,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday, 14 July 2014

APMM VS APAM BALIK MURAH DI SABAH


PENCEROBOHAN DI SABAH:Sampai bila Nyawa Pasukan Keselamatan Nak di GADAIKAN?

Apa sebenarnya dah terjadi dengan negara kita? Adakah Malaysia bakal menjadi tempat 'transit' pengganas atau penjenayah dunia? Adakah Malaysia akan tersenarai dalam kalangan negara yang tidak selamat untuk dikunjungi?

Bila terjadinya kes pencerohan lagi selepas Lahad Datu, banyak pihak cuba menyalahkan sebelah pihak saja. Rasanya mereka tahu prosedur yang pihak keselamatan sedang jalankan sekarang ini. Kenapa perlu menghentam, bukankah baiknya kita menyalurkan pandangan yang baik pada Kerajaan demi keselamatan rakyat dan negara terutama sekali di Sabah.

D harap sangat PM Najib Razak baca dan fikirkanlah cadangan ini untuk dibawa ke dalam mesyuarat kabinet seterusnya dapat satu keputusan yang bijak. Pandangan ini sudah banyak kali diutarakan malah berkali-kali sudah diutarakan oleh masyarakat di platform media sosial dan lain-lain lagi.

KERAJAAN SABAH HARUS SEDIAKAN PENEMPATAN BARU UNTUK MASYARAKAT PERKAMPUNGAN AIR!!

Pertama sekali  berterima kasih ke atas segala tindakan kerajaan selama ini dalam mengawal keselamatan negara terutamanya di  Sabah yang sering dicerobohi oleh pengganas. Sebagai rakyat Malaysia kita semua mempunyai tanggungjawab dalam menangani segala perkara bagi memastikan negara senantiasa berada dalam keadaan aman dan damai.

Penceroboh ini bukannya hanya datang dari luar sabah (Malaysia). Akan tetapi ianya ibarat bom dalam simpanan negara yang mana suis atau remotenya berada dalam tangan musuh. Agak mustahil jika kita fikir bahawa setiap serangan dibuat oleh penceroboh adalah datang dari luar negara, kerana pemantauan yang dilakukan oleh pihak keselamatan adalah cukup ketat. Besar kemungkinan pengganas ini telah bersarang di Sabah disetiap pelusuk Sabah terutamanya di daerah Semporna, Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Sandakan.
 
Dicadangkan pada pihak Kerajaan agar ke semua PERKAMPUNGAN SETINGGAN di negeri Sabah terutama di daerah yang  disebutkan di atas HARUS DIMUSNAHKAN secepat mungkin kerana 99% rumah setinggan atau perkampungan tersebut adalah di huni oleh pendatang dengan izin dan tanpa izin. 

Kerajaan perlu yakin masyarakat tempatan di daerah tersebut bersetuju jika rumah setinggan itu di robohkan. Kita boleh tidak merobohkan dengan cara mengeledah setiap rumah di kesemua rumah setinggan sekerap yang mungkin. Akan tetapi ianya membahayakan pihak keselamatan yang membuat pengeledahan. Hampir 99% rumah setinggan di setiap daerah tersebut banyak masalah sosial.

Di antara perkara yang sering berlaku di perkampungan stingan ialah seperti berikut:

1. Menjadi Pusat penjualan Dadah seperti syabu.
2. Menjadi Pusat penyeludupan barang terkawal negara seperti minyak dan barang lain.
3. Menjadi kawasan hitam untuk dimasuki oleh orang lain yang mereka tidak kenali. Budaya ini bukan seperti berada di Malaysia, budaya negara yang tidak bertamadun.
4. Menjadi sarang PTI, jikalau sarang PTI.maka faham-fahamlah. Apa itu PTI dan bagaimana mentaliti mereka. Membunuh itu seperti makan nasi saja.
5. Menjadi sarang penceroboh.
6. Kawasan tersebut juga menjadi kotor oleh sampah sarap.

Kita masih lagi ingat kejadian di kampung Simunul di mana peristiwa beberapa angota keselamatan kita terperangkap di perkampungan tersebut dan ada yang terkorban.

