TAHNIAH TONY PUA, kerana anda tahu masa yang sesuai untuk MENAWAN TANAH MELAYU. Anda boleh gunakan mereka, ini kerana mereka ini adalah gulungan Melayu yang tiada JATI DIRI dan KURANG BERKEYAKINAN, mereka juga adalah Melayu yang boleh di suruh dan di pergunakan. Mereka bukanlah gulungan yang PINTAR dan berikan sedikit WANG mereka akan menjual keseluruhan diri mereka dan keluarga mereka malah Negara Mereka.......Tahniah.....................
GULA-GULA 1
KERAJAAN PR PULAU PINANG PIMPINAN LIM GUAN ENG BERI BANTUAN AIDIL FITRI MELEBEHI RM1.3JUTA KEPADA GURU-GURU KAFA,SAR,SRAR DAN TAHFIZ SELURUH NEGERI PULAU PINANG!!!
Tak habis-habislah Lim Guan Eng nak naikkan darah Pemuda UMNO, Perkasa, Pekida dan Jati.
Terbaru telah menyampaikan bantuan dan sumbangan Aidil Fitri kepada Guru-guru KAFA, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Rendah Agama Rakyat, dan guru Tahfiz seluruh negeri Pulau Pinang. Setiap Guru/Ustaz/Ustazah diwakili oleh wakil dari daerah masing-masing.
Peruntukkan dianggarkan melebihi RM1.3 juta di serahkan kepada wakil-wakil berkenaan dalam satu majlis berbuka puasa anjuran kerajaan Negeri Pulau Pinang semalam 1hb Ogos 2013 di Masjid Terapung Tanjung Bunga.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari.
Kalaulah berterusan begini perangai, telatah dan gelagat yang dipamirkan oleh kerajaan PR Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng, maka habislah modal Pemuda UMNO, Perkasa, Pekida dan Jati nak buat demo dengan menuduh Lim Guan Eng sebagai anti Islam dan menindas kaum Melayu di Pulau Pinang.
GULA-GULA 2
Guan Eng umum beri RM100 suri rumah sepenuh masa P.Pinang
SETIAP suri rumah sepenuh masa berusia di bawah 60 tahun yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri sekarang akan menerima sumbangan emas berjumlah RM100 tiap-tiap tahun bermula tahun depan.
Itu antara pengumuman Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri kali pertama, petang semalam.
"Sumbangan ini sebagai menghagai peranan yang dimainkan oleh wanita termasuk suri rumah sepenuh masa (dalam) melakukan perubahan di Pulau Pinang baru-baru ini.
"Semua suri rumah sepenuh masa di bawah umur 60 tahun yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri layak menerima sumbangan emas RM100 tiap-tiap tahun.
"Kita tak beri RM100 kepada suri rumah berusia 60 tahun (dan) ke atas kerana Kerajaan Negeri sudah memberi RM100 di bawah Program Sumbangan Warga Emas," ujar Guan Eng dalam majlis jamuan tengah hari Kerajaan Negeri di Komtar, di sini, semalam.
Timbalan Ketua Menteri I, Mohd. Rashid Hasnon, Prof. Dr. P.Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II), Exco-Exco Kerajaan Negeri, semua Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Pulau Pinang serta Ketua-Ketua Jabatan dalam Kerajaan Negeri turut hadir pada majlis keraian rasmi itu.
Guan Eng berkata, program sumbangan emas lain yang membabitkan warga emas, ibu tunggal, pelajar, orang kurang upaya (OKU) dan sebagainya yang dilaksanakan sejak lima tahun lepas akan diteruskan dalam penggal pentadbiran kali ini.
Dalam perkembangan lain, katanya, satu lagi pasukan sukarelawan yang dikenali sebagai 'Bridged Wanita' akan ditubuhkan ekoran rekod kejayaan Kerajaan Negeri menubuhkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) pada sesi pentadbiran Kerajaan Negeri lepas.
Beliau, bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai fokus utama pasukan baru itu ditubuhkan.
"Bridged ini akan diletakkan secara khusus di bawah (pejabat) Ketua Menteri," ujar beliau.
GULA-GULA3
DAP akui tidak rasis dan bela nasib Melayu,selalu beri sumbangan beras dan duit.
Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim berkata, parti itu tidak memperjuangkan dasar perkauman, sebaliknya semua kaum diberi layanan yang adil dan saksama bagi memastikan kemakmuran serta kesejahteraan negara dikekalkan.
