,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 20 July 2014

MH 17 - RUSSIA AND UKRAINE, why is the price of 295 lives so cheap in your country?


GAJAH SAMA GAJAH BERGADUH, KANCIL MATI TERSEPIT

30 Fakta Berkaitan Nahas MH17 yang perlu anda ketahui...


1. Rusia. China. Iran. Adalah proksi yang bersekutu.

2. Kumpulan pemisah Ukraine pro Rusia ialah pejuang pemisah yang bersekutu dengan Rusia.

3. Vladimor Putin ialah Presiden Rusia.

4. Dakwaan mengatakan bahawa kumpulan pemisah mahu menembak mati presiden Rusia adalah karut kerana kumpulan pemisah wilayah bergolak dan Rusia bersekutu.

5. Rusia menafikan melalui ruang udara Ukraine. Sehingga kini pihak yang mendakwa Rusia melalui ruang udara Ukraine tidak menghadirkan bukti laluan pesawat yang dinaiki oleh Putin.

6. Setakat ini hanya Ukraine keluarkan kenyataan rasmi bahawa peluru berpandu itu ditembak oleh kumpulan pemisah Ukraine.

7. Tiada pengakuan rasmi yang dikeluarkan oleh ketua kumpulan pemisah Sergev Kavtaradze.

8. Rusia menafikan terbabit (bertanggungjawab) dalam insiden berkenaan. Kumpulan pemisah juga menafikan terlibat mendalangi insiden berkenaan. Mereka menyatakan bahawa misil yang dimiliki oleh mereka hanya mampu menundukkan pesawat yang terbang 3,000 hingga ke 4,000 kaki dari aras laut semata2.

9. Ukraine menafikan mendalangi insiden pesawat #MH17 ditembak jatuh. Dan media-media rasmi Ukraine mengeluarkan bukti bertalu-talu yang tersebar di pelbagai jenis media terutamanya yang pro kepada barat bahawa RUSIA dan kumpulan pemisah ialah dalang kepada insiden berkenaan. Setakat ini bukti yang dikeluarkan oleh Ukraine seperti rakaman perbualan telefon yang dipintas, gambar kenderaan misil yang bergerak ke sesuatu lokasi dan juga bukti berita yang mengesahkan satu pesawat ditembak jatuh adalah bukti-bukti yang tidak dapat direkodkan sebagai sahih.

10. Ukraine. Britain. Australia. USA. Ialah mereka2 yang bersekutu.

11. Agensi2 berita seperti CNN, Telegraf, Dailymail, Foxnews ialah media-media yang bersekutu dengan barat.

12. Kebanyakkan agensi2 ini lebih condong melaporkan kenyataan2 dari pihak Ukraine dan barat berbanding melaporkan kenyataan dari Rusia.

13. Gambar2 pesawat dari Ukraine yang jatuh terhempas ditundukkan oleh kumpulan pemisah ialah merujuk kepada serangan melalui jet pejuang. Bukan menggunakan peluru berpandu.

14. Malaysia tidak membuat kenyataan rasmi dengan MENGESAHKAN bahawa #MH17 telah DITEMBAK jatuh bagi menjaga PENDIRIAN RASMI mereka untuk TIDAK CONDONG kepada mana-mana kenyataan samada dari UKRAINE, wilayah yang bergolak mahupun RUSIA untuk melindungi negara daripada terjerumus kepada satu situasi yang lebih sukar.

15. Ukraine mengatakan pesawat telah ditembak jatuh. Dan ia ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah. Malaysia memerlukan masa bagi menyiasat bukti-bukti berkaitan untuk mengesahkan kenyataan Ukraine.

16. Maka perkataan DIPERCAYAI digunakan oleh MEDIA MALAYSIA bagi memastikan bahawa MALAYSIA tidak CONDONG kepada mana-mana tuduhan terhadap pergolakkan di timur Ukraine.

17. Setakat ini MALAYSIA hanya mendengar hujah2 dari pelbagai pihak tanpa diberikan peluang untuk memastikan kenyataan dari pihak2 tersebut adalah benar.

