,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday 25 October 2013

PAS DAN PKR PERLU DI PERTANGGUNGJAWABKAN SEHINGGA COMANGO KE PBB


Pemuda PAS Menaruh Harapan Tinggi Pada Kerajaan ISLAMELAYU Najib Untuk Selamatkan Islam


Adalah memeranjatkan apabila disaat-saat kempen PRK Dun Sungai Limau yang menyaksikan pertembungan calon BN VS PAS, tiba-tiba Dewan Pemuda PAS Pusat pimpinan Ustaz Nasrudin Hassan Attantawi membuat kenyataan yang jelas memberi sokongan moral kepada kerajaan pimpinan DS Najib Razak dengan penegasan agar kerajaan tidak tunduk kepada tuntutan COMANGO.

Kenyataan Nasrudin itu sudah cukup membuktikan keyakinan Pemuda PAS yang Najib tidak sama sekali mudah tunduk kepada anasir-anasir yang tidak menghormati Islam.
Berikut adalah kenyataan penuh Dewan Pemuda PAS Pusat;
1. Setiap 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta prestasi isu-isu yang melibatkan hak asasi manusia sejak tahun 2009 terhadap 193 buah negara-negara PBB termasuk Malaysia. Ia disebut sebagai Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia.
2. The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO) yang terdiri daripada 54 pertubuhan telah menyediakan satu laporan mengenai pelbagai isu-isu hak asasi manusia yang berlaku di Malaysia dan telah menyerahkannya kepada PBB bagi tujuan penelitian. Sesi kajian dan penelitian ini akan berlangsung hari ini (24 Oktober 2013) di Human Rights Council, Geneva, Switzerland.
3. Terdapat beberapa tuntutan dan desakan daripada COMANGO yang menimbulkan kontroversi sepertimana yang dilaporkan dalam laporan tersebut. Berikut ialah tuntutan-tuntutan tersebut;
a. Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR) Dalam Artikel 18 ICCPR mengandungi the rights of religious freedom (kebebasan beragama). Kebebasan untuk memilih agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti.
b. Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Implikasi perkara ini akan mengheret kepada isu perkauman dan mencabar status quo yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Islam di Malaysia sepertimana yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia dan semangat kontrak sosial.
c. Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT). Implikasi perkara ini akan membawa kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.
4. Kritikan kami:
a] COMANGO tidak menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Negara.
b] COMANGO telah meletakkan Malaysia termasuk institusi agama Islam di bawah pantauan PBB.
c] COMANGO mencampuri urusan agama dan mencabar kemuliaan ummat Islam apabila mereka mendesak supaya membenarkan amalan hidup songsang seperti LGBT.
5. Justeru itu kami DPPM tegaskan supaya Kerajaan jangan tunduk kepada desakan sedemikian. Pada sessi sidang yang lepas, YB Ust. Nik Mohamad Abduh telah memberi penegasan serupa dalam ucapan beliau di Parlimen Malaysia agar Kerajaan Malaysia tidak tunduk kepada desakan pihak COMANGO ini. (Dipetik dari Harakah Daily)


 JAMBATAN YANG DI BINA OLEH PAS MEMUDAHKAN COMANGO "MEMBUNUH" ISLAM DI MALAYSIA

  

 

 


Kedudukan Orang Islamelayu dan kesucian Islam di Malaysia terancam jika PBB layan tuntutan COMANGO..

 
 
 

COMANGO ialah ringkasan kepada Coalition of Malaysian Non Governmental Organisation atau sebuah pakatan HARAM yang mengumpulkan NGO Liberal dan Kafirun yang tidak pernah berdaftar dengan ROS.

Antara peserta COMANGO ialah SUARAM,Sisters In Islam,Pink Triangle Foundation(NGO LGBT) dan banyak lagi.

 

Mereka berusaha membuat berberapa tuntutan menerusi Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada Persidangan PBB di Geneva.

Antara tuntutan COMANGO:

1)Kebebasan Murtad

2)Mencabar status Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan

3)Kebebasan Hak Lesbian,Gay,Bisexual dan Transgender (LGBT)

4)Penghapusan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera.