Menurutnya, sikap sesetengah ahli parti politik yang melabel parti itu sebagai anti Islam adalah satu bentuk tuduhan melampau kerana hanya mengundang rasa marah rakyat terhadap DAP yang selama ini juga membela nasib semua kaum.
“Di Dun Sekinchan ini misalnya, saya tidak nampak ada kaum tertentu tercicir menerima segala bentuk bantuan, malah peruntukan untuk kaum Melayu adalah lebih berbanding kaum Cina meskipun majoriti penduduk di sini adalah kaum Cina,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan bantuan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Sekinchan.
Suee Lim yang juga Adun Sekinchan berkata, sepanjang enam tahun menjadi wakil rakyat di kawasan itu, beliau memberi layanan sama rata kepada semua kaum dan menyalurkan bantuan kepada mereka yang layak.
“Sebelum jadi wakil rakyat pun saya selalu turun padang mendengar masalah rakyat. Perjalanan kerja saya bertambah mudah sejak jadi wakil rakyat untuk membantu penduduk yang memerlukan pembelaan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat melihat hasil kerja yang telah dilaksanakan parti itu daripada mendengar tuduhan tidak berasas.
“Harapan saya, keikhlasan DAP dalam membantu dan memperjuangkan nasib hidup rakyat tidak disalah erti, pelbagai bentuk bantuan yang kami salurkan membuktikan kami sedia berkhidmat kepada rakyat yang telah memilih kami dalam pilihan raya.
“Kita harap, sedikit sebanyak rakyat faham tentang ideologi politik yang dibawa DAP daripada membuat tuduhan melulu dan saya yakin jika rakyat faham, mereka akan menerima perjuangan yang kita bawa,” katanya.
Menurutnya, kerajaan di bawah pimpinan PR di Selangor telah menunjukkan prestasi kewangan yang kukuh, seterusnya mampu mengagihkan sumber kekayaan negeri untuk dinikmati rakyat.
“Kita tolong rakyat bukan bermusim kerana dasar kerajaan negeri membantu rakyat berdasarkan kemampuan, kedudukan ekonomi dan pengurusan kewangan yang mapan serta kukuh supaya hasilnya diagihkan semula kepada rakyat,” katanya.
GULA-GULA 4
Jika DAP, PR menang, Malaysia tetap aman damai dan Adil
“Orang yang takut mestilah orang yang buat salah. Anda ada curi saham tak? Anda ada curi kereta tak? Anda ada curi tanah tak? Anda ada curi lembu tak? Apa nak takut kalau kita tak mencuri? Yang memang patut takut ialah BN.
“Sebab itu BN takut, jika PR menang, kita tak akan benarkan mereka yang mencuri lari,” katanya ketika majlis perasmian Pejabat Baru DAP Kinrara, hari ini.
Menurut beliau, momokan huru-hara dan negara muflis jika PR memerintah tidak masuk akal langsung kerana rakyat Malaysia adalah rakyat yang cintakan keamanan dan mahukan pentadbiran yang bersih.
“Tengok di Selangor, tengok di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, ada bankrap tak? Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam pun kata Malaysia tidak akan bankrap kalau PR memerintah.
“BN kata negara akan huru-hara. Saya nak tanya anda semua sekarang ini kita ada gaduh-gaduh tak? Tengok ketika Bersih, Bersih 2.0, Bersih 3.0, orang Melayu paling ramai, orang India, orang Cina semua ada. Mana ada gaduh!” tegas beliau.
Justeru itu Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mahu rakyat Malaysia tidak tertipu dengan mainan politik BN dan bersatu hati membentuk kerajaan baru PR.
“Masa dia (BN) menang besar dia tak jaga rakyat, dia tak bagi macam-macam kepada rakyat seperti sekarang. Bila dia rasa macam nak kalah, sekarang baru pura-pura nak jaga rakyat.
“Lebih 50 tahun tidak beri wang pada rakyat, bila PR beri bantuan RM100 kepada warga emas di Pulau Pinang, mereka ikut. Sekarang, bila mereka nak ‘masuk kubur’ baru nak beri wang,” katanya.