18. Ramai rakyat Malaysia tak faham bahawa PERANAN MEDIA ialah melapor. Kenyataan presiden Ukraine bukannya Alquran yang sehinggakan PM Malaysia perlu patuh dan bersetuju tanpa diberikan ruang untuk menyiasat kejadian.

19. Rusia dan Ukraine saling salah menyalahkan antara satu sama lain. Rusia menyalahkan Ukraine adalah punca kejadian kerana mahu memerangi semula wilayah bergolak sehingga senjata terpaksa dinaikkan semula.

20. Ukraine mengeluarkan kenyataan mereka ada bukti bahawa misil sengaja dilepaskan dan disasarkan kepada pesawat MH17.

21. Ketika ini Ukraine dan pihak media pro BARAT mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menekan dan mengaitkan Rusia dalam insiden keganasan terbaru.

22. Ukraine mengeluarkan kenyataan bahawa kotak hitam telah ditemui dan akan diserahkan kepada MOSCOW. Ukraine mengecam tindakan ini sebagai campurtangan pihak Rusia dan USA bimbang jika ada cubaan untuk meminda bukti tempat kejadian untuk melindungi tindakan kumpulan pemisah dan Rusia.

23. Namun sehingga kini tiada kenyataan rasmi dari Rusia dan kumpulan pemisah bahawa mereka telah menemui kotak hitam. Akan tetapi kumpulan pemisah telah membuat kenyataan jika kotak hitam ditemui ianya akan diserahkan kepada MOSCOW untuk siasatan rasmi.

24. ICAO dan Australia mendesak agar siasatan diketuai oleh pakar penyiasat antarabangsa yang adil dan telus dan kotak hitam diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mengetuai siasatan tersebut.

25. Angka 41 ialah jumlah mereka yang berada di dalam penerbangan tetapi tidak dapat ditemui setakat ini.

26. Zon laluan penerbangan yang diikuti oleh MAS ialah zon laluan selamat yang diisytiharkan oleh pihak penerbangan antarabangsa dan bukannya disahkan selamat oleh Malaysia. Malaysia hanya baca kenyataan yang disahkan oleh pihak2 yang berauthoriti yang menentukan apa laluan yang selamat diikuti.

27. Ruang udara Ukraine yang dikuasai oleh kumpulan pemisah Ukraine hanya melarang syarikat penerbangan dari proksi barat seperti USA dan BRITAIN dari menggunakan ruang angkara mereka. Negara2 berkecuali seperti Malaysia tidak terbabit sama sekali dengan larangan tersebut.

28. MH17 dikesan kali terakhir terbang pada ketinggian 33,000 kaki seperti yang direkodkan oleh FLIGHTRADAR24. Ketinggian 33,000 kaki adalah ketinggian yang dibenarkan untuk terbang tanpa dianggap sedang menceroboh ruang angkara Ukraine yang dikuasai oleh kumpulan pemisah.

29. Tiada panggilan kecemasan yang dibuat oleh anak kapal sejurus perhubungan komunikasi mereka terputus dengan menara kawalan udara Ukraine dan KLIA.

30. Dengan berlakunya insiden pesawat ditembak jatuh maka dunia sudah mengisytiharkan bahawa konflik yang berlaku di wilayah Ukraine adalah konflik antarabangsa dan negara2 kuasa besar akan diberikan hak untuk campurtangan bagi menentukan hala tuju konflik berkenaan.
Ini adalah beberapa perkara yang korang perlu tahu sebelum mengulas macam tahu semua benda. Aku dah cakap awal2. Manipulasi media adalah sesuatu yang korang tak boleh abaikan. Kita boleh baca apa yang barat lapor. Kita boleh baca apa yang media Malaysia lapor. Kita boleh baca semua. Tapi untuk terima bulat2, kita kena fikir masak2. Ada sesetengah perkara memang betul dan tiada masalah untuk kita terima. Tapi ada sesetengah perkara ialah propaganda yang bertujuan untuk menjatuhkan satu2 pihak dengan menjadikan MALAYSIA sebagai mangsa keadaan.