Kami sangat berharap agar tindakan tegas dan segera ke atas perkampungan setinggan, yang agak mencurigakan juga gerak geri tindakan pasukan keselamatan kita seperti bocor, macam ada duri dalam daging. Seperti yang berlaku di pulau mabul. Waktu rehat angota keselamatan kita mereka seperti tahu jam berapa mereka rehat jam berapa mereka bertukar syif.

Pertukaran setiap angota keselamatan yang bertugas terlalu lama di satu satu  kawasan ESSCOM perlulah ada reshuffle.
GR yakin dengan kepimpinan yang ada kerajaan mampu lakukan sesuatu demi keselamatan rakyat. Jangan ingat Polis sekarang macam zaman sebelum nie, duduk diam goyang kaki jer.

Kalau semua benda nak kasi heboh satu dunia, bukan kerja Polis namanya, baik kita tengok CSI ke Gerak Khas ke kan!!

Ape.....ada senapang tak boleh tembak?
LUMUT 14 Julai - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memohon kepada kerajaan bagi membenarkan angkatan itu melepaskan tembakan terhadap mana-mana pihak yang menceroboh kawasan perairan Sabah.

Panglimanya, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, sebelum ini pihak bertanggungjawab termasuk TLDM yang menjaga perairan negeri itu tidak dibenar melepaskan tembakan terhadap ‘penceroboh’ menyebabkan kumpulan tersebut sentiasa berjaya meloloskan diri daripada ditahan.

“Mereka (penceroboh) tidak lagi takut dengan pihak berkuasa kerana tahu kami tidak akan melepaskan tembakan, hanya amaran mengarahkan supaya berhenti sahaja.

“Perkara ini tidak boleh berterusan, takkan mahu tunggu mereka berhenti, sedangkan mereka tidak akan berbuat demikian. Jadi, kami akan memohon kepada kerajaan supaya ‘peraturan’ itu ditukar dan pihak berkuasa termasuk TLDM dibenar melepaskan tembakan sekiranya penceroboh enggan mengikut arahan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Panglima Armada antara Laksamana Madya Datuk Abdul Hadi A. Rashid dengan Laksamana Madya Datuk mohamad Roslan Mohamad Ramli. - UTUSAN ONLINE

APMM Hanya Pandai Berlakon!


Berikut adalah surat terbuka peringatan yang tersiar di portal Sabahkini tahun lepas 2013 selepas peristwa Lahad Datu:


Wednesday, March 20, 2013
"Skandal Anak Perdana Menteri Malaysia?"


PERDANA Menteri Malaysia Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin; Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussien dan Bekas Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hassan bertanggung jawab sepenuhnya kerana Pengganas Sulu yang menjenamakan diri mereka sebagai 'Tentera Sulu' berjaya dengan mudahnya masuk ke Lahad Datu tanpa sebarang sekatan.

Tuntutan kerajaan Sultan Sulu ke atas Sabah bukan perkara baru dan telah wjud begitu lama sebelum ini; tetapi tidak berlaku sehinggalah kemasukan Pengganas Sulu dengan begitu mudah.
Setelah sekian lama PDRM diamanahkan untuk menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan Perairan Negara termasuk Perairan Sabah sejak sebelum merdeka lagi.

Pada tahun 2011, Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hassan pada masa itu telah memainkan peranan menipu Perdana Menteri dengan mengatakan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang baru ditubuhkan mampu dan berupaya mengambil alih tugas mengawal keselamatan perairan Negara.

Pada hal, pada masa itu APMM yang digelar sebagai 'Anak Perdana Menteri Malaysia' memang tidak mampu kerana masalah dalaman atau 'Lelaki Mati Pucuk'.

Pada tahun 2011, Perdana Menteri Najib Razak telah mengarahkan Ketua Polis Negara Ismail Omar supaya PDRM menyerahkan semua tugas mengawal perairan Negara kepada APMM.
Dengan itu, Polis Marin yang menjadi pasukan utama PDRM dalam menjalankan tugas tidak lagi mengawal keselamatan perairan Negara sejak awal tahun 2011. Tugas berkenaan diserahkan sepenuhnya kepada APMM.