Turut berucap ialah Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok; Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo; Penyelaras DUN Seri Serdang, Rosharizan Rozlan; Bendahari PAS Puchong, Noor Hanim Ismail dan Timbalan PKR Cabang Puchong, Ramli Dahlan.-Roketkini.com
KILANG GULA DAN TALIBARUT KAFIRUN
“Orang Melayu tidak perlu takut kepada DAP” – Hanipa Maidin
Malah, realitinya kini, semakin ramai orang Melayu menyertai DAP kerana asakan dan fitnah jahat dari UMNO yang menuduh DAP anti-Melayu dan anti-Islam tidak benar sama sekali dan bohong.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin berkata, walaupun DAP mempunyai majoriti orang bukan Melayu dan Islam, parti itu tidak pernah mengancam kedudukan Melayu Islam seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Menurut Hanipa, tohmahan jahat UMNO terhadap DAP sebelum ini bukan kerana parti itu mahu menjaga Melayu dan Islam tetapi mereka tahu bahawa perpaduan Pakatan Rakyat (PR) adalah malapetaka bagi mereka.
“Benarkah DAP mengancam kepentingan Melayu? Adakah DAP atau UMNO sendiri yang mengganggu gugat kedudukan Bahasa Melayu di dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sehingga kedudukannya sebagai bahasa rasmi dirombak melalui PPSMI?,” soalnya dalam satu kenyataan.
Menguatkan hujah itu, peguam bagi PAS ini membangkitkan lagi beberapa persoalan siapakah yang menjadi dalang sebenar hingga menyebabkan kepentingan Melayu dan Islam negara ini terhakis.
“Siapakah yang gagal jaga tanah rezab Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan? DAP atau UMNO? Siapakah yang hancurkan Bank Bumiputra yang diilhamkan untuk menjaga kepentingan Melayu?
“Siapakah yang enggan menambah kerusi Parlimen dan DUN di negeri Kelantan dan Terengganu supaya boleh menambah kerusi orang Melayu semasa persempadanan semula kawasan pilihanraya dibuat? Siapakah yang mendera ekonomi majoriti rakyat Melayu di Terengganu dan kini di Kelantan apabila wang royalti pertroleum di rompak di siang hari tanpa sekelumit rasa bersalah? DAP atau UMNO?
Ia termasuklah insiden mengheret institusi Raja Berperlembagaan ke kancah politik menjatuhkan kerajaan sah dan Menteri Besar pilihan rakyat di Perak secara terang-terangan.
DAP hormati Islam, galak dan bela pendidikan Islam
Tambah Hanipa, jika DAP tidak menghormati Islam, mengapa pula Pulau Pinang yang dipimpin Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi peruntukan lebih besar kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dari peruntukan kepada Sekolah Cina dan Sekolah Tamil.
“SAR di bawah negeri yang diterajui DAP memperuntukkan secara purata RM 97,000 setiap sekolah sedangkan sekolah Cina dan Tamil hanya diperuntukkan secara purata RM60,000 dan RM63,000 masing-masing bagi setiap sekolah. Bukankah UMNO sendiri pernah menarik bantuan per kapita SAR?
“Lim Guan Eng juga mahukan ramai huffaz al-Quran dengan memberi bantuan kepada madrasah tahfiz selain penghargaan dan pengiktirafan kepada para penghafal al-Quran.
“Lebih aneh lagi, elaun para imam masjid-masjid di Pulau Pinang jauh lebih tinggi dari elaun imam-imam di negeri-negeri UMNO. Mengapakah DAP yang dikatakan mengancam Islam suka elaun Imam tinggi manakala Umno yang “sayang” Islam lebih suka pula elaun Imam rendah?,” soalnya.
Dalam satu wacana bertajuk “Adakah dasar DAP mengancam
Islam” pada Jun 2012 yang lalu anjuran Roketkini.com, panelis dari
Universiti Islam Antarabangsa, Dr Maszlee Malik berkata, setiap orang
mempunyai aqidah atau pegangan yang berbeza, malah Islam mengajar untuk
saling memahami dan hormat-menghormati dan berlaku adil.
“Bagi saya DAP tidak mengancam Islam sebab memperjuangkan
nilai bersama seperti keadilan. Kebanyakan persepsi negatif yang timbul
bersifat stereotaip dan ia dikeruhkan lagi dengan salah faham orang
Islam sendiri terhadap Islam.