Senarai 54 NGO COMANGO

 

 COMANGO


AIDCNews – 24/10/13 – 54 badan bukan kerajaan (NGO) yang bergabung di bawah COMANGO (Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR) adalah seperti berikut :
1. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM),
2. Christian Federation Malaysia (CFM)
3. Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER),
4. The Malaysian Bar Council
5. Seksualiti Merdeka,
6. Southeast Asian Centre for e-Media (SEACem),
7. Centre for Independent Journalism (CIJ),
8. Education and Research Association for Consumers, Malaysia (ERA
Consumer),
9. All Petaling Jaya, Selangor Residents‟ Asscociation (APAC),
10. All Women‟s Action Society (AWAM),
11. Amnesty International Malaysia (AIM),
12. ASEAN Institute for Early Childhood Development, Association of Women‟s Lawyers (AWL),
13. Association of Women with Disabilities Malaysia, Coalition to Abolish Modern Day Slavery in Asia (CAMSA),
14. Childline Malaysia,
15. Community Action Network (CAN),
16. Centre for Rights of Indigenous Peoples of Sarawak (CRIPS),
17. Dignity International,
18. Foreign Spouses Support Group,
19. Good Shepherd Welfare Centre,
20. Health Equity Initiatives,
21. Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM),
22. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT),
23. Justice For Sisters,
24. Pusat Komunikasi Selangor (KOMAS),
25. Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS),
26. KLSCAH Civil Rights Committee,
27. Land Empowerment Animals People (LEAP),
28. Malaysians Against Death Penalty and Torture (MADPET),
29. Malaysian Child Resource Institute (MCRI),
30. Malaysian Physicians for Social Responsibility,
31. Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA),
32. Migration Working Group (MWG),
33. PANGGAU,
34. Persatuan Masyarakat Selangor dan Kuala Lumpur (PERMAS),
35. PS The Children,
36. PT Foundation,
37. People‟s Service Organisation (PSO),
38. Perak Women for Women Society,
39. Persatuan Guru-Guru Tadika Semenanjung Malaysia (PGGT),
40. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur,
41. Persatuan Sahabat Wanita Selangor,
42. Rainbow Genders Society,
43. Sabah Women‟s Action-Resource Group (SAWO),
44. Sinui Pai Nanek Sengik (SPNS),
45. SIS Forum (Malaysia) Bhd (SIS),
46. Tenaganita,
47. Voice of the Children (VOC),
48. Writers‟ Alliance for Media Independence (WAMI),
49. Women‟s Aid Organisation (WAO),
50. Women‟s Centre for Change, Penang (WCC),
51. Yayasan Chow Kit,
52. Young Buddhist Association,
53. Youth Section, Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall, Youth Section
54. Child Right Coalition Malaysia (CRCM).
Daripada 54 NGO itu, suara paling dominan adalah dari kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender) yang bernaung di bawah SOGI (Coalition of Sexual Orientation and Gender Identity).
Menurut laman wao.org.my NGO-NGO yang bernaung di bawah SOGI seperti Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS), Seksualiti Merdeka, Justice for Sisters dan PT Foundation menuntut hak kebebasan berpesatuan, berhimpun dan menyuarakan pendapat.
Dominasi kumpulan LGBT dalam COMANGO kerana mendapat sokongan padu daripada kesemua NGO-NGO hak asasi terutamanya, SUARAM, EMPOWER dan Bar Council Malaysia.
Selain itu, terdapat juga kumpulan feminisme (hak-hak wanita), agama, media, orang asli, migrasi dan kanak-kanak yang kesemuanya berkaitan dengan hak asasi.
Banyak juga NGO yang disenaraikan di atas menjalankan operasi secara haram dan tidak berdaftar dengan ROS (Pejabat Pendaftar Pertubuhan), misalnya SUARAM, DEMA dan Seksualiti Merdeka.
Namun, majoriti NGO COMANGO itu adalah NGO yang sama yang menggerakkan BERSIH pimpinan bekas Presiden Bar Council Malaysia, Datuk S Ambiga dan Pengarah Eksekutif EMPOWER, Maria Chin Abdullah.

Maria Chin Abdullah (dua dari kiri) salah seorang tulang belakang utama COMANGO

Sebuah yayasan dana yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), NED (National Endowment for Democracy) dalam laporan menyebut beberapa NGO di Malaysia telah menerima tajaannya untuk beroperasi di Malaysia sejak dari tahun 2005.
NGO-NGO itu antaranya adalah SUARAM, CIJ (Centre for Independent Journalism) dan Seacem (Southeast Asia Centre for E-Media) yang merupakan antara tulang belakang NGO COMANGO tersebut.




AMUKANMELAYU - Dengan PAS menerima barang-barang "REJECK" menjadi ahlinya dan Bergabung pula dengan PAKATAN RAKYAT kini PAS berdepan dengan KEHILANGAN KUASA ULAMAK dan menjadikan PAS seperti di santau.......yang jelas Anwar sedang mengPKRkan PAS.