,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 21 October 2013

Semua Ulamak Ditolak, Bagaimana PAS Mengaku PARTI ISLAM?


Pengaruh Anwar, Syiah dan Sekular Membuatkan Kepimpinan Ulamak Ditolak 


Menurut blog PAS Catatan Ibnu Ibrahim:

Parti Islam Se Malaysia meletakkan dirinya jauh ke hadapan dengan menjalankan tiga elemen utama iaitu sebagai Parti Siyasah, Tarbiyah dan Da'wah seiring dan sejalan. Tidak lupa juga resepi kejayaan lain ialah trio kepimpinan yang mantap iaitu gandingan ulama', aktivis dan profesional di dalam saf kepimpinan. 

Baca seterusnya di SINI

Itu yang mahu dikata oleh ketua pemuda PAS tapi mesej itu mula pudar bila dia tewas di kawasannya baru-baru  ini. Suara-suara sumbang juga mulai terdengar bagaimana pemimpin PAS kini pertikai peranan ulamak. PAS juga yang berdegar menuduh UMNO bukan parti Islam dan ngaku mereka Islam kerana parti tersebut dipimpin ulamak.

Mula-mula ulamak yang tidak berparti ditolak dan tuduh bersekongkol dengan UMNO.  Pandangan mereka tidak diterima. Kini ulamak PAS pun tak diterima. Mereka lebih  mendengar arahan Anwar Ibrahim , Mat Sabu, Husam, Khalid Samad politik tanpa had, Nizar Jamaluddin dan lagi yang boleh di pertikaikan Ilmuan mereka.



LIMA SEKAWAN - Hanya TGHH sahaja yang bergelar ULAMAK

Selepas melihat keputusan pemilihan PAS ini,  apa yang PB boleh katakan parti yang dikatakan dikatakan pejuangkan Islam sejak dahulu kini  sudah masuk muzium sejarah  . Ditambah lagi Hj Hadi sudah cakap tiada lagi pejuangan menegakkan  negara Islam oleh PAS  dan hanya ada negara kebajikan . 


Pemilihan kali ini juga dapat memperlihatkan kumpulan  Erdogan yang pro Anwar telah isytiharkan sepenuhnya  menguasai PAS  selepas jawatan tertinggi parti iaitu  Timbalan  Presiden dimenangi Mat Sabu dan 3 Naib Presiden dimenangi Husam , Salahudin Ayub dan Mahfuz Omar . Cuma Hj Hadi seorang lagi la pro Ulama yang nasibnya baik menang tanpa bertanding . 


Pemilihan ini juga merupakan sejarah di mana golongan  Ulama yang telah kuasai PAS sejak era penubuhan parti itu lagi tewas teruk kepada golongan profesional iaitu Erdogan .  Ini bermakna perwakilan PAS telah melakukan sejarah apabila menolak terus kepimpinan ulama dalam PAS . 


Walaupun pelbagai gesaan oleh Ketua Dewan Ulama  , Datuk Harun Taib dan Ustaz Haron Din semasa Muktamar mahu  kepimpinan ulama dikekalkan tetapi nampaknya ditolak serta merta perwakilan . PB yakin pengaruh ulama dalam PAS  seperti   Dewan Ulama dan Majlis Syura akan terhakis bila menangnya Mat Sabu yang pro DAP   serta 3 Trio  Naib Presiden yang pro Erdogan . 


Nampaknya PAS kini sudah jadi cacar marba bila mana ramai kumpulan telah wujud selepas pemilihan ini . Hadi Awang selaku Presiden memang golongan ulama ,manakala Mat Sabu pulak pro DAP dan 3 Trio Naib Presiden ini pulak pro Erdogan yang juga penyokong kuat Anwar .

Jadi , hari ini sudah muktamad  bahawa  PAS sudah tidak jadi parti Islam dan bertukar kepada SEKULAR dan LIBERAL ! 