“Walau pun DAP telah berevolusi, persepsi itu masih
‘dijual’ sehingga sekarang. Ini sebab kita suka menyamakan Melayu dan
Islam wal hal ia berbeza,” jelasnya yang juga pakar dalam bidang politik
Islam antarabangsa. – Roketkini.com
MENJAJAH - ADALAH NIAT SEBENAR DI HATI MEREKA
"SERTAI SAYA BERJUANG DAN MENGUBAH MALAYSIA SUPAYA CINA MENGUASAI KERAJAAN" - TONY PUA!!!
"Sertai Saya Berjuang dan Mengubah Malaysia Supaya Cina Menguasai Kerajaan" merupakan manifestasi kepada segala bentuk perjuangan DAP yang selama ini cukup pandai berselindung di belakang jenama ANTI PERKAUMAN, BUKAN ANTI MELAYU dan TIDAK ANTI ISLAM.
Apabila bercakap dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, lain nada dan nahunya. Tetapi apabila menulis dan bertutur dalam Bahasa Cina, para pemimpin DAP tidak lagi berselindung-selindung menyatakan keinginan mereka yang sebenarnya.
Dari awal lagi iaitu apabila beberapa orang pemimpin PAS yang begitu teruja dengan NASI KANGKANG DAN CELAH KANGKANG DAP menggunakan Nik Aziz, Mursyidul Am PAS untuk menyuarakan bahawa PAS tiada bantahan sekiranya Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri dilantik dari kalangan orang Cina, keinginan kuat DAP sudah dapat dikesan.
Namun, sama seperti SANDIWARA dan OPERA CINA yang cukup berbelit-belit, lunak bahasa serta muka bertopeng dengan mekap tebal, operasi yang dijalankan oleh DAP sebenarnya menghala ke arah menjadikan Cina sebagai bangsa paling superior di Malaysia dan melakukan penindasan terhadap kaum-kaum lain.
Ini telah terbukti menerusi aktiviti ekonomi yang begitu dilindungi oleh puak-puak berkenaan. Walaupun terdapat kaum lain, khususnya Melayu-Bumiputera cuba menceburi bidang ekonomi, namun mereka akan berhadapan dengan pelbagai halangan, khususnya melibatkan faktor politik.
Kita dapat melihat sendiri bagaimana DAP begitu bertungkus-lumus cuba menghalang penguasaan Melayu-Bumiputera dengan melabelkan mana-mana penggiat ekonomi Melayu-Bumiputera sebagai KRONI UMNO, UMNOPUTERA dan sebagainya dalam usaha melemahkan semangat dan menjatuhkan moral, sekaligus menghilangkan terus persaingan yang diberikan oleh Melayu-Bumiputera.
Dan kita sendiri dapat melihat bagaimana DAP menggunakan Melayu-Bumiputera sendiri untuk menghapuskan persaingan berkenaan dengan kaedah-kaedah politik sebagaimana yang mereka lakukan dalam usaha menyelamatkan kartel-kartel daging yang menguasai pasaran daging tempatan dengan menghapuskan terus ancaman daripada sebarang syarikat-syarikat Bumiputera yang terlibat dalam industri berkenaan seperti NFCorp yang mencetuskan keributan tahun lepas.
Luahan perasaan Tony Pua sebenarnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan jikalau kita boleh berfikir menerusi tindak-tanduk daripada kalangan pemimpin DAP khususnya seperti Lim Guan Eng yang seringkali menggula-gulakan Melayu-Bumiputera dengan pujian melambung seolah-olah hatinya sudah dekat dengan Islam, sebaliknya umpan yang diberi jauh lebih murah nilainya berbanding habuan yang diberi kepada tokong dan kuil!
AMUKANMELAYU - Terima kasih Tony Pua kerana meluahkan NIAT SEBENAR perjuangan DAP. Anda boleh teruskan, ini adalah masa yang sesuai, kerana di masa ini RAMAI MELAYU yang berjuang di sebalik Ugama Islam dan terlalu Liberal kerana hendak melayan NAFSU kerana GILAKAN nak berkuasa dan nak menawan/merobohka kerajaan Melayu yang sedia ada. Mereka ini bukanlah gulungan yang PINTAR, sebaliknya mereka adalah MELAYU BODOH dan SOMBONG. Mereka tiada JATI DIRI dan KURANG KEYAKINAN DIRI. Tahniah Tony Pua kerana dapat membodohkan Melayu-Melayu ini.