TAHUKAH KALIAN SEMUA...
Tindakan kerajaan Malaysia untuk tidak berpihak ialah tindakan yang betul. Tindakan kerajaan Malaysia untuk tidak membabi buta mengesahkan kenyataan presiden Ukraine ialah tindakan yang betul. Kita akui pesawat terhempas dan pesawat tersebut adalah milik MAS tetapi kita tidak tahu apa yang berlaku. Apa puncanya kita tatau. Jadi bila Najib tak mengesahkan apa2 ia adalah tindakan yang betul. Untuk mengesahkan samada kenyataan Ukraine sahih ataupun tidak sahih, kenyataan Rusia sahih ataupun tidak sahih, kita perlu lalui satu proses siasatan.
CC TO: www.PustakaTerahsia.com.

Mayat Penumpang MH17 Terhempas Dalam Rumah

Seorang mangsa korban pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 dilaporkan terjatuh ke dalam sebuah rumah penduduk di timur Ukraine, di mana lokasi pesawat itu jatuh menyembah bumi, Khamis lalu. Menurut penduduk tersebut, Irina Tipunova, dia melihat sendiri bagaimana pesawat itu meletup di udara dan kemudiannya melihat objek jatuh menyembah bumi. 

“Saya mendengar bunyi yang sangat kuat dan melihat banyak objek yang mula jatuh dari udara dan kemudian saya mendengar bunyi orang mengerang kesakitan dan dia jatuh betul-betul dalam bilik tidur rumah, yang menyebabkan bumbung rumah saya rosak teruk,” katanya memetik laporan Reuters.

Mayat penumpang wanita itu ditemui dalam keadaan bogel, masih lagi berada dalam rumah Irina kerana dia masih menunggu kehadiran pihak berkuasa untuk datang dan mengutip mayat tersebut. Selain itu, seorang lagi penduduk tempatan yang enggan dikenali menceritakan bagaimana dia berlari keluar dari rumah selepas terdengar bunyi pesawat terbabit meletup. 

“Saya buka pintu rumah dan lihat beberapa orang jatuh dari pesawat dan salah seorangnya jatuh dalam kawasan tanaman yang ditanam saya,” katanya.

SAYUNYA - Mayat Perempuan Penumpang MH17 Terjatuh Di Dalam Rumah


UKRAINE TUDUH RUSSIA TERLIBAT

GRABOVO, Ukraine: Ukraine memberitahu pesawat penumpang, MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) ditembak jatuh pada Khamis kerana memasuki ruang udara kawasan konflik antara kerajaan negara itu dengan puak pemisah pro-Rusia. Bagaimanapun Ukraine menafikan telah menembak jatuh pesawat tersebut. Petugas media agensi berita antarabangsa, Associated Press (AP) yang sempat ke lokasi nahas di timur Ukraine mendedahkan telah menemui 22 mayat.

Pesawat itu didakwa hancur akibat terhempas dengan kesan terbakar termasuk barangan penumpang yang bertaburan di kawasan ladang gandum berkenaan. Nahas itu mengorbankan 295 penumpang dan anak kapal yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.  Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko menyatakan nahas itu merupakan tindakan pengganas serta meminta siasatan antarabangsa dijalankan terhadap insiden berkenaan.

Kerajaan negeri Donetsk pula memberitahu, kawasan tersebut telah diambil alih oleh puak pemisah pro-Rusia dan pertempuran udara antara mereka dan kerajaan telah berlaku sejak beberapa hari lalu.
Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashenko berkata, pesawat awam itu ditembak jatuh menggunakan sistem peluru berpandu darat ke udara ketika ia berada di ketinggian 10,000 meter (33,000 kaki).

Jelasnya, sistem peluru berpandu tersebut berupaya menembak jatuh pesawat di ketinggian 22,000 hingga 72,000 kaki.



