,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday, 31 October 2013

PAK GUARD ASING - HARAPKAN PEGAR-PEGAR MAKAN PADI, KENAPA ZAHID DI BIARKAN SENDIRIAN UNTUK MENGHADAPI SEMUA INI?



OLAK LEMPIT, Khamis 26 Zulhijjah 1434 = 31hb Oktober 2013 - Tak habis lagi dengan kisah Pak Guard. Bermula dengan kes di Subang Airport dan kini melarat hingga ke rompakan Bank dan kini rompakan Kedai Emas pula. Kisah di Subang mungkin ada hikmah disebalik kisah Pak Guard dengan bini pemain bola sepak yang mendapat kutukan dan kecaman hebat dari pelbagai pihak tu, rakyat Malaysia boleh kata majoriti bersatu hati menyatakan sokongan kepada pakcik Azman tanpa mengira fahaman politik, agama dan kaum. Semua 'duduk' atas satu platform. Ini lah penyatuan hati yang sebenar. Massive respect to all Malaysian !
PAK GUARD - Glemournya hilang kerana Kekejaman yg lain
 Kisah itu juga membuka mata ramai pihak akan penindasan yang dilakukan oleh mereka yang mempunyai pangkat, harta dan nama terhadap golongan miskin yang tidak punya apa-apa. Allah membuka pandangan mata dan hati kita melalui satu video klip yang telah meragut jutaan perasaan dan jiwa rakyat Malaysia yang pastinya tak akan membenarkan penindasan seumpama itu berlaku. Ramai yang menyebelahi pakcik Azman, siap ada lawyer yang ingin memberi khidmat percuma lagi kepada beliau. Ini menunjukkan kemahsyuran dan keglemeran tidak mampu membeli hati rakyat Malaysia yang tahu menilai apa yang benar, apa yang salah.

Last, InsyaAllah lepas ni mungkin golongan yang suka berlagak seperti diva of the year atau prince and princess tak kena tempat tu akan berfikir 2,3 kali kalau nak buat hal jika mereka mengambil iktibar kisah pakcik Azman tu. Kalau nak glemer sekelip mata, cuba lah. Zaman sekarang semua orang dah standby dengan henfon siap-siap. Oh ye pakcik Azman lagi glemer sekarang mengalahkan bini Mat Yo..hehe. Semua orang nak bergambar dengan beliau bukan stakat orang biasa bahkan artis pon ada. Bini mat yo pon glemer juga cuma glemer ke arah negatif. Namanya disebut-sebut kerana benda yang tak molek. Tapi bagaimana pula dengan yang di bawah ni?

Pengawal Keselamatan Bersenjata Api Merompak Lagi, Kedai Emas Pula Jadi Sasaran

Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah
KEDAI EMAS PULA JADI SASARAN PAK GUARD
kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak pada Khamis.

Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan insiden berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan berkata tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.

Beliau berkata suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi kedai emas berkenaan.

Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank Norazita Abu Talib selepas dia membuka pintu bilik kebal sebuah bank di Subang Jaya.

Suspek berjaya melarikan diri dengan wang rompakan berjumlah RM450,000 daripada bilik kebal bank berkenaan.

Bagaimanapun, polis berjaya menemui semula wang bernilai RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek dan usaha mengesan pengawal keselamatan berkenaan masih giat dijalankan.

Suspek juga dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu dengan menggunakan alamat terakhir di Tawau, Sabah.- Mstar

Pegawai Bank di Tembak Kejam

PENGAWAL TEMBAK PEGAWAI BANK WARGA INDONESIA GUNA KAD PENGENALAN PALSU 

 Al-Fatihah di sedekahkan kepada Al-Marhumah Norazitat bt Abu Talib dan takziah pada keluarganya.
 
Pegawai bank mati ditembak pengawal


PAK GUARD yang menembak mati seorang pegawai bank dipercayai merupakan warga asing. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar mengesahkan bahawa suspek menggunakan kad pengenalan palsu. “Laporan awal mendedahkan bahawa suspek mungkin warga Indonesia,” katanya ketika dihubungi pada Khamis. Beliau menambah, dua lelaki dan seorang wanita yang dipercayai rakan kepada suspek telah ditahan bagi membantu siasatan Abdul Rahim menafikan spekulasi bahawa suspek telah ditahan.
“Kami percaya dia masih di Selangor,” katanya.
Tambahnya, beberapa jam selepas kes rompakan itu, khabar angin menerusi SMS tersebar mengenai suspek ditahan ketika cuba untuk menaiki pesawat di lapangan terbang di sini. “Itu tidak benar… orang ramai jangan percaya terhadap maklumat palsu yang tersebar,” katanya.

Beliau menambah, polis turut menyiasat syarikat keselamatan yang mengambil pengawal keselamatan yang memiliki MyKad palsu. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua berkata, satu pasukan petugas telah ditubuhkan berikutan kejadian rompakan itu yang berlaku pada Rabu. Beliau menambah, maklumat mengenai kad pengenalan palsu itu menunjukkan nama Ardi Hamza (770818-12-6721) dari Tawau, Sabah. “Pihak bank belum lagi memaklumkan kepada polis mengenai berapa banyak wang yang telah dirompak dalam kejadian itu,” katanya. Sementara itu, bank di mana kejadian rompakan dan bunuh itu berlaku telah ditutup sehingga Isnin depan bagi memudahkan siasatan dijalankan.
BILA 

JOEMAR OMAR? OSMAN SALLEH? WARGANEGARA INDONESIA PEMILIK MYKAD PASLU? DAN BEKERJA SEBAGAI ...


Nama tercatat di kad tanda nama, Osman BIN Salleh dan dipercayai bertugas sebagai pengawal keselamatan. 

Nombor MyKad  840713-12-5207. 

Angka 12 di tengah menunjukkan dia, kononnya berasal dari Sabah.

Melalui pemeriksaan maklumat, saya dimaklumkan oleh sumber berkredibiliti, nombor MyKad terbabit TIDAK wujud dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara.


Jika diteliti informasi dicatatkan di facebooknya, dia memiliki dua akaun bank. Untuk membuka akaun di institusi perbankan, setiap pelanggan warganegara Malaysia perlu menyerahkan MyKad kepada kakitangan bank untuk urusan pembukaan akaun.

Begitulah peraturannya.

Dokumen apakah digunakannya sewaktu membuka akaun bank?  Tentunya MyKad. Apakah status dokumen itu?


Namun peliknya, lelaki terbabit, warganegara INDONESIA, mendakwa berasal dari Den Pasar, Bali. 

Mengikut undang-undang di Malaysia, warganegara Indonesia TIDAK dibenarkan menjadi pengawal keselamatan. Apatah lagi diberikan akses kepada senjata api.


Klik di sini untuk melawati akaun facebook Joemar Omar.  Itu nama digunakannya. Jadi, siapakah Omar BIN Salleh? Warganegara Indonesia tidak menggunakan perkataan BIN.
Status laman sosialnya tidak dikemaskini sejak 23 Oktober, tarikh pegawai operasi Ambank ditembak mati di Subang Jaya, Selangor.

Barangkali satu kebetulan.

Bahasa digunakannya tatkala berkomunikasi di facebook juga sama dengan bahasa perhubungan pembunuh berasal dari Sulawesi, kini masih diburu oleh polis.

Saya telah menghubungi Jabatan Korporat Komunikasi Sapura dan memaklumkan kakitangan bertugas mengenai kes ini. Difahamkan, pengawal keselamatan bertugas di premis syarikat terbabit berada di bawah kendalian pemilik bangunan.