 SENARAI PENUH KEPIMPINAN PAS YANG LALU

Biru    : Erdogan Pro Anwar  Hijau   :  Pro Ulamak  Merah : Pro DAP 


Presiden : TG Abdul Hadi Awang (menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden : 

Mohamad Sabu (420 undi)
Tuan Ibrahim Tuan Man (399)
Nasharudin Mat Isa 224


Naib Presiden : 

Salahudin Ayub (753)
Husam Musa (660)
Mahfuz Omar (616)
Idris Ahmad (491)
Nik Amar Nik Abdullah(321
)
Nizar Jamaludin (217)

AJK PAS Pusat Sesi 2011-2013 :
Mazlan Aliman (804)
Dr Mohd Hatta Md Ramli (765)

Datuk Kamarudin Jaafar (739)
Hanipa Maidin (735)
Datuk Seri Azizan Abdul Razak (721)
Dr Zulkefly Ahmad (702)
Dr Mujahid Yusof Rawa (651)

Khalid Samad (643)
Abdul Ghani shamsuddin (579)
Amiruddin Hamzah (576)
Abdul Wahid Endut (556)
Abu Bakar Chik (527)
Datuk Mohd Amar Abdullah (470)

Dr Siti Mariah Mahmud (445)
Datuk Mahfodz Mohamed (449)
Datuk Hassan Ali (437)
Abdul Ghani Abd Rahman (430)

 

Ahli PAS Tolak 3 Jawatan TERTINGGI Di Pegang "ULAMAK" 

BAGAI MELUKUT - Mungkin baru tersedar ULAMAK sudah di tolak
Usul untuk membahaskan resolusi Dewan Ulama Pas supaya jawatan tertinggi parti itu dikhususkan untuk ulama sahaja telah ditolak.

Semalam, Muktamar Dewan Ulama Pas sepakat mencapai resolusi supaya jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan satu dari tiga jawatan Naib Presiden di khususkan untuk ulama sahaja.

Usul Dewan Ulama Terengganu itu dibuat atas dasar ulama telah mempelopori penubuhan PAS dan menerajui kepemimpinan ulama sejak 27 tahun lalu - apabila era Datuk Asri Muda yang dianggap nasionalis ditumbangkan pada 1982.

"Ini bukan bermaksud hendak mengetepikan sumbangan yang diberikan oleh kepimpinan besar dalam jemaah yang bukan ulama, seperti aktivis.

"Tetapi jawatan presiden dan timbalan hanya satu sahaja. Dan satu daripada tiga tempat untuk naib. Perkara ini perlu dipertegaskan balik," kata pembentang usul Nik Masri Nik Malik.

Dalam sesi perbahasan ucapan dasar ketua dewan Datuk Mohamad Daud, perwakilan negeri itu membuat gesaan yang serupa dengan alasan dua jawatan teratas menganggotai badan berpengaruh besar dalam penggubalan dasar parti itu, Majlis Syura.

Saiful Bahari Mamat berkata, perkara itu mesti dipertegaskan kembali kerana ia digariskan dalam perlembagaan parti.

Sementara itu semalam ketua baru Dewan Ulama, Datuk Harun Taib ketika ditemui selepas muktamar berkata, usul tersebut bukanlah satu keutamaan kepadanya, sebaliknya ingin meraih sokongan lebih besar buat PAS daripada pelbagai pihak.

"Saya tidak tumpu kepada usul itu, tetapi kerja yang lebih besar daripada itu bagi saya, (kita hendaklah) membesarkan lagi (sokongan kepada) PAS supaya mendapat sokongan masyarakat pada masa akan datang," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Perbahasan Muktamar Pas Mahfuz Omar, hari ini berkata usul dari Dewan Ulama itu tidak dapat dibahaskan dalam Muktamar Pas ke-55 hari ini kerana ia tidak memenuhi kritera perbahasan.

Beliau menjelaskan usul yang menuntut kepada pindaan perlembagaan parti tidak boleh dibahaskan dalam muktamar. Usul sedemikian rupa perlu di bincangkan dahulu di peringkat Jawatankuasa Pusat Pas.

Ulama Dalam PAS jelas di tolak


ERA USTAZ FADZIL NOOR - Kepimpinan ULAMAK hanya sampai disini
Keghairahan untuk berkongsi kuasa bersama-sama dengan PKR dan DAP telah memungkinkan perasaan atau hasrat bagi mempertahankan ulama sebagai tonggak utama dalam kepimpinan Pas semakin terhakis. 
MUNGKIN terlalu awal untuk kita membicarakan mengenai pemilihan Pas yang bakal berlangsung November ini, namun ia bukanlah bermakna isu pemilihan tersebut harus ditenggelamkan begitu sahaja.

Sama ada hendak diakui atau tidak, pemilihan kali ini amat penting bagi menentukan masa depan kepimpinan ulama dalam Pas. Sudah tidak menjadi rahsia lagi bagaimana kedudukan golongan ulama dalam Pas kini bagaikan berada ibarat 'telur di hujung tanduk'.

Kelompok tersebut biar pun mempunyai Dewan Ulama yang diperkukuhkan dengan kewujudan Majlis Syura Ulama Pas namun suara mereka semakin ditenggelami dengan keghairahan pemimpin-pemimpin bukan daripada golongan ulama berpolitik.

