,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday, 14 October 2013

KALIMAH ALLAH - PERANGAI PEMIMPIN PAS DAN DAP LEBIH DASYAT DARI UMNO


Kalimah Allah ... ALHAMDULILLAH, Kemenangan Untuk Umat Islam ASWJ

 



PUTRAJAYA 14 Okt. - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam majalah mingguan Herald. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan kerajaan.

SUMBER : UTUSAN ONLINE

Kemenangan kali ketiga umat Islam apabila Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Gereja Roman Katolik berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Namun begitu peringatan kepada seluruh umat Islam ...

GWM cukup yakin Gereja Roman Katolik akan terus mengheret isu ini SELAGI MASIH ADA BANTUAN CHAUVINIS DAP KATOLIK yang tetap akan menggunakan terus isu Kalimah Allah sehingga ke PRU-14.

GWM cukup yakin SELAGI MASIH ADA DIKALANGAN UMAT ISLAM SENDIRI YANG TETAP MEMBERIKAN SOKONGAN DAN KEYAKINAN KEPADA PERMOHONAN GEREJA ROMAN KATOLIK ini.


KONGSI KALIMAH ALLAH - Gerai Babi salai guna Kalimah Allah, apa perasaan anda waktu itu?



Tweet Hishammuddin Hussein ‏@HishammuddinH2O Mengenai Kalimah Allah Timbulkan Kemarahan

 

Hari ini lebih kurang dalam pukul 9 pagi, beberapa kumpulan yang menyokong supaya kalimah Allah dipertahankan menunggu di hadapan bangunan mahkamah di Putrajaya. Penulis juga sebenarnya agak berdebar menunggu keputusan mahkamah itu, al maklumlah risau sekiranya keputusan tidak menyebelahi kita akan ada perkara buruk berlaku. Maklum lah orang Melayu ni memang terkenal dengan sifat 'amok' . Sesambil tu penulis sempat juga membelek laman twitter , nak tengok 'feed' berkenaan keputusan kalimah Allah pagi ni. Terlihat 'tweet' daripada salah seorang Menteri kita yang bunyinya begini...

"Pagi ini saya mendoakan kemenangan memihak kepada kita seluruh umat Islam dalam mempertahankan Kalimah Allah di Makhamah Rayuan Putrajaya"



Beliau ialah Hishamuddin Tun Hussin iaitu di kalangan menteri Melayu Islam yang pertama menulis harapan beliau tentang keputusan kes mengenai penggunaan kalimah Allah . Terdetik rasa bangga dalam diri penulis kerana walaupun sibuk dengan pelbagai urusan, beliau masih ambil tahu tentang perkara yang menjadi kerisauan di kalangan umat Islam di negara ini . Tak nampak pula 'tweet' dari mana-mana pemimpin pembangkang yang beragama Islam mengenai isu ini, kalau ada pun mereka seolah-olah mahu memenangkan pihak di sebelah sana.

'Tweet' Hishamuddin itu nampaknya telah mendapat perhatian seorang pemimpin DAP iaitu Ngeh Ko Ham, nampak benar si Ngeh ni cukup panas dengan 'tweet' yang dibuat oleh Hishamuddin itu seterusnya menuduh beliau seolah-olah seperti mahu menimbulkan ketegangan kaum . Bagi penulis apa yang dilakukan oleh Hisham itu tidak salah, kerana sebagai seorang pemimpin beragama Islam beliau berhak bersuara mempertahankan kepentingan agamanya.  Penulis juga sempat 'printscreen' komen2 twitter daripada pemimpin2 pembangkan mengenai keputusan kes ini.  Ramai seoalah-olah mempersendakan dan cuba menjadi batu api kepada orang-orang Kristian di Sabah dan Sarawak.


Mereka seolah-olah berkata keputusan hakim itu dibuat atas arahan kerajaan UMNO . Kalau benarlah UMNO boleh mengarahkan hakim buat itu dan ini ,kenapa keputusan kes-kes sebelum ini yang memihak kepada mereka seperti saman Utusan , kes liwat Anwar dan macam-macam lagi tidak ditimbulkan ? Lebih baik UMNO mengarahkan hakim supaya pembangkang kalah dalam kes saman Utusan dan kes liwat Anwar kalau benar UMNO boleh berbuat demikian. Mohon pembaca , lihat printscreen pemimpin2 pembangkang ini dan fikirkan apa tindakan kita seterusnya ? Apa pun tahniah kepada Hishamuddin Hussin kerana menyatakan pendirian secara terbuka hingga membuatkan pemimpin DAP tak senang duduk.