,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday 18 July 2014

BAGAIMANA ANDA TAHU MH 17 DI TEMBAK JATUH DI SEBABKAN BANTUAN NAJIB KEPADA PLASTINE?


Tragedi MH17: Bukti Malaysia Diserang Oleh Tangan2 Ghaib ???

Tangan Ghaib

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media khas berhubung insiden pesawat MAS MH17 yang terhempas di Ukraine, di pusat media Hotel Sama-Sama Hotel, Sepang, awal pagi ini. Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (dua dari kiri) dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman (dua dari kanan). - Foto NSTP (berita lanjut rujuk BH Online)Jul 18, 2014 5:08 am



Negara mengalami satu lagi episod duka. Mas syarikat penerbangan milik negara yang sedang bergelut untuk keluar dari kemelut kerugian dan cerita duka kehilangan MH370 kini diuji lagi.

Jika kita lihat semula rentetan sejarah negara dengan pelbagai episod penentangan yang cuba dilakukan oleh beberapa parti politik dan NGO dalam usaha mereka untuk menaikkan kemarahan rakyaat kekada kerajaan BN sejak pra-PRU 12 lagi.....

Fitnah2 dan doktrin2 melebel kerajaan BN sebagai zalim, tiada tranparensi, tidak mengamalkan trasperansi, kononnya mengamalkan nepotisme, kronisme, rasuah dll.

Bagaimana parti2 politik ini menjalankan begitu banyak siri protes2 jalanraya yang didakwa ditaja oleh pihak luar.....dengan begitu konsisten dalam usaha mengekal momentum mereka menekan karajaan dari dalam.

Usaha oleh pemimpin2 politik pembangkang menburuk2kan pimpinan negara apabila mereka ke luar negara.....sehingga ada yang mempelawa campur tangan asing.....

Jestru adakah tidak mungkin apa yang berlaku terhadap Mas juga bukan suatu kebetulan dan sebaliknya adalah sambungan campurtangan dan tekanan tangan2 ghaib yang sedang meneruskan agenda mereka?

Sokongan berterusan Malaysia dalam menentang pencerobohan Israel dan memberi bantuan yang kepada beberapa negara Islam yang pernah dilanda konflik sebelum ini juga mungkin mengundang kepada tekanan yang sedang kita hadapi.

Satu persoalan yang timbul bagaimana sebaik sahaja ada berita berkaitan kemalangan pesawat MH 17 tersebar foto "superimposed" yg kononnya pesawat malang tersebut disebarkan di alam maya?

Panas! Insiden MH17 ada kaitan dengan konflik di Palestin?

Berjuang atau menunggu KEMATIAN?

MH17 DITEMBAK JATUH UNTUK HALANG BANTUAN  KE GAZA?

Liga Arab dan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dilihat gagal memainkan peranan pro aktif setelah 2 minggu Semenanjung Gaza dibedil oleh tentera zionis Israel.

Malaysia merupakan satu-satunya negara Islam yang lantang memperjuangkan hak rakyat Palestin sejak dahulu lagi.

Demi menggagalkan sebarang usaha bantuan kemanusiaan, bekalan makanan dan perubatan yang akan disalurkan ke Palestin, perlu dirangka satu krisis dalaman yang besar terhadap Malaysia.

Tembakan ke atas pesawat MH17 MAS yang mengorbankan 295 krew serta anak kapal di Ukraine, Russia merupakan satu amaran keras dan tekanan terhadap kepemimpinan Negara agar tidak menyalurkan sebarang bantuan kepada Palestin.

-ZMJ-

Mungkinkah Ada "MANUSIA" Yang Mengarahkan MH17 ditembak Jatuh?

Tahniah DS Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat! Seperti mana yang dijanjikan sebelum ini, tidak sampai 24 jam kejadian ini berlaku, beliau sudah dapat menemukan PUNCA mengapa pesawat MH17 ditembak jatuh.

Ini jelas membuktikan bahawa Ketua Umum Pakatan Rakyat ini sentiasa komited dan konsisten dengan pendiriannya sebelum ini. Sepatutnya dari awal lagi DS Najib dan Kerajaan UMNO menjauhkan diri dari sokongan kepada umat Islam Palestin dan berdiri kukuh 100% di belakang Kerajaan Zionis Israel! 

Sekarang darah 293 penumpang dan anak kapal berlumuran darah di tangan DS Najib dan UMNO!!!



AMUKANMELAYU - Malaysia menjadi kambing hitam kepada Dunia dan Najib menjadi kambing hitam kepada Anwar sementara UMNO menjadi kambing hitam kepada Pakatan Rakyat dan Orang Melayu yang menjadi BARUA kepada DAP menandakan Melayu dan Islam Malaysia sudah berada di ambang KEHANCURAN TOTAL.