,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday 26 October 2013

NIK AZIZ MULA TERASA DIRINYA SUDAH MULA DI LUPAKAN OLEH PAS


OLAK LEMPIT - Sabtu 21 Zulhijjah 1434 = 26hb Oktober 2013, Amukanmelayu amat menyanjung Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat. Dalam sungguh ilmunya. Tapi dalam bab Politik, Amukanmelayu suka dengan pandangannya dan sering pandangannya BERBEZA dengan pandangan Amukanmelayu. Setiap kali ada perhimpunan besar dan bukannya KULIAH UGAMA, Nik Aziz mesti MEMBANTAI UMNO.

Sudah menjadi lazim ucapannya akan MEMBELASAH UMNO secukupnya. Tapi lama-kelamaan Orang mula menyampah kalu kita membelasah berterusan MANGSA yang "Lemah". Seringkali UMNO tidak akan menjawab balik segala apa juga pandangan BURUK Nik Aziz terhadap UMNO.

Kini.....apa-apa pandangan Nik Aziz terhadap UMNO mula menampakkan yang kata-kata Nik Aziz di anggap UCAPAN se orang tua yang MERAPU. Ucapan Tun M yang masih berbisa di pentas dunia pun sudah di anggap NYANYUK oleh Penyokong PK, apalah ada dengan ucapan Nik Aziz yang sudah nampak kata-katanya bukan lagi kata-kata keramat. Gambar-gambarnya juga sudah tidak di jadikan modal Kempen Pilihan Raya. Kalau dulu PRK seperti ini akan bergantungan gambar-gambar Nil Aziz, tapi kini semunya berbeza. Pandangan Amukanmelayu.....Nik Aziz sudah mula di lupakan seperti mana orang melupakan Dr. Burhanuddin Al-Helmi

Dr. Burhanuddin Al-Helmi

NIK AZIZ MEMBELASAH UMNO ATAU MAT SABU? - KATANYA "UMNO DENGAN KOMUNIS SAMA" 


Agak mengejutkan apabila Nik Aziz menyamakan UMNO dengan Komunis dalam usahanya untuk memburukkan UMNO.Alasan Nik Aziz,UMNO membuat pembangunan dan pemerintahan komunis juga membuat pembangunan untuk rakyatnya.Oleh itu,beliau mengakui ada perkara baik yang dibuat oleh UMNO tetapi,selagi masih ada lagi perkara yang tidak baik yang dilakukan UMNO maka samalah saja dengan komunis.saya bukan terkejut dengan hujah merapu Nik Aziz itu,saya cuma terkejut kerana beliau meletakkan perbandingan UMNO dengan komunis bagi menunjukkan keburukan UMNO.Walhal,parti PAS turut membela komunis melalui Naib Presidennya Mat Sabu.Siapa yang dapat melupakan bagaimana bersungguh-sungguhnya Mat Sabu membela Mat Indera.
 
 

Ucapan Mat Sabu di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos 2011, Beliau berkata :
".....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya Mat Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu (orang) UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indra ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong..."

Tatkala Mat Sabu membela komunis,Nik Aziz tidak pula membantah maka tidak salah jika dikatakan bahawa Nik Aziz tidak punya masalah dengan cara pemerintahan komunis. Nik Aziz juga mungkin perlu berhati-hati bila bercakap tentang komunis kerana ia mampu menyinggung DAP. 
Isu Komunis - Dr Mahathir Sokong Tindakan Mat Sabu!
 

Di dalam satu laporan akhbar, seorang penganalisis politik, Dr. Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas),Dr. Jeniri telah menyarankan Mat Sabu supaya membaca semula sejarah tragedi Bukit Kepong atau setidak-tidaknya meminta anaknya memperdengarkannya di telinga.
Memetik sebahagian sejarah pertempuran itu, kata Dr. Jeniri:

"Dalam detik terakhir pertempuran hebat disertai gerombolan 180 pengganas di balai polis yang diperbuat dari kayu di tebing Sungai Muar itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak polis terbakar hangus dalam berek kelamin.

Pada ketika itu hanya tiga orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka.

Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong di sebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

"Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur ke dalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian.

"Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api".

"Antaranya termasuk Hassan Abu Bakar, anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup ke dalam api. Seramai 14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang."
 
Kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa satu program wacana pemikiran di Ayer Keroh, Melaka .

"Biar dia (Mat Sabu) cakap banyak, kita baru tahu lubuk hati dia yang sebenar. Kalau dia tidak cakap, kita tak tahu siapa di belakang dia. Sekarang ini kita tahu, mereka sebenarnya adalah penyokong komunis dan pengganas".

"Sebab itu, saya ingat tak perlulah tangkap dia (Mat Sabu ini), beri dia cakap banyak-banyak supaya kita akan tahu jenis orang di belakangnya. Ini rakyat harus tahu kerana kalau tidak, mereka terus tertipu sepanjang masa," kata Dr. Mahathir -
AMUKANMELAYU
.
Sokongan hatta sanjungan DAP terhadap komunis bukan rahsia malah ia merupakan satu perjuangan yang tiada penghujungnya. Begitu hebat sanjungan DAP terhadap komunis sehinggakan mereka sanggup mencuba sedaya upaya untuk membawa balik abu mayat Chin Peng ke Malaysia untuk diberi penghormatan taraf wira. Bukan Nik Aziz tidak tahu bahawa dalam DAP membela komunis,terdapat penyokon-penyokong PAS yang turut serta. Di laman-laman sosial mereka bertanya,kenapa harus marah kepada komunis yang hanya ‘memerintah’ selama 2 minggu tetapi tidak menunjukkan tahap kemarahan yang sama pada British atau Jepun yang menjajah bertahun-tahun ??? 
Untuk pengetahuan penyokong PAS,kami marah kepada komunis sehingga ke hari ini kerana mereka cuba mengubah sejarah manakala British,Jepun,Portugis mahupun Belanda yang pernah menjajah negara ini tidak mengambil sikap biadap dan hipokrit untuk menutup atau menafikan kekejaman dan ketamakan nenek moyang mereka dahulu.kami marah kepada komunis kerana mereka masih lagi cuba menjajah Malaysia,secara kurang ajar,mencabar dan memperlekeh orang-orang Melayu dengan menggunakan nama DAP.
 
Mereka sanggup membawa sejarah palsu ke layar filem semata-mata untuk membasuh minda generasi muda.Tindakan ini bukan sahaja biadap,tetapi merbahaya.Namun,jelas sekali,orang-orang PAS tidak marah pada komunis kerana komunis menentang kerajaan.Bagi PAS,komunis itu adalah sahabat yang sama-sama berjuang untuk merampas Putrajaya.Justeru,jika komunis begitu baik,kenapa pula Nik Aziz memandang komunis sebagai ‘sama jahat dengan UMNO’ ??? Jika sama-sama jahat,kenapa PAS boleh berpakat-pakat dengan komunis,tetapi tidak dengan UMNO ??? 
 
 Harap Nik Aziz jangan cuba berdalih konon DAP itu bukan komunis.DAP tidak pernah menafikan yang mereka menyokong dan menyanjung komunis.Begitu juga dengan Naib Presiden PAS.Oleh itu,mungkin Nik Aziz wajar mengadap Lim Kit Siang dan menerangkan pendiriannya iaitu apakah komunis itu jahat seperti UMNO atau wira yang perlu disanjung ??? Selain itu,saya juga ingin bertanya Nik Aziz,jika kerajaan yang membuat pembangunan tetapi tidak baik seratus-peratus perlu ditentang,maka bagaimana pula kerajaan yang tidak membuat pembangunan langsung seperti kerajaan PAS Kelantan ??? Apakah ia perlu disokong ???
 
 
AMUKANMELAYU - Resah dengan "PERKELAHIAN" berterusan PEMIMPIN ISLAMELAYU, kerana sejarah telah menyatakan hampir kesemua WILAYAH MELAYU yang jatuh kepada KAFIRUN adalah di sebabkan SENGKETA sesama kita. Adakah UMNO merana setelah PAS jatuh kedalam pelukan DAP? Atau PAS yang GILA TALAK terasa MALU sendiri kerana PELAWAAN UMNO untuk BERBAIK-BAIK di tolak mentah-mentah oleh Nik Aziz. Kenapa Nik Aziz berdendam dengan UMNO?