus memenuhi semua ketiga syarat di atas iaitu pembohong, pengkhianat dan pemungkir janji. Jika baru satu atau dua ciri saja mungkin belum menjadi munafik tapi sudah ada ciri-ciri munafik dalam dirinya.

1. Berbohong / Dusta

Bohong adalah mengatakan sesuatu yang tidak benar kepada orang lain. Jadi apabila seseorang itu tidak jujur kepada orang lain maka dia boleh menjadi orang yang munafik. Contoh bohong seseorang mengatakan dia ada di pejabat untuk menerima temu janji tetapi apabila orang yang di berhajat berjumpa dengannya dia menghilangkan diri. Dia berbohong dan memberi alasan yang tidak benar.

2. Mungkir dan Ingkar Janji

Seseorang terkadang suka membuat suatu perjanjian atau kesepakatan dengan orang lain. Apabila orang itu tidak mengikuti janji yang telah disepakati maka orang itu telah ingkar janji. Contohnya seorang majikan berjanji hendak membayar gaji pekerjanya tetapi bila sampai masa dia mungkir janji dengan alasan yang direka-reka. Sifat seperti ini sungguh buruk lebih-lebih lagi dia menunjukkan akhlak yang tidak baik kepada orang-orang dibawahnya. Sifat buruk ini menjadi umpatan orang lain dibelakangnya. Apabila sifat mungkir janji ini dilakukan berulang-ulang menyebabkan kepercayaan orang lain kepadanya sudah hilang.

3. Berkhianat/ Tidak Amanah

Khianat mungkin yang paling berat kelasnya dibandingkan dengan sifat suka bohong dan suka ingkar janji. Contohnya seorang yang di amanahkan menjaga harta tapi beliau menggunakan harta itu untuk kepentingan dirinya sendiri atau seseorang yang menaruh kepercayaan padanya seperti untuk menguruskan Pemergian ke Tanah Suci sama ada untuk Umrah atau Mengerjakan Haji. Sebaliknya dia melesapkan wang yang di amahkan kepadanya. Hidup orang yang tidak amanah ini tidak akan berkat dan dia akan mendapat balasan kerana sifat pecah amanah yang dilakukannya.

Di Bawah terdapat tambahan 32 sifat-sifat orang munafik yang boleh wujud pada diri seseorang dan membuatkan dia menjadi munafik tulin  secara tak sedar. Bacalah dan semaklah samada sifat-sifat itu ada pada diri kalian. Jika ada usahalah untuk memperbaiki.

32 Sifat munafik yang wujud dalam perbuatan dan hati manusia :

Sifat Yang Ke-1 : Dusta

Sifat Yang Ke-2 : Khianat

Sifat Yang Ke-3 : Fujur dan lemah imannya

Sifat Yang Ke-4 : Suka mungkir janji bila berjanji

Sifat Yang Ke-5 : Malas beribadah

Sifat Yang Ke-6 : Riya

Sifat Yang Ke-7 : Sedikit berzikir

Sifat Yang Ke-8 : Mempercepat solat (malas ketika solat)

Sifat Yang Ke-9 : Mencela orang-orang yang taat dan soleh

Sifat Yang Ke-10 : Memperolok-olokkan Al-Quran, As-Sunnah Rasulullah SAW

Sifat Yang Ke-11 : Bersumpah palsu

Sifat Yang Ke-12 : Tidak mahu berinfaq dan bersedekah

Sifat Yang Ke-13 : Tidak mempunyai sikap prihatin terhadap nasib kaum muslimin

Sifat Yang Ke-14 : Suka menyebarkan berita fitnah

Sifat Yang Ke-15 : Mengingkari takdir (tidak reda qadak dan qadar)

Sifat Yang Ke-16 : Mencaci maki kehormatan orang-orang soleh

Sifat Yang Ke-17 : Sering meninggalkan solat berjamaah

Sifat Yang Ke-18 : Membuat kerosakan di muka bumi dengan alasan mengadakan perbaikan

Sifat Yang Ke-19 : Tidak ada kesesuaian antara amal zahir dengan batin

Sifat Yang Ke-20 : Suka mengeluh dan tidak reda terhadap ujian Allah SWT

Sifat Yang Ke-21 : Suka membuat alasan dengan berdusta.

Sifat Yang Ke-22 : Menyuruh perbuatan mungkar dan mencegah amal makruf

Sifat Yang Ke-23 : Bakhil harta yang dimilikinya.

Sifat Yang Ke-24 : Lupa kepada Allah SWT

Sifat Yang Ke-25 : Mendustakan janji Allah dan Rasul-Nya

Sifat Yang Ke-26 : Lebih mengutamakan zahir dan mengabaikan batin

Sifat Yang Ke-27 : Sombong dalam berbicara dan suka menegakkan kebatilan.

Sifat Yang Ke-28 : Tidak memahami Islam (Ad Din) sebagai satu cara hidup.

Sifat Yang Ke-29 : Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah SWT dengan dosa

Sifat Yang Ke-30 : Bergembira dengan musibah yang menimpa orang-orang mukmin dan dengki terhadap kebahagiaan mereka.

Sifat Yang Ke-31 : Suka mengungkit-ungkit pemberiannya kepada orang lain (buruk siku)

Sifat Yang Ke-31 : Suka maki hamun dan melaknat orang mukmin.(melampaui batas dalam berhujah)

Sifat Yang Ke-32 : Suka bertindak merampas hak orang lain

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita jauhi tiga sifat munafik yang dinyatakan oleh Nabi SAW iaitu  apabila berkata-kata ia berdusta, apabila berjanji ia mengingkari dan apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya. Selain daripada tiga sifat ini terdapat 32 lagi sifat-sifat munafik yang menjelaskan lagi ciri-ciri munafik tulin yang terdapat ramai dikalangan masyarakat kita.

Semoga kita muhasabah sifat-sifat di atas agar kita boleh perbaiki kelemahan kita dan menjadi hamba Allah yang beriman, bertakwa dan taat dan patuh segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Wallahualam.




AMUKANMELAYU - Semua GAMBAR di atas hanyalah kebetulan dengan apa yang ada dari sifat MUNAFIK. Amukanmelayu hanya berpesan kepada Amukanmelayu sendiri ini kerana telinga Amukanmelayu paling hampir dengan mulut Amukanmelayu. Ini sudah semestinyalah Amukanmelayu yang lebih dahulu mendengar sebelum saudara mendengarnya.