MH17-terbakar

MH17: Ukraine Dedah Rakaman Perbualan Dakwa Russia Bertanggungjawab

Ketua Keselamatan Ukraine (SBU) sebentar tadi mendedahkan apa yang dikatakan rakaman perbualan telefon antara dua orang pegawai perisikan pertahanan Russia […]

Agensi Perisikan Ukraine mendedahkan rakaman audio yang mereka dakwa sebagai militan pemisah Ukraine berkata “We have just shot down a plane”
Pegawai Perisikan membocorkan rakaman pintasan perbualan yang mereka dakwa antara puak pemisah pro-Russia, yang mengakui mereka menembak jatuh pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17.
Transkrip perbualan yang didedahkan oleh Ukraine’s State Security Service (SBU) dikatakan antara militant Igor Bezler dengan seorang Jeneral di Ibu Pejabat Tentera Persekutuan Russian Vasili Geranin.
Menurut wartawan yang membaca transkrip tersebut, panggilan 20 minit selepas pesawat terhempas menyatakan “We have just shot down a plane.”
Dalam transkrip panggilan tersebut juga mendakwa terdapat suara militan lain yang mengesahkan tiada senjata dalam pesawat yang terhempas itu.
Berikut ialah transkrip penuh pintasan panggilan telefon ini.


Igor Bezler: We have just shot down a plane. Group Minera. It fell down beyond Yenakievo (Donetsk Oblast). Vasili Geranin: Pilots. Where are the pilots? IB: Gone to search for and photograph the plane. Its smoking. VG: How many minutes ago? IB: About 30 minutes ago.
SBU comment: After examining the site of the plane the terrorists come to the conclusion that they have shot down a civilian plane. The next part of the conversation took place about 40 minutes later.
[Komen Perisikan Ukraine: Selepas memeriksa tempat kejadian, pengganas membuat kesimpulan mereka telah menembak jatuh pesawat awam. Panggilan seterusnya dibuat 40 minit kemudian]


“Major”: These are Chernukhin folks who shot down the plane. From the Chernukhin check point. Those cossacks who are based in Chernukhino. “Grek”: Yes, Major. “Major”: The plane fell apart in the air. In the area of Petropavlovskaya mine. The first “200” (code word for dead person). We have found the first “200”. A Civilian. “Greek”: Well, what do you have there? “Major”: In short, it was 100 percent a passenger (civilian) aircraft. “Greek”: Are many people there? “Major”: Holy sh__t! The debris fell right into the yards (of homes). “Greek”: What kind of aircraft? “Major”: I haven’t ascertained this. I haven’t been to the main sight. I am only surveying the scene where the first bodies fell. There are the remains of internal brackets, seats and bodies. “Greek”: Is there anything left of the weapon? “Major”: Absolutely nothing. Civilian items, medicinal stuff, towels, toilet paper. “Greek”: Are there documents? “Major”: Yes, of one Indonesian student. From a university in Thompson.
Dalam bahagian ketiga pintasan telefon yang dibuat SBU merakam perbualan antara Komander Divisyen Tentera Russia, Nikolay Kozitisin bercakap kepada seorang anggota pemisah yang tidak dikenalpasti identiti.
In the third part of conversation Cossack commander Nikolay Kozitsin talking to an unidentified militant cynically suggests that the Malaysia Airlines airplane could’ve been carrying spies, as, otherwise, it would have no business flying in that area.



Militant: Regarding the plane shot down in the area of Snizhne-Torez. It’s a civilian one. Fell down near Grabove. There are lots of corpses of women and children. The Cossacks are out there looking at all this. They say on TV it’s AN-26 transport plane, but they say it’s written Malaysia Airlines on the plane. What was it doing on Ukraine’s territory? Nikolay Kozitsin: That means they were carrying spies. They shouldn’t be f…cking flying. There is a war going on.

PENGAWAL UDARA KATA UKRAINE TERLIBAT

MH17 : Pesawat Ditembak Jet Pejuang - Pengawal Udara Kiev!!! 

Screenshoot Twiiter Carlos di WayBackMachine
Satu laporan kini berlegar di Internet mengenai siapa sebenarnya yang menembak pesawat MH17. Maklumat itu adalah dari seorang pengawal trafik udara di Kiev yang bernama Carlos. 