Golongan bukan ulama ini dilihat lebih 'berkiblat' untuk menjaga hubungan atau tahaluf siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Bagi mereka, Pas tidak akan ke mana jika ulama terus menjadi tonggak kepimpinan dan penentu hala tuju Pas.

Berikutan itu sudah ada suara-suara dan mungkin juga gerakan bagi memastikan golongan bukan ulama terus menjadi dominan dalam pemilihan yang bakal diadakan November nanti. Ia memandangkan seperti mana dicoretkan oleh seorang penyokong Pas dalam sebuah blog, bagi golongan yang digelar Anwarinas dalam Pas '' Ulama dalam Pas hanya menyusahkan. Ulama dalam Pas hanyalah penghalang untuk mempercepatkan penguasaan Pas ke atas Putrajaya. Ulama dalam Pas hanya memperlihatkan kejumudan dan mundurnya parti itu.".

Keghairahan untuk berkongsi kuasa bersama-sama dengan PKR dan DAP telah memungkinkan perasaan atau hasrat bagi mempertahankan ulama sebagai tonggak utama dalam kepimpinan Pas semakin terhakis.

Sebab itulah, sejak kebelakangan ini sudah ada sesetengah daripada pemimpin Pas daripada bukan golongan ulama begitu berani menyanggah pandangan ulama Pas dalam sesuatu isu.
''Kebelakangan ini, golongan yang dilabelkan sebagai ulama dalam Pas , kerap kali dihodohkan dengan pelbagai gelaran yang amat menjijikkan. Malah ada yang secara terang-terangan meletakkan Presiden parti dalam kelompok bodoh tegar yang gagal menghayati tahaluf siyasi yang telah dimulakan oleh UMNO sejak tahun 1955 lagi dan Pas pula baru hendak mempelajarinya pada tahun 2008.

''Tidak salah rasanya kalau dikatakan yang para pemimpin Pas yang baru merasai keseronokan mendapat kuasa, mulai mengalami kegawatan fikiran. Kalau di bawah kepimpinan ulama, menang kalah bukanlah persoalannya kerana perkara terpenting adalah untuk memperjuangkan idealisme Pas, tetapi dengan penyertaan mereka yang gagal mendapat tempat dalam UMNO atau yang mahu dikenali sebagai orang kuat agama yang memperjuangkan Islam tetapi sebenarnya lapar kuasa dan kemewahan, Pas sudah mula berputar rodanya."

Itulah antara pandangan pemerhati politik yang mungkin apa yang dikatakan itu mempunyai kaitan bagaimana ghairahnya golongan bukan ulama menyokong perhimpunan haram tajaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya bagi memprotes keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Keadaan itu berbeza dengan pendirian sesetengah ulama dalam Pas yang secara terbuka mahu semua pihak menerima keputusan PRU-13 dan menganggap ia adalah takdir Allah. Biar pun mereka menyokong perhimpunan yang diadakan secara aman namun mereka sama sekali menolak jika ia boleh mencetuskan huru-hara.

Namun begitu, apa yang lebih penting untuk diperkatakan ialah bagaimana ahli-ahli Pas khususnya yang bakal menjadi perwakilan dalam muktamar kali ini memastikan hala tuju politik Pas yang kini dilihat carca marba dan bercelaru kembali kepada landasan asal.

Ia tidak sukar dilakukan jika ahli-ahli Pas menolak secara total mana-mana pemimpin dalam parti itu yang dilihat lebih taksub menjaga hubungan dengan PKR dan DAP berbanding bersama-sama dengan kepimpinan ulama memperkasakan semula parti itu ke arah perjuangan Islam sebenar.
Adalah wajar jika sebarang usaha untuk menyingkirkan kelompok ulama menguasai jawatan-jawatan terpenting dalam parti dihalang seawal mungkin. Selain Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilihat akan kekal di jawatan itu bagi jawatan-jawatan lain termasuk Timbalan Presiden ia harus dikembalikan kepada golongan ulama, begitu juga kerusi Naib Presiden.

Bercelaru

Sudah cukup, Pas yang dilihat berimej Islam kini dilihat bercelaru arah tuju perjuangannya kerana kuasa golongan ulama semakin terhakis. Tidak usahlah beretorik kononnya Majlis Syura Ulama mempunyai kuasa bagi menentukan hala tuju Pas kerana apa yang berlaku sejak tahun 2008 sudah membuktikan sebaliknya.

