"LIHAT YANG TERSIRAT BUKAN APA YANG TERSURAT"
SALAM PERJUANGAN - Bukan mudah untuk jadi pemimpin.
Bukan hanya setakat bercakap saja. Bukan setakat menyembur air liur berceramah
sana sini berapi-api tapi tidak memberi makna pun pada pembangunan rakyat dan
Negara. Bukan sekadar duduk di kerusi empuk dan sambil itu bertwitter dan
berfacebook mencari salah dan terus mencetus isu yang sepatutnya tidak perlu
pun diperbesarkan. Bukan sekadar mencari
salah tapi tidak memberikan jalan penyelesaian untuk kebaikan rakyat. Jarang
sekalipun turun padang bersama rakyat sedangkan diri dinobat menjadi pemimpin
setempat.
Untuk jadi pemimpin kepada sebuah
komuniti pun susah ini kan pula nak jadi pemimpin kepada sebuah kementerian,
sebuah Negara yang pastinya memerlukan
ketahanan mental dan fizikal yang sangat tinggi. Paling penting kebijaksanaan
dalam mengurus manusia yang berada di bawah mereka. Kita sebagai rakyat di
bawah ni, pandai menuding jari, itu tak kena, ini tak kena. Sangat pandai
menghentam tetapi sangat kurang memberi pandangan bernas untuk kebaikan. Kita
bercakap atas dasar nafsu dan amarah. Kadangkala, percakapan kita itu merentasi
ilmu yang kita ada. Akhirnya kita mewujudkan persepsi dan fitnah. Biarlah
pemimpin menjalankan tanggungjawab mereka. Kita boleh menegur mereka tetapi biarlah
berhemah dan memberikan pandangan yang berguna.
Sebagai contoh, kes MH17 yang berlaku
sekarang ini memberikan impak yang bukan sedikit pada emosi kita rakyat
Malaysia. PM DS Najib kelihatan sugul dan sedih serta berjanji untuk
melakukan yang terbaik untuk membantu keluarga mangsa tetapi puak satu
lagi tu tak habis-habis nak mencari salah. Betapa dangkalnya mereka. Apa
saja mereka akan kaitkan dengan kelemahan pemerintah negara.
Justeru, apa yang dilakukan oleh
Menteri Pertahanan ini bertepatan dan tepat. Tidak perlu dipertikaikan
pun. Tapi macam biasalah puak-puak ni. Mereka tidak pernah berhenti
mencari salah dan lemah. Yang mereka tidak sedari adalah merekalah yang
lemah, jiwa mereka sakit untuk melihat segala hikmah. Macam Penulis katakan
tadi, bukan mudah menjadi pemimpin di Malaysia kerana pembangkang negara
ini mentalitinya rendah dan mereka hanya tahu berpolitik tanpa akal
yang matang.
AMUKANMELAYU - Malaysia di ambang KEHANCURAN jika pemangkang terus MEMBANGKANG tanpa cadangan balas........