Mengikut laporan tersebut, Carlos didakwa memuatnaik tweet perihal MH17 ketika kejadian berlaku menggunakan akaun bernama @spainbuca (akaun telah ditutup) tetapi malangnya akaun tersebut telah pun dibuang. 
Merungkai kebenaran kesahihan akaun tersebut, SK cuba memeriksa kewujudan akaun itu diwaybackmachine dan mendapati salinan pertama yang ada disitu bertarikh 16 Mac 2014. Ini bermakna akaun berkenaan benar wujud dan telah didelete dari Twitter. 
Setelah itu, SK pergi ke salinan bertarikh 17 Julai 2014 dan memang benar tweet-tweet laporan oleh Carlos wujud sepertimana yang dilaporkan oleh laporan tersebut. 

Sedikit pengenalan mengenai Kiev, beliau adalah seorang pengawal trafik udara berwarganegara sepanyol yang bertugas bersama-sama dengan pegawai asing yang lain di Kiev Ukraine. 

Berdasarkan tweet-tweet beliau di laman twitternya, dia memberitahu bahawa kerajaan Ukraine yang menembak jatuh kapal MH17, dan yang lebih menarik, pesawat MH17 ditembak oleh jet pejuang, bukannya misil seperti yang diberitahu media.

Berikut kronologi twitter @spainbuca, diharap pembaca dapat membaca satu-satu. Bagi siapa yang tidak berpuas hati dengan terjemahan, boleh dapatkan sebagaimana asal dari link di bawah artikel. 

Kronologi Twitter @spainbuca’s 


10:21 – 17 July 2014 "Kiev pihak berkuasa, cuba untuk membuat kelihatan seperti serangan oleh pro-Rusia"


10:24 – 17 July 2014 "Amaran! Ia boleh menjadi terhempas, Malaysia Airlines B777 di ukraine, 280 penumpang "


10:25 – 17 July 2014 "Amaran! Kiev mendadpat apa yang mereka mahu "


10:25 – 17 July 2014 [Miitary] telah mengambil kawalan ATC di Kiev"


10:27 – 17 July 2014 "Pesawat Malaysia Airlines B777 hilang dari radar, tidak ada mana-mana komunikasi anomali, disahkan"


10:30 – 17 July 2014 "Kapal terbang ditembak jatuh, ditembak jatuh, ditembak jatuh, bukan kemalangan"


10:31 – 17 July 2014 "Kiev mendapat apa yang mereka mahu, saya berkata dalam tw pertama [Tweet], Kiev bertanggungjawab @ ActualidadRT"


10:35 – 17 July 2014 "Kemalangan itu bukan perkara biasa, mereka mengancam kami di menara yang sama di lapangan terbang Kiev"


10:35 – 17 July 2014 "Mereka akan mengambil telefon kami dan barangan lain pada bila-bila masa"


10:38 – 17 July 2014 "Sebelum Mereka mengambtelefon bimbit saya atau mereka memecahkan kepala saya, ditembak jatuh oleh Kiev"


11:12 – 17 July 2014 "Kami mempunyai pengesahan. Pesawat dijatuhkan, Kiev pihak berkuasa dimaklumkan, dijatuhkan, kami tenang sekarang "


11:13 – 17 July 2014 "Apa yang orang asing lakukan dengan Pihak Berkuasa kiev di menara? Mengumpul semua maklumat"


11:15 – 17 July 2014 "Jika berkesempatan saya akan menulis"


11:48 – 17 July 2014 B777 itu terbang pesawat diiringi oleh jet pejuang Ukraine sehingga 2 minit sebelum hilang dari radar


12:00 – 17 July 2014 "Kapal terbang Malaysia Airlines B777 baru hilang dan pihak tentera Kiev mengkhabarkan kepada kami, Bagaimana mereka tahu?"


12:00 – 17 July 2014 "7:00 minit selepas [pesawat hilang], kejadian itu diberitahu, menara kami kemudiannya diambil alih oleh kakitangan asing, mereka 'masih di sini'


12:01 – 17 July 2014 "Semua ini dirakam dalam radar, susah untuk percaya, ditembak jatuh oleh kiev, di sini kami tahu dan tentera kawalan trafik udara juga"


13:15 – 17 July 2014 "Di sini para komander tentera mengurus dan menyokong boleh jadi arahan dari pihak lain, tetapi tidak, pro-Rusia"


13:29 – 17 July 2014 "Menteri Dalam Negeri Tahu apa yang dilakukan oleh jet pejuang di kawasan itu, Menteri Pertahanan tidak tahu."