Sebanyak 71 unit kapal dan bot ronda PDRM; manakala seramai 1,200 anggota Polis Marin dan juga 8 pengkalan marin di seluruh negara difaraidkan kepada APMM. Dengan itu PDRM 'lumpuh anggota' dan tidak mempunyai keupayaan lagi untuk menjalankan tugas mengawal perairan dan persisiran negara. APMM diwujudkan oleh Perdana Menteri Malaysia dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri; di bawah jagaan Timbalan Perdana Menteri. Ratusan juta ringgit peruntukan kewangan disediakan untuk kegunaan APMM.

Lebih kurang RM 130 juta disediakan untuk membaik pulih bot dan kapal antik yang yang diambil dari PDRM, TLDM, Kastam dan juga Jabatan Perikanan. Lebih memalukan, Ibu pejabat APMM di IOI Putrajaya disewa dengan kos lebih kurang RM 800,000 sebulan. Sebuah syarikat dilantik untuk menjadi konsultan kepada APMM bagi kerja-kerja pembaikan bot dan kapal antik dengan bayaran RM 1 juta sebulan. Setiap kerja pembaikan yang dijalankan syarikat itu mengenakan caj tambahan sebanyak antara 10 hingga 15 percent bagi setiao kerja yang dibuat.

Pejabat pejabat dan pangkalan APMM di merata tempat di seluruh Negara disewa dengan kos antara RM 40,000 hingga RM250,000 sebulan Banyak lagi perbelanjaan yang di gunakan oleh APMM tetapi amat malang bagi Negara Malaysia, APMM hanya pandai berlakon sahaja. Bot-bot APMM tidak menjalankan rondaan dan operasi di laut perairan Negara. Mereka hanya main wayang sahaja. Bot-bot APMM hanya melalui kawasan operasi, selepas itu terus masuk ke pelabuhan dan rehat di pelabuhan.

Pada keesokan harinya apabila hari siang, barulah mereka melalui semula kawasan operasi. Mereka tidak berada di kawasan operasi. Kalau tidak percaya, pergilah sendiri kepada nelayan atau pengguna laluan laut. Itulah sebabnya Pengganas Sulu berjaya masuk dengan senang dan mudah tanpa sebarang rintangan. Semasa Polis Marin menjaga perairan dahulu, Polis Marin memang sentiasa berada di laut kecuali jika bot atau kapal rosak untuk dibaiki, barulah mereka meninggalkan kawasan operasi.

Pada masa ini, di kawasan operasi di Lahad Datu, bot APMM memang tidak kelihatan. Bot mereka akan hanya kelihatan berada di kawasan itu jika ada menteri atau orang atasan hendak melawat kawasan itu.
Bot APMM akan menunjukkan diri sebentar, selepas itu akan hilang menyorok tidak tahu di mana. Ini yang sedang berlaku tetapi tidak diketahui oleh PM dan TPM. Ketua Pengarah APMM pula dengan lantang menyatakan APMM tidak dapat melaksanakan tugas disebabkan kapal kapal dan bot telah lama dan uzur.

Alasan itu tidak dapat diterima sama sekali kerana semasa kapal dan bot itu diambil alih, kerajaan telah menyediakan wang sebanyak lebih kurang RM 130 juta untuk pembaikan. Sehubungan itu saya mencabar kerajaan BN kembalikan semula bot yang diambil alih dengan anggota yang diambil kepada PDRM. Saya yakin dan pasti PDRM mampu melaksanakan tugas mengawal perairan negara. PDRM telah terbukti kemampuannya dan mempunyai sejarah pencapaian luar biasa selama ini walaupun hanya diberikan bot yang antik dan usang.

Salam Hormat,

WARGA PERSISIR PANTAI

-Sabahkini.net

INILAH YANG SE ELOKNYA - Kapal APMM dijadikan tukun tiruan...............

Pada 9 Mei lepas, dua buah kapal APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) iaitu KM Layang- Layang PX17 dan KM Mantanani PX26 telah ditenggelamkan di perairan Kuraman Labuan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia W.P Labuan. Ianya bertujuan untuk menjadikan ia sebagai tukun tiruan sebagai usaha pembiakan ikan yang akan dapat dijadikan tempat memancing dan rekreasi skuba di masa akan datang.

.

944145_603438216333121_315739265_n



AMUKANMELAYU - APMM......setakat sekarang tiada yang menyerlah dan tiada GAHnya Angkatan Pengawal Pantai ini......kuasanya bertindih dengan Merine Polis dan Navy......