Golongan ulama semakin tiada suara, kata-kata mereka disanggah, arahan mereka tidak dipedulikan dan pendapat mereka dipandang sepi. Keadaan inilah yang memungkinkan Pas akhirnya menjadi bagaikan 'lebai malang' menang sorak kampung tergadai dalam pilihan raya umum baru-baru ini.
Parti itu hanya menguasai 21 kerusi Parlimen berbanding 31 kerusi pada tahun 2012. Sebaliknya yang meraih keuntungan akibat kecelaruan perjuangan Pas ialah PKR dan DAP. PKR menjadi parti kedua terkuat dalam pakatan pembangkang dengan memperolehi 28 kerusi manakala DAP lebih hebat dengan 38 kerusi.

Walaupun sesetengah pemimpin Pas berkongsi pandangan songsang dengan pemimpin PKR dan DAP, kononnya Barisan Nasional (BN) melalui UMNO memainkan isu perkauman khususnya berhubung kedudukan orang Melayu namun itu hanya alasan semata-mata. Sebaliknya orang Melayu memberi sokongan kepada UMNO kerana mereka melihat UMNO lebih konsisten dalam perjuangan menjaga kepentingan orang Melayu dan umat Islam.

Dalam soal ini, ia bukanlah salah kelompok ulama dalam Pas tetapi jari harus di tuding kepada pemimpin-pemimpin tertentu dalam Pas yang lebih mementingkan kerjasama dengan PKR dan DAP. Sebab itulah, ahli-ahli Pas tidak mempunyai pilihan lagi, jika mereka tidak mahu Pas terus ditolak dalam pilihan raya maka mereka perlu memastikan suara ulama terus menjadi 'suara keramat ' dalam Pas.

Golongan ulama dalam Pas perlu diperkasakan dan diperkukuhkan sama ada dalam menentukan arah tuju politik Pas atau memberi pandangan dalam isu-isu berkaitan agama. Ketika ini ulama-ulama Pas dilihat lebih banyak terpaksa tunduk dengan tekanan politik berikutan kerjasama dengan PKR dan DAP.

Ulama Pas tidak ada suara untuk menyatakan dengan tegas yang benar itu benar dan yang batil itu batil. Kalau pun mereka berbuat demikian, sudah pasti pemimpin-pemimpin bukan ulama yang melihat segala-galanya dari segi politik merebut kekuasaan akan menyanggah kembali.
Kesudahannya yang menerima kesan buruk adalah Pas - sebuah parti yang ditubuhkan oleh sekumpulan ulama bagi memperjuangkan syariat Allah di muka bumi bernama Malaysia ini. Justeru ahli-ahli Pas yang menyokong parti itu berdasarkan perjuangan Islam sehingga ada antara mereka sanggup bermusuh dengan UMNO yang dianggap memperjuangkan dasar kebangsaan memperkasakan kembali penguasaan golongan ulama dalam Pas.

Mereka perlu mempunyai keyakinan diri dan tidak terpengaruh dengan dakyah kononnya di bawah kepimpinan ulama Pas tidak akan ke mana sedangkan Pas kini menjadi salah sebuah parti pembangkang yang dihormati dan disegani adalah hasil perjuangan ulama.
Dalam memperkatakan, soal memperkasakan kepimpinan ulama ia bukanlah semata-mata demi politik Pas tetapi juga demi masa depan orang Melayu dan umat Islam. Ia memandangkan ketika sebarang usaha kerjasama dengan UMNO dilihat oleh sesetengah-setengah pemimpin Pas sebagai satu pengkhianatan.

Mungkin melalui kembalinya kekuatan kepimpinan ulama dalam Pas, perasaan terlalu melihat UMNO sebagai musuh mampu dibendung kerana mahu tidak mahu sama ada mereka ahli Pas atau ahli UMNO selagi mereka bernama umat Islam sudah pasti mereka mengadap kiblat yang sama dan menyembah Allah Yang Esa.

Sebenarnya, tidak salah untuk Pas terus memburu kuasa sebab itulah Pas sejak penubuhan pada tahun 1951 tidak putus-putus menyertai pilihan raya yang diadakan. Pas berhasrat untuk berkuasa melalui landasan demokrasi dan mereka sudah pun merasai nikmat itu apabila menguasai Kelantan sejak 1990, memerintah Terengganu pada 1999 dan Kedah pada tahun 2012.