13:31 – 17 July 2014 "Pihak tentera mengesahkan Tentera Ukraine, tetapi masih tidak tahu dari mana perintah itu datang "


13:36 – 17 July 2014 "Hari-hari yang lalu, saya nyatakan di sini, tentera Kiev mahu bangkit melawan presiden sekarang, ini mungkin caranya, diperintahkan oleh Timoshenko [perintah timishenko ]"


13:38 – 17 July 2014 "Jet pejuang terbang berdekatan dengan 777, sehingga 3 minit sebelum hilang dari radar, hanya 3 minit."


13:43 – 17 July 2014 “Ruangan udara ditutup”


13:45 – 17 July 2014 "Ruang Udara ditutup, dikhuatiri lebih banyak serangan"


15:17 – 17 July 2014 "Pihak Tentera kini secara rasmi [mengatakan] pesawat telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu"


15:23 – 17 July 2014 "Kerajaan telah menandatangani laporan rasmi oleh Pihak Berkuasa Kawalan di Kiev tentera,,,, [kapal terbang ditembak jatuh]"


15:26 – 17 July 2014 "Laporan itu Menunjukkan di mana peluru berpandu TELAH keluar [dari], dan tidak dinyatakan dari  kawasan pemberontak"


15:34 – 17 July 2014 "Data dari radar tentera dikumpulkan dari peluru berpandu ditembak ke kapal terbang, tidak radar awam"





Jika benar apa yang dilaporkan, benarlah kerajaan Ukrain yang menembak MH17. Laporan dari negara luar juga ada mengatakan bahawa orang awam ternampak jet pejuang Ukrain berada di ruang udara beberapa minit sebelum nahas MH17. Carlos kini dikhabarkan diberi cuti oleh majikannya. 


MENGAPA DI USIK BAHAN BUKTI?


Ukraine telah menuduh Russia membantu pihak pemisah menghapuskan bahan bukti di lokasi nahas pesawat MH17.

Menurut laporan AFP, kerajaan Ukraine mengeluarkan kenyataan berbunyi, “ Kerajaan Ukraine mengesahkan bahawa golongan terrorist dengan sokongan Russia cuba menghapuskan bahan bukti jenayah antarabangsa ini.”

Pemberontak pro Moscow telah mengasingkan 38 mayat daripada lokasi nahas dan dibawa ke Donetsk, menurut kenyataan tersebut.


mh17-pemberontak2xxx

Pihak pemisah juga menghalang laluan ke lokasi untuk pihak penyiasat Ukraine dan badan antarabangsa.

Salah seorang krew AFP menyatakan bahawa pihak pemisah juga menghalang wartawan daripada mendekati lokasi nahas.

Sementara itu, Mayat disusun di tepi jalan!

Sekumpulan wartawan yang mula sampai ke kawasan nahas penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine melaporkan bagaimana mayat-mayat penumpang diletakkan di tepi jalan.



Salah seorang wartawan BBC, Will Vernon merakamkan foto deretan mayat yang disusun di tepi jalan di sebuah kampung dekat Hrabove, hampir 800 kilometer dari Kiev.

Vernon, yang menyertai kumpulan pemantau Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE), turut melaporkan melalui Twitter bagaimana perjalanan mereka disekat oleh pemberontak. Mereka diminta meninggalkan kenderaan dan berjalan kaki ke lokasi kejadian.

Sekatan lain turut termasuk tidak boleh menyoal mana-mana orang dan tidak masuk ke sesetengah kawasan.

Foto kredit : Will Vernon




AMUKANMELAYU - MH 370 semacam ada pertelingkahan US dan China, dan MH 17 semacam ada sesuatu antara US dengan RUSSIA.......apakah selepas ini ada lagi satu pesawat Malaysia akan di culik atau di tembak kerana US dan Iran atau Plastine?