Jika dikaji kejayaan hebat itu adalah hasil daripada kepimpinan ulama, namun ia semakin merosot apabila Pas dilihat hanya mampu bertahan di Kelantan sahaja dan semua itu berlaku kerana Pas dilihat sebuah parti carca marba yang seolah-olah teraba-raba mencari identiti bagi diserasikan dengan politik PKR dan DAP. Seharusnya dalam apa keadaan sekali pun idealisme perjuangan Pas yang berteraskan Islam tidak harus dikorbankan.

Sebab itulah dalam melayari bahtera perjuangan Pas seterusnya, ahli-ahli Pas telah diperingatkan oleh seorang pemimpin parti itu melalui e-mel kepada penulis bahawa usaha meruntuhkan kepimpinan ulama tidak boleh dianggap ibarat ais yang kecil di permukaan laut.

''Ada yang melihat kemunculan ais yang kecil di permukaan laut adalah kecil, mereka terus berlayar dengan selesa tiada hati-hati seolah-olah tiada apa-apa bahaya di sebaliknya. Ada pula yang menganggapnya besar dan berhati-hati sehingga seolah-olah ingin berhenti daripada berlayar akibat ketakutan. Tetapi orang yang menyelaminya lebih memahami besar dan kecil serta mengetahui selok belok yang selamat dalam melayari bahtera.''


USTAZ NASRUDIN - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Mangsa Pertama Ulamak "DI TOLAK" Dalam PAS


Nasrudin Hasan kalah bertanding jawatan peringkat PAS kawasan
USTAZ NASRUDIN - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nasrudin Hasan yang disebut-sebut akan dipertaruhkan merebut jawatan Naib Presiden pada pemilihan kepimpinan parti itu November nanti tewas dalam pemilihan jawatan di peringkat kawasan.

Nasrudin yang juga anggota Parlimen Temerloh tewas merebut jawatan Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan Indera Mahkota dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pas kawasan tersebut pada 15 September lepas.

Beliau tewas kepada penyandang jawatan tersebut, Suhaimi Saad yang juga Ketua Penerangan PAS Pahang. Nasruddin memperolehi 60 undi manakala Suhami mendapat lebih 100 undi.

Ketika dihubungi Astro AWANI, Suhaimi mengesahkan menang jawatan tersebut untuk penggal kedua.

"Saya menang pertandingan merebut jawatan Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan Indera Mahkota mengalahkan ustaz Nasrudin," katanya.

Nasrudin dikatakan mewakili kumpulan yang dinamakan sebagai pro-ulama untuk bertanding jawatan Naib Presiden selepas ada desas-desus akan mengosongkan jawatan Ketua Dewan Pemuda yang disandangnya sekarang.

Kekalahan Nasrudin dalam pertandingan peringkat kawasan itu dilihat boleh menjejaskan reputasinya untuk bertanding jawatan lebih tinggi di peringkat pusat.

Sumber dalaman PAS menjelaskan, pemimpin yang tewas di peringkat kawasan kebiasaannya berdepan laluan sukar untuk menang jika bertanding di peringkat pusat.

"Kebiasaannya kalau tewas diperingkat kawasan, imej pemimpin tersebut akan tercalar sedikit kerana akan dilihat tidak mendapat sokongan akar umbi.

"Bila akar umbi sudah tolak, macam mana nak dapatkan kepercayaan dan sokongan daripada perwakilan dari kawasan lain yang akan membuat pilihan ketika muktamar nanti," kata pemimpin kanan PAS Pusat itu kepada Astro AWANI.

Pemilihan pimpinan baharu PAS Pusat akan diadakan dalam Muktamar Tahunan ke-59 pada 22 hingga 24 November depan di Shah Alam.

Pemilihan ini jadi tumpuan kerana ada usaha di kalangan kumpulan pro-ulama untuk mengetepikan pimpinan dari kalangan bukan ulama dalam barisan kepimpinan utama PAS.

Antara tokoh yang disebut-sebut akan ditonjolkan sebagai calon Timbalan Presiden yang mewakili golongan ulama ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.



AMUKANMELAYU - Ya ALLAH.....Engkau selamatkanlah PAS dan UMNO sebagai wadah perjuangan ISLAMELAYU supaya dapat mengekalkan bumi bertuah Malaysia ini kekal dalam PEMERINTAHAN ISLAMELAYU. Jangalah hendaknya Malaysia ini HILANG dari PEGANGAN ISLAMELAYU sepeti yang telah berlaku kepada SINGAPURA dan Engkau musnahkanlah KAFIRUN di Malaysia, Pattani, Singapura dan Sulu, semoga kami dapat beramal ke jalan mu dengan kedamaian dan